Wednesday, July 6, 2011

Episod 4 : Budak Bulat kena campak???

Previously on "Belog Budak Bulat" : Denda Oh Denda

Budak Bulat Kena Campak?
Eeeehaaaa!!Budak Bulat kembali lagi dengan penampilan yang lebih kacak daripada
biasa.Sila tolong jangan tersilap baca tajuk kat atas ni macam "Budak Bulat kena demam campak??".
Kena campak disini maknanya Untuk episode ke-4 dan ke Al-seterusnya, Kisah Budak Bulat akan melekap
di fikiran korang dalam blog Kiz Garden yang best meletop-letop( Puji melebih-lebih) ni.Maknanya lagi, budak bulat dah dicampak ke blog Kiz Garden lerr..Pada yang tak tau apepun lagi pasal budak bulat A.K.A aku ni sila lah rajin-rajinkan tangan ke www.belogbudakbulat.blogspot.com ok..Episode 1,2,3 semua ada kat sana.


Ok lah.Selesai sesi pengenalan yang senget benget nih.Jom sambung lagi citer pasal Aku
yang lebih hensem daripada biasa ni(Macam trademark HOT FM ler pulak ).Hoho sekarang ni
dah habis dah tempoh 2minggu aku tak dibenarkan menegok TV (Padahal dah berbulan-bulan tak update belog),so sekarang aku bolehlah tengok Citer Superman kegemaran aku yehaaa!!!

Tapi nasib selalunya tak menyebelahi aku,aku pun tak tau nasib tu duduk sebelah siapa.SEBAB AKU BARU JE TENGOK TV 10MINIT MAK AKU DAH PANGGIL SURUH BELI BARANG KAT KEDAI ANEY(saja tambah 'y' bagi nampak gedik).Kacau daun betui ler.Mak aku pun terus bagi list barangan yang aku kena beli.


Aku pun terus rembat basikal 'BMX' yang aku jenamakan sendiri kayuh-kayuh ke kedai ane dengan kelajuan 200KM/jam(meter basikal lukis sendiri).Laju tak aku bawak??Sesampainya aku kat kedai, aku terserempak pulak dengan 'Mat Jamban' yang tak berapa nak jambu tu.Aku pun da panasss je tengok muka dia sebab pasal dia lah aku kena belasah dengan samseng-samseng sekolah  dalam episod 3.

So..Ahaa!!Tetiba aku ada PLAN SUPERB DUPERB untuk kenakan dia..
JENG JENG JENG!!!....,,,,,,

Bersambung

No comments:

Masih Ada Plan B, Mari baca!