Sunday, July 10, 2011

Kereta Proton.Yang Mana Pilihan Anda?

Nowadays,Kiz tengok syarikat pengeluar kereta negara kita dah semakin berlumba-lumba kejar mengejar antara satu sama lain.Masing-masing dengan strategi yang berbeza.Persaingan agak sengit.Tapi hari ni Kiz tak mau bercengkereng pasal persaingan ataupun syarikat mana lagi 'Terror' or whatever it is,Kiz nak bercengkereng dengan korang pasal Kereta Proton.Kenapa Proton?Ahah itu Kiz tak tau,ikut gerak hati je,sambil-sambil tengah duk mandi mem'bersih'kan diri tiba-tiba terfikir idea nak buat post ni.So,lets move on..

Dah banyak kereta yang dah dipasarkan ke pasaran tempatan dan luar negara dek syarikat Proton Holding Berhad antaranya termasuklah Proton saga BLM , saga FL , Satria , Satria neo , Savvy , Tiara , Waja , Exora and last but not least the latest edition lah , Proton Inspira yang lebih hangat daripada biasa.Masing-masing dengan keistimewaan sendiri,anda pandu anda tentukan.Eceeeh..Dah macam iklan radio pulak.


SO,the question is..

Antara 3 Kereta ni,which are Satria Neo , Saga FL and Inspira.Mana satu yang akan menjadi pilihan korang?Ingat,masing-masing ada Pro and Cons tersendiri.Tak semestinya sebab Proton Inspira is the latest one bermakna kereta tu yang paling bagus ok.

1. Proton Saga FL
 Dengan berbekalkan Enjin 1.6 CAMPRO IAFM ditambah pulak dengan bentuk badan yang agak 'exclusive' orang cakap , Kiz rasa this car sesuai untuk orang yang sukakan pemanduan yang biasa dan lebih kepada family-family punya sebab top speed dia boleh pergi paling-paling pun sampai 160km/j sahaja untuk yang dibiar suci(tak dibikin).

Dia punya tank pulak boleh menikmati minuman 'petrol' sebanyak 40 liter.Harga dia pulak untuk manual Kiz chech kat website proton adalah lebih kurang RM40,000 and for automatic transmission will be around RM50,000.Boleh tahan murah jugak tu untuk kereta saiz besar camni.

2. Proton Satria Neo

Gambar dipinjam daripada incik Google
 Kalau diberi pilihan oleh Jin Lampu Ajaib untuk pilih antara 3 kereta proton ni,Kiz rasa kiz takkan berfikir panjang and cakap kat jin tu,"Jin,Aku nak kereta satria Neo!".Nak tau kenapa?Sebab Kiz ni jenis orang yang cepat terpengaruh dengan design or rekabentuk sesuatu produk.Tengok saja Proton Satria Neo ni,dia punya ke'sporty'an memang tak boleh dinafikan lagi walaupun terpaksa meredah lautan gelora(amboi!).

Walaupun kereta ni jenis yang dua seat dan agak menyusahkan penumpang yang nak masuk seat belakang sebab nak kena tarik seat depan dulu,dengan enjin 1.6 CamPro CPS , Si Cilik yang tak berapa kecil ni boleh memecut dengan kelajuan 190Km/j.Ok what,kat Malaysia ni laju-laju pun boleh jauh mana je pun kan.Harga dia pulak adalah around RM58,000 untuk manual dan around RM61,000 untuk auto transmission.Jom beli beramai-ramai(ecehh,duit tarak nak bali konon Kiz ni)

3. Proton Inspira
Juga dipinjam dari Pak Cik Google
 Okeh lastly , Proton inspira.Boleh juga dikatakan sebagai kereta idaman oleh para peminat kipas susah mati kereta Malaysia masa kini ecceeehh.Rekabentuk sangat menarik,dah ala-ala macam Evo lancer dah bentuknya.Setakat ni,ada 3 version yang diofferkan oleh proton iaitu inspira 1.8MT , 1.8CVT dan 2.0CVT , kesemuanya dengan berbekalkan enjin MiVEC DOHC 16V.Top Speed Proton Inspira ni adalah lebih kurang 200KM/J.Mantap jugak lah ya walaupun agak jauh beza dengan Evo Lancer.

Bahagian dalamannya pulak kelihatan agak canggih dan esklusif ,sangat sesuai untuk yang dah berkeluarga nak balik kampung dari johor ke perlis dan sebagainya.HArga?RM79,000 hingga RM94,000 bergantung pada pakej yang diambil.


Okaylah,setakat ni jelah pergebangan kita untuk hari ni okayh.So masing-masing ada pendapat sendiri,kalau korang diberi pilihan untuk memilih antara 3 kereta ni secara percuma,yang mana akan korang pilih?Adakah Satria Neo seperti yang dipilih Kiz?Ataupun Saga FL?Ataupun inspira?Keputusan ditangan anda.Ahaa dah macam Pak nil lah pulak.Ok lah sebelum Kiz mengarut dengan lebih lanjut,baiklah Kiz takan butang noktah sekarang.

15 comments:

.izzati liyana. said...

Kalau ikut hati, nak Inspira.
tapi kalau ikut duit, yang atas sekali tu jelah yang mampu sekarang ni. hehe. yang tengah itu saya kurang minat.

...Minah BluR... said...

satria neo cmel je... huhu
tapi inspira not bad..mcm lancer sikit..

eesyaheera said...

Nak komen dari segi enjin semua tu tak reti, tapi ee suka Satria Neo dalam pilihan di atas. Kalau yang takde dalam pilihan di atas, ee suka Jazz or Mazda. Haha

mohamadkholid said...

kalau ikut harga inspira tu, baik ambil mazda... peugout... puas hati.

KizZ said...

@mohamad
Hihi...betul gak uh...sutuju...

NUR said...

kalau ada bajet better inspira..\neo maybe last choice sb penanh ternampak satu kali makcik bersusah payah nak memboloskan diri dlm kereta berpintu dua ini..

AmirFX said...

Saga FL.. Kecil n sporty.. Aaa.. Kira senang nak parking ler.. haha...

Tea said...

saga fl mmg tea tolak tepi. haha. neo mmg best. inspira pn best. antara neo dan inspira, tea amik neo kot. hee, murah sket. >.<

tomato said...

opkos satria neo pujaan hati !!!!!!!!!! :D

sara zainol said...

satria noe :) sara suka sgt2.. smart kot design dia.. berjiwa muda je !

~thank sudi singgah ke blog sara n komen :) sara follow kamu kizz :) follow sara balik jika sudi :)

KizZ said...

@Sara
Hihi...Kita sama!Tu lah..smart design dia...Cuma si kecik(kiz) je tak suka...kikiki

Nazrul Azwan said...

inspira. dah pernah drive test aritu. mmg semua ok. neo okay jugak tapi untuk masa depan, mcm tak sesuai sgt klau dah ada family. lg2 kalau family ramai. :)

unknown girlz said...

tak nak la mana2..hehe..
sebab mini cooper tetap dihati :p

*inspira nampak mantap.tapi harga pun mantap =,=

KizZ said...

@unknown girl
hihi....tunggu dan lihat okayh..

Orked said...

Saga FL Exec.hadiah untuk ayah tersayang ♥

Masih Ada Plan B, Mari baca!