Di mulakan dengan Bismillah ( tak bukan suruh nyanyi lagu Raihan).Maaflah kalau entry ini anda-anda terasa Kiz nak angkat bakul lalu berlari-lari anak keliling tasik tunjuk kat semua orang apa ada dalam bakul.Gitu.Eh tak, tak takkanlah kan nak cenggitu.Bukan nak puji sendiri ke apa melainkan hanya lah nak bagitahu kepada semua sedikit latar belakang Kedai Kiz dan Kemeja Kacak memberikan yang terbaik dan terrrowesome kepada para pelanggan yang di kasihi lagi di rahmati Allah sekalian.
Berdirinya Kiz disini (intonasi pidato plez) hanyalah untuk mempersembahkan SEBAB-MUSABAB KENAPA ANDA HARUS MEMILIH KEDAI KIZ DAN KEMEJA KACAK UNTUK PENAMPILAN ANDA SEHAR-HARI MAHUPUN BERHARI-HARI (pun boleh).
1. Yang Terbaik Hanya Untukmu
2. Pelanggan di Dahulukan, Kedai Di Utamakan
Jangan ingat nak bukak politik ke sokong mana ke.Takde kena mengena ya.Tapi cuma nak bagitahu begitulah sayangnya kami kepada pelanggan.Setakat ini semua kami layan dengan baik dan rahsia masih tersimpan rapi.Eceh cakap rahsia macamlah pelanggan rapat dan luahkan segala masalah peribadi kepada Kiz.Maksudnya di sini seboleh-bolehnya kami membalas secepat mungkin kalau takde kredit terus lari pergi 7e walupun jam 3 pagi ( eh tak propa je). Kalau ada yang terr tu maksudnya betul-betul ada masalah kami tak boleh elak. Dan jangan risau kepada pelanggan yang selalu emo atau termaki Kiz tu tidaklah pernah kami mempropa anda dengan mengupdate status di fesbook berupa carutan mahupun cerita di blog . Jangan risau !
3. Merealisasikan Impian Kiz !
Jika anda menyokong Kiz atau membeli dengan Kiz makanya anda lah penyokong yang kami cari.Yeah Aznil saya kunci penyokong ini ! Tengok nak kunci taw simpan dalam sanubari nanti dah berjaya jemput semua bekas pelanggan datang grand opening kat WISMA KIZ . Insyallah. Impian kami semestinya hendak berjaya mengkepokkan duit di poket mahupun di peti bank. Eh hehe tidaklah. Kiz nak stabil dalam bisnes dan betul-betul menjadikan bisnes sumber pendapatan mata pencarian kepada kami sendiri mahupun keluarga. Walupun kiri kanan depan belakang atas bawah dugaan mahupun ujian yang tidak pernah yakin dengan kami, Alhamdulillah diam tak diam 3 tahun sudah bisnes kami berdiri.Masih punya kelompok pelanggan yang ternanti-nanti produk kami.Ewah macam pantun.Gitu.
Ok lah.Sekian saja dari Kiz yang tidak pernah kenal PUTUS ASA malahan tidak pernah berjumpa dengan beliau.Tidak ingin dan tidak akan.
Akhir entry, terimalah 2 orang budak comel yang bahagia ! (tiba-tiba).
![]() |
| 2 orang mata sepet kalau senyum macam tutup mata. |
Jari menaip yang demok debab pakai cicnin kapel dan tak muat,
Cik Techix..
































