Wednesday, March 3, 2010

Tuisyen Gitar KIZ!!~episode 1


Ohaiyok..OK,sebelum ni kiz ada buat tuisyen blog,tutorial shawl..ahah..sekarang ni,Kiz nak ajar korang cara main gitar pulak.Saje je nak kongsikan ilmu yang ada..barulha best hidop ni,betul tak.Lagipun Kiz pernah janji haritu nak ajar gitar.Ok,tanpa berlengah-lenguhkan masa lagi..

Anda sudah bersedia??!!!(nada semangat yah)

OK..harini Cikgu Kiz akan ajar pasal gitar dulu yer.OPs,kiz takkan ceritakan pasal asal usul gitar ya sebab sejarah pasal gitar ni anda boleh dapatkannya di wikipedia.Memang cukup jelas terang dan nyata dia akan bagi..Betull..kiz dah tengok dah..

1)OK..cuba teliti gambar ini,























2)Haa...camne?tak faham?faham separuh?blank?Ok,meh sini kiz terangkan ok..start dari atas,
Tuning pegs
tuning pegs tu adalah benda yang kita guna untuk adjust tuning kita tu ke arah tuning yang betul supaya nanti bunyi tak sumbang bila main ok.Kiz akan terangkan benda ni dengan lebih lanjut nanti ya.

Fret
OK,yang anda nampak macam ada banyak bar tu kat bahagian yang kurus menegak tu dipanggil fret ok..yang paling atas tu fret 1,fret 2,fret 3 bla bla bla sampai fret 12 dan seterusnya ok..Yang kiz label f1,f2 tu contohnya..

Body
Seterusnya yang gemok buncit temok2 tu namanya body..body tu lah yang membuatkan bunyi gitar tu kuat untuk didengar disetiap pelusuk telinga manusia.ahaa.

String(tali)
Ahah,nampak kan ada 6 tali tu..setiap tali tu ada namanya sendiri tau...kalau Dari sebelah kiri,tali tu namanya e,a,d,g,b,e.Ada faham..?Hah,penting tau hafal benda ni untuk nak belajar chord nanti.Try lah buat ayat macam "emak(e) ada(a) duit(d) guna(g) buat(b) email(e) "ke.. k

Pick
Haa,yang kecik berbentuk macam segitiga pelik tu namanya pick.Kebanyakkan artis2 dan budak-budak yang dah biasa main gitar akan guna ni untuk main gitar sebab dia akan menyedapkan bunyi.

Hmm.sebenarnya ada banyak lagi bahagian-bahagian gitar kat situ tapi kiz just terangkan yang basic dan penting je ok..leh tanya kiz kalau ada kemusykilan ok.

3)Apa cara pegang gitar yang betul.
huhu...first of all sori gambar tu sangat buruk sebab kiz amek pakai hp jek..so quality dia kurang lah sangat-sangat.Firstly,duduk dalam keadaan yang anda rasa selesa untuk duduk lah kan.then,pastikan siku tu pada kedudukan macam dalam gambar kat atas ni.

Pastikan gitar tu melintang.Maksudnya takde lah terpegang senget ke apa ke.hehe..

OKEYH...itu saja buat kali ini ok..nak tulis lagi tapi tak larat pulak iz ni..huhu..macam biasa,tanya kat komen ye jika ada pendapat atau soalan dan keraguan.OK,nantikan episode 2 lak nanti kiz akan ajar pasal chord,Yeeha!


Seikhlas Hati Iz,


5 comments:

Anonymous said...

aper gtar y kiz mnt??? (L)

dyL_darLiNg said...

klw tgn pendek cne nak letak siku dlm position tuh??

KizZ said...

eh...tangan pendek?um,cuba yang mane boleh la...tak semestinya camtu..asalkan selesa ok..

KizZ said...

kiz suka gitar star sun..heheh

ayie said...

yea...belajar chord! :)

Masih Ada Plan B, Mari baca!