Hookey..Entri yang dibawa Kiz kali ni mungkin sedikit lari dari konsep yang sering dibawa oleh
Kiz.Iainya pasal
Nescafe 3 in 1. 4 5 jam yang lepas,Kiz baru sahaja taip Nescafe (Tiba-tiba rasa nak tau pasal Nes ni) kat Pak Cik Google ni.Lalu terjumpalah sebuah topik forum yang membahaskan isu ni.Sangat menarik perhatian Kiz.Kenapa menarik?Jom kita baca lebih lanjut ok.
Hmm,siapa kat sini,yang baca entri ni,tak pernah minum
nescafe 3in 1?Ahah!Kompem hampir kesemuanyalah pernah minum bukan?Lagi-lagi kalau dalam keadaan mengantuk tatkala
assignment yang perlu dihantar esok masih belum lagi disiapkan.Haa,study lagi last minute(kutuk diri sendiri).Apatah lagi kalau nak berjaga sampai pukul 3 atau 4 pagi untuk menonton perlawanan bola pasukan yang disanjungi.Ataupun untuk berjaga sebab tiba-tiba ada idea nak tulis entri kat blog(khas untuk blogger2,hehe)?Tup tup tup,maka
nescafe 3 in 1 lah jawapannya termasuklah Kiz.Mmm,sedappp, namun banyak kesan sampingannya.
Bukan nak dijadikan cerita tapi ni betul-betul berlaku.Dan dipendekkan ceritanya,Sorang budak yang bernama
Ahmad Al bukan nama sebenar ni pergi mengadu kat doktornya bahawa dia ada masalah Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca
tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
Antara Masalah-masalah lain adalah.1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan
dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang
pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan
jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak
jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga
satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.
Lalu doktor tu pun terus mengadakan survey tentang pemakanan yang diambil Ahmad tiap-tiap kali makan dan hasil dari survey tersebut..Ahmad
1) Breakfast with Nescafe
2) 10am break with Nescafe
3) Lunch with Nescafe ais
4) Minum petang also with Nescafe.
5) Malam supper pun pekena Nescafe.
Macam iklan selalu kata..1 now 1 nescafe..
So...Bagaimana sekarang?Rasanya dah tak perlu Kiz terangkan banyak-banyak.Betul tak?So,marilah kita sama-sama kurangkan minum nescafe 3 in 1 ni ya.Kenapa kurangkan dan bukan berhenti?Jawapannya mudah,kita dah memang terbiasa dengan minum 3 dalam 1.Bak kata orang puteh kita dah addicted.Macam si Iz ni.Kat kolej tu hampir tiap-tiap malam minum walaupun takde niat nak stay up ke apa.Haiii..Nampaknya Kiz dah kena stop minum nes 3 in 1.
Hmm..Apa solutionnya?Kalau mengikut pakar-pakar kesihatan,- Elakkan krimer yang dibuat dari susu
- Jauhi Cofee Mate
- Elakkan makan Ais Krim ( Wah!ini susah)
- Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain
susu. - Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
- Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan
segala yang sewaktu dengannya - Elakkan mandi selepas makan
- Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam
air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus
sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan
makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.(Kompem malasnya nak buat nie) - Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga,
daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. - Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di
kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar
nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat(haa,sedap tu nasi lemak,aduyai).
Apa kata Kiz pula?- Haa,Kiz cuba buat perkara diatas selagi mampu,hehe..
- Bertukat kepada 3 in 1 yang lebih baik,tiada kofien ya..Minumlah radix koko ( Kiz panggil choco radix,sedap sikit bunyinya)
- Buat nescafe guna cara manual dengan memastikan susu pekat manis yang digunakan memang betul-betul susulah
Dan akhir sekali..Apa kata anda semua?Ada cadangan?Ada Pendapat?Mari-mari kongsi bersama
Kiz..
Kelik
Nescafe Forum link untuk lebih detail.Huhu,credit untuk entri ni.
Seikhlas Hati,