Friday, November 18, 2011

Cikgu Techix.

Assalamualaikum.

Hye so semua sekarang kena panggil kechix Cikgu Techix ye.Maklumlah asyik dapat undangan mengajar je kebelakangan ni (kelip-kelip mata).Hehehehe.Masa upload pic mengajar tu semua kawan-kawan terkejut weh apsal kau mengajar weh bukankah kau sepatutnya menjalani latihan industri.Weh itu weh ini dah mari kechix cite apa yang terjadi sebenarnya.

Kechix praktikal kat Kolej Komuniti Bandar Penawar Kota Tinggi (hamboih alamat penuh). Dan u olss pun tahu Kolej Komuniti memang terkenal dengan kursus pendek untuk komuniti sejagat.Antara kursus ialah jahitan, memasak, and everything yang di request.So kalau siapa-siapa minat boleh hanatar permohonan ke kolej komuniti berhampirana anda.Zass.


 Alkisahnya kechix kan kaki selendang makanya daku di minta menjadi tenaga pengajar bagi kursus Teknik Pemakaian Tudung. Mula-mula hentak-hentak kaki gak xmo sebab takut.Tapi setelah di yakinkan oleh sekeliling manusia Alhamdulillah boleh buat dengan baik.Borang penilaian jugak dari pelajar juga memberikan komen yang baik.

Rentetan itu undangan demi undangan di terima nampaknya.Again, terima kasih Ya Allah.berikan daku keberanian berdepan audiens.Beri keyakinan.Teringat terus zaman sekolah taw masuk pertandingan syarahan bercerita pidato semua tu.Bayaran mengajar pun huuuih boleh tahan masyuk ye.Tapi awal-awal dipesan ibuku buat kawen tahun depan.OPPSSS.

Maka marilah melayan gambar-gambar Cikgu Techix bersama students beliau.

tutorial !

muka redha di pakaikan tudung.

alololo.

fuyoo siap ada tulis-tulis nota.

Begitu fokus nampaknya.

skema semua !

Turban u !

Cikgu Techix comel mungkin itu yang diperkatakan students beliau.

praktikal time !

cikgu dengan anak murid sama tinggi.Biasalah tu.


Ok lepasni dah boleh panggil Cikgu Techix ye kalau da event untuk tudung/selendang.Hehehe.

Cikgu Techix bukanlah Cikgu Shida,
Chix.

 Kelik sini ada banyak baju,blouse and Top yang fesyen-mesyen.

Wednesday, November 16, 2011

Tuisyen Blog Kiz : Software download terbaik with crack!

Hai...Bersama lagi kita dalam Tuisyen Belog Kiz.

Okeh hari ni actually taknak sentuh pasal blog.Kiz nak sentuh sikit pasal software untuk donwload. Kepada yang dah tau and dah memang menggunakan software ni tiap-tiap hari*Kiz le tu* boleh ignore entri ni okeh.

Software yang cikgu Kiz nak cakap hari ni adalah "Internet Download Manager@IDM".

Software IDM ni memanglah sangat membantu lagi-lagi untuk kaki donlod macam Kiz ni.Tak kisahlah download lagu ke,movie ke,file ke pinggan mangkuk sume boleh(sila abaikan pinggan mangkuk tersebut).


     Gambar curik dari pakcik google


KELEBIHAN SOFTWARE NIE

1. Boleh download macam-macam jenis file macam FLV,AVI,RAR,MP3 dan sebagainya.Senang citer hampir semua jenis file lah kan.

2.Download speed yang lebih hangat daripada biasa(Psst..Hot.fm,kasi pinjam tagline ye).Kalau korang download pakai donwloader yang biasa which is yang memang daripada mozilla,internet,chrome or whuteve it is,kelajuan download yang IDM ni memang takkan ada bandingannya.Bagaikan langit dengan bumi orang kata.

p/s: bergantung pada kelajuan internet korang jugak


Macamne laju train ni macam tu lah laju donlod dia

3.Youtube download.Korang dah takyah dah pakai software yang macam korang perlu copy-bukaksoftware-paste-download baru dapat nak download video dari Youtube.com lagi.Nanti akan ada kat atas video tu button untuk download.Dengan 1 klik boleh menyelesaikan masalah korang.



Aku pun tak paham camne gambar ni bleh menyelit kat sini


4.Ringan.Software ni memang sangat window frenly.So kalau korang install software ni takkan luak pun space harddisk korang tuh.BELIEVE me okay!

Blouse dan Baju-baju fashionable and affordable.Sila Kelik.



KEBURUKAN IDM

1.Takde keburukan pun kecuali kalau korang ada install yang latest punya mozilla tu dia takleh nak support.

2.Ahah satu lagi,kalau korang pakai yang trial version tu memang tak best lah coz nanti akan ada satu masa tu korang dah takleh guna software tu sebab tempoh trial dah habis.Jangan risau sebab nanti Kiz akan bagi link download yang dah siap crack which mean korang boleh guna IDM ni hingga ke akhir hayat*amboi hingga ke akhir hayat gitu*


Wah!Bestnya!Macamne nak download software ni?


Tadaa...nah amek link ni.Sila kelik SINI.Nanti korang ikut je arahan dia lepas dah download software tuh okayh.

DOWNLOAD : IDM 5.18 with CRACK

Okayh itu sahaja Tuisyen Belog Kiz untuk kali ni..Semoga berjaya.Kalau tak faham boleh tanya Kiz okay.InsyaALLAH akan diijawab secepat mungkin.


Owh gambar ini memang takde kena mengena


"MALU BERTANYA SESAT JALAN BETUL TAK??"

Jari menaip,
IzZ



Iklan menyelit sembelit.Macam-macam ada untuk lelaki sebenarnya rupanya..Huu

Tuesday, November 15, 2011

Makna Sesebuah Hadiah??Ada makna ke?

Assalamuailaikum..

Okes entri kali ini mungkin agak jiwang sebab Iz nak citer kat korang pasal 'makna sesuatu hadiah'.Terus terang Iz katakan yang Iz baru sahaja faham bahawa hadiah tu merupakan sesuatu yang amat bermakna sebenarnya buat seseorang.

Al-kisahnya bermula 29 OCT 2011 baru-baru ni.Tarikh tu adalah tarikh Kiz akan berjumpa untuk berdating sambil re-stock barang kedai online Kiz.Kecix sampai ke Shah Alam masa tu pukul 5am lebih kurang.So Iz pun dengan penuh bersemangat bangun dari tidur yang tak berapa lena(takut tak bangun) lalu start engine kancil menjemput Cik Kecix kita di bustand Shah Alam yang tercinta tuh.

Okeh lets skip the part that kitorang lepak kat mamak jap untuk memenuhkan perut yang dah berkeroncong nih.

Then,tiba-tiba dalam kereta TA DAA..Si Chix bagi hadiah Teddy Bear kat Iz.Wah masa tu memang terkejut tapi buat-buat rileks macam tak terkejut sangat(kalau tak faham sila ignore this statement okay,hihi).Teddy Bear tersebut memanglah sangat comel dan cute*sama lah tu!*.Lalu kitorang yang memang tengah Obses dengan Siries 'Vampire Diaries' nie terus namakan Teddy tu "Elena".Mula-mula iz nak namakan dia "Damon" tapi macam ganas sangat pulak Kecix kata.

 Tengok,Teddy Bear pun suka dengar lagu tau,bukan tuan dia je

Second Suprise,Rupanya dalam Beg Kertas hadiah tu juga terselit Minyak Wangi 'Body Shop' yang berperisa Epal katanya.Memang sangat seronok sebabbefore masa tu Iz memang tengah tercari-cari minyak wangi yang sesuai.Memang tiap-tiap hari pakai minyak wangi itu.hihi.Oops sebelum terlupa,ada lagi satu,dalam beg kertas tu jugak ada 'surat' dari Kecix.Pendek je ucapan dia tapi amat bermakna bagi Iz.Thank You Kecix!

So,apa yang iz nak cakap kat sini is betapa berharganya rupanya sesuatu hadiah tu tak kisahlah apapun hadiah tu.Hadiah tak semestinya mahal,tak semestinya cantik.Yang pentingnya adalah makna yang disampaikan dalam hadiah tu.Dulu Iz memang tak pernah terfikir pun yang "hadiah" ni rupanya sesuatu yang sangat best lebih-lebih lagi dari orang tersayang.Macam ala hadiah je pun,bukannya apa pun,ek elee..Haa macamtu la Iz fikir dulu.TApi sekarang no more.Prinsip tentang hadiah dah berubah.

Dengan hadiah,kita boleh lebih mengeratkan lagi hubungan sesama insan,tak kiralah bercinta mahupun tidak.Contoh kalau kita ada beli barang kat mana-mana kedai then tiba-tiba dapat hadiah walaupun sekadar 'Syampoo' yang saiz paling kecik tu,sedikit sebanyak kita tetap akan rasa hepi betul tak.

So Lepas ni,kalau anda bercinta tapi masih sape-sape antara korang belum bagi hadiah,korang perlu cuba dan korang akan tau maknanya,apa maksud yang Iz cuba sampaikan dalam Entri.

Doakan Kiz kekal hingga ke Jinjang pelamin

Nah kat sini ada beberapa Tips nak bagi Hadiah:

1)Kalau boleh bagi hadiah yang orang tu suka ataupun tengah cari benda tu.

2)Cuba elakkan time korang tengah bersama-sama.Maksudnya macam time tu pasangan korang minat benda tu pastu korang pun terus belikan benda tu lets say 'baju'.Kalau boleh tunggu nanti lain kali jumpa baru belikan benda tu,baru suprise.

3)Hadiah tak semestinya barang yang mahal.Sebatang Pensil pun kalau pandai gunakan pensil tu macam ukirkan nama pasangan tu boleh dijadikan hadiah.

4)Bagi hadiah yang orang tu boleh gunakan,contohnya macam Kecix bagi Iz minyak wangi,hari-hari Iz akan pakai,Hari-hari Iz akan ingat kat dia.Betul tak?

Okeh.Setakat ini sahaja entri jiwang untuk kali ini.Harap korang janganlah rasa meluat pulak ya.Hihi..Just nak bagitau kat korang makna sesuatu hadiah tu,memang sangat bererti.Ingat,hadiah boleh dibeli,hati seseorang tu memang tak dapat dibeli walau dengan apa sekalipun.

Jari Menaip,
IzZ

Belog ini jual macam-macam pakaian lelaki terbaik dari ladang


Monday, November 14, 2011

Chix is a Petite Model. * mata keatas tangan kedada*

Assalamualaikum.

Hewhewhew kechix selalu tengok America's Next Top Model.Walaupun dengan ketinggian 147cm tapi menjadi model antara cita-cita yang takkan tercapai.Memang tak ah nak amik dak demok pendek kan.Tapi hello Tyra Bank pun dah buat rancangan untuk petite model dan ianya mengembalikan keyakinan dan ketereampilan daku.Ceewah.

*Nak letak gambar Petite Model-Antm tapi hohoii semuanya macam tak sesuai untuk tontonan umum lah pulak*

So dari rancangan tu banyak jugak yang kechix belajar.So lets shareeee !
  • Kaki - jangan tunjuk kaki nampak pendek.Xmo macam mencangkung or merendahkan kaki.Mesti macam lunjurkan kaki.Kaki panjang is sexy .eeyuww.
  • Pakaian - Mesti kena pilih betul-betul supaya kelihatan tinggi.Gaun kembang hingga kaki menampakkan anda lebih rendah geng.Eh geng terus.Ramai ke geng rendah u kechix?
  • Posisi - harus ketepi bukan pandang kedepan.Pandangan sisi lebih menampkkan ketinggian.So senang nak trick orang tak dapat teka begitu pendek diriku..
  • Kawan tinggi- tolong nyahkan mereka dari gambar anda.Cari yang sama tinggi hewhewhew.Tak ni tyra tak ajar i memandai sendiri.
Dulu nak jadi model tu macam mustahil tapi memandangkan Butik / kedai sendiri sudah ada makan ya hooyeah inilah peluang kechix nak grab.

Layan gambar dan tolong bagitahu i adalah 168 cm atau 147cm ok. Berjaya atau tak kechix buat trick? 

well posisi tepi uollsss.



ohmaiii ini paling berkesannn ! ke?
 Tapi hakikatnya kechix cumalah seorang kanak-kanak rendah sehinggakan Hanis Zalikha juga perlu membongkokkan badannya.

hohoho dah bongkokkan badan tetap dia tinggi.
Ok la bye nak layan perasaan sebab nak jadi model tak dapat.

petite model perasan,
Chix !

 Jom visit belog ni!Macam-macam ada..Macam-macam pilihan

Tuisyen Blog Kiz :4 Tips Update Blog

Kembali bersama Kiz dalam Tuisyen Blog.

Kali ni Kiz nak sharing pasal Tips Kiz menghupdating*update* blog.Yelah sebab lain orang lain cara dia kan,mana tau cara Kiz ni sesuai untuk korang guna..

Ok,lets straight to the poin-poin.

4 Tips Update Blog.

1.Savekan tajuk-tajuk atau idea-idea korang yang korang terfikir atau tiba-tiba terfikir mahupun terlintas ketika korang sedang buang air besar dalam toilet(*eh tak semestinya time buang air besar je ok). 

  
 *makin cerah mentol makin banyak idea.Hihi*

Senang je kan,dapat idea je terus korang tulis tajuk tu kat 'new post' then korang save kalau time tu bukan masa korang update entri or masa tu korang tengah takde mood nak update entri.Kelebihan dia adalah nanti time korang dah ada mood nak hupdate blog takdelah susah sangat nak kena perah otak kasi kuar idea-idea cambest tu.

2.Tulis Cepat-Cepat

  
*Kalau boleh tulis laju-laju macam dia ni*

Tulis cepat-cepat ni maknanya bila korang dah ada idea nak update blog tu and korang memang dah ada mood nak update blog,kalau Kiz punya style Kiz akan tulis cepat-cepat supaya takde idea-idea yang akan bocor dari kepala otak ku yang berjambul ni.Selagi idea tu masih mencurah-curah better korang tulis je cepat-cepat.Lagipun dengan cara ni korang bleh saving masa korang untuk update blog.Kiz biasanya update blog akan ambil masa dalam 10-15 minit sahaja sebab tajuk & points2 sume dah ada dalam kepala.

3.Cari masa yang sesuai.

Korang perlu cari masa yang sesuai untuk update blog.Masa yang sesuai ni maknanya masa yang korang rasa rileks dan banyak idea boleh keluar,Kalau kiz lebih suka update blog time tengah-tengah malam dalam pukul 3 or 4 camtu,sebab masa tu sunyi so senang kepala nak fikir idea.

4.Kena pandai pilih masa nak publish entri/blog post.

Yup.Benda ni penting coz sebenarnya ada masa-masa yang ramai orang akan online so probability entri kita tu nak dibaca adalah tinggi.Kalau masa untuk korang update tu adalah tengah malam macam Kiz ni better korang set kan entri tu untuk publish time waktu pagi.

Caranya senang,kat new post ni kan ada 'Post Options' kat atas button 'PUBLISH POST' kalau korang perasan,tekan benda tu(benda tu??) then nanti kat bahagian 'Post Date And Time' tu korang tick pada 'Scheduled at' then korang set la berapa haribulan,jam berapa korang nak post tu dipublishkan.So in the mean time korang punya entri tu akan secara automatic di save sebagai draft la lepas korang dah tekan button 'Publish Post'.Ada paham??

Okeh kat bawah ni Kiz ada senaraikan masa-masa yang sesuai publish entri,
Hari Biasa : 
Pagi 9.30AM-11.30AM
Malam 9.30PM-11.00PM

Hujung Minggu:
Pagi 9.30AM-12.00AM
Malam 9.00PM-2.00AM

Kalau boleh elakkan publish post waktu petang coz waktu petang adalah waktu yang paling tak ramai orang di Malaysia mengonline kan diri.



Okeh sekian sahaja Tuisyen Blog untuk hari ini.Harap kiz dah dapat sharing sesuatu yang berguna untuk korang semua.Jangan Lupa kongsikan tips-tips korang update blog jugak.Mana tau dapat kita tukar-tukar.

Well,Sharing IS Caring Rite?

Jari Menaip,
Iz Kiz

Kelik banner ni kalau nak tengok baju-baju lelaki terbaik dipasaran.

Friday, November 11, 2011

Pre- Wedding Pixcha. 11.11.11.

Assalamualaikum.

Dengan bersempena nya tarikh cantik ini, orang sibuk pung pang sana sini nak kahwin ke, nikah ke, bersalin ke and nak buat something special, takkan Kiz nak tengok je kan.Jom tengok gambar pre wedding kami seperti yang kebiasaannya orang zaman sekarang kan.


  
Boleh pandang-pandang.Pegang-pegang jangan.(weh apsal orang belakang tu macam jeling je?

  
love alahai.

  
takde motif.

  
we are gonna married soon !


Insyallah kami akan berkahwin.Tapi tak tahu bila.Tapi Jemput semua pembaca belog ye datang..HEHEHE ITS ONLY JOKE !

Kalau yang selalu follow blog Kiz memang dah tahu ni repeat picture lah.Kiz dah lama tak jumpa apatah lagi nak bergambar segala.

Perkahwinan ? INSYAALLAH.Segalanya masih dalam perancangan.Doakan yang terbaik sahaja ye kawan-kawan.

p/s : Ibu, Mama dan Abah dah suruh kahwin cepat-cepat !

  

Kawan ajak teman?Ikut atau Elakkan?

Pernah tak korang terlibat dalam situasi ni?Kawan korang ajak korang teman dia jumpa dengan kawan dia,ataupun girlfren dia,ataupun Cikgu dia,sedara dia ke apa ke.Haa,pernah tak?

Kalau pernah.Sila jawab,korang ikut pergi teman ataupun cuba elak??

OK Kiz pernah terlibat dalam situasi ni dan Kiz pergi temankan dia.

So apa yang terjadi?

Huuh!Memang sangat boring,bosan dan segalanya perkataan yang boleh membawa maksud bosan.Mengantuk pun ada.Kenapa?

Yelah,member ajak kita teman dia then bila dah sampai kat tempat nak jumpa tu  (contohnya kedai makan),haa masa tu kita akan tau camne rasanya jadi tunggul kayu.Tau tunggul kayu?Maknanya kita ibarat takde kat tempat tu.Diorang akan berbual dan berbual hampir dekat 1 jam pastu ko akan start rasa meluat sebab member kita tu memang tak layan kita.Patutnya at least pandai-pandai la dia control situasi tu,buat kita jadi boleh bercakap.Huu camne ek nak cakap kat korang,contohnya dia patutnya buat-buat la tanya kita apa-apa.

boring beb jadik tunggul kayu

Time Kiz hari tu lagi la,diorang duk cakap pasal practikal,pasal engineering dengan lecturer dia.Apa yang Kiz nak menyampuk?Kalau cakap pasal blog ke bolehlah jugak Kiz nak menyampuk kan.Huhu.Tensen-tensen.Lepas pada kejadian tu memang tak lah Kiz nak teman lagi sape-sape ajak teman jumpa member yang kita tak kenal kan.Memang tak ah kan*emo sekejap*.

SO?

So,pendapat Kiz,kalau ada member korang ajak korang teman dia g jumpa member dia which yang korang tak kenal,u better avoid la dari teman dia.Tapi kalau korang tau yang member korang tu pandai buat korang bleh sama-sama berkomunikasi dalam perbualan diorang,Kiz rasa its okay kalau korang nak g teman dia.Kot lah.

Tapi kalau korang berdua,pun ok jugak kalau nak g teman dia,at least korang bleh berbual dengan member korang yang sama-sama jadik tunggul kayu tuh..hihi..

Hmm,kalau korang?Ikut atau elakkan?


promote cket,kemejakacak.blogspot.com..pakaian lelaki,semuanya disini

Masih Ada Plan B, Mari baca!