Tuesday, July 12, 2011

Sinopsis Juvana Episod 12.Best.

Aish dah lama tak review drama/movie tiba-tiba datang rasa kekok macam tak pernah menaip.Okay kali ni Kiz nak bercengkereng dengan korang tentang sinopsis Drama juvana TV3 arahan Faisal Ishak yang cool untuk episod ke-12 which mean dah tinggal lagi episod before drama yang meletop-letopkan kakiku yang baru tercucuk mata parang time tolong mak tadi.Auch!

Okeh now lets get straight to da point.

Sinopsis Juvana TV3 ( Episod 12 )

Start je drama ni kelihatan guard kaki pukul,(entah apa nama dia lupa pulak kiz) datang nak buat deal dengan botak.Dia nak botak jadi mata-mata dia tolong tengokkan Si Daim.Okeh now lets skip part-part yang agak tak perlu cerita macam daim lepak ramai-ramai dengan 'geng-geng' barunya sebelum hari final debat keesokan harinya.

. . . . . . . . . . . . . . 

Hari final debat bermula.Masa tu lah,lebih kurang 15 minit sebelum Group sekolah juvana bertanding , Daim tercurik-curik dengar pergaduhan/perbualan antara guard kaki pukul dengan Warden Raja yang tak berapa nak raja sangatlah.Guard ugut Warden raja dia akan bagitau pihak media dan dato if dia tak naikkan percentage duit yang patut dia dapat dalam aktiviti penyonglapan dana sekolah juvana yang diperoleh.Then,Kantoi,lepas tu jugak lah Daim dapat tau yang rupanya Warden Raja tak ambik endah lansung habuk pun pasal kesnya.

Daim dengan sengaja hatinya bagi Sekolah Juvana kalah dalam pertandingan debat final tu supaya dapat memalukan Warden Raja yang dibenci-benci oleh Kiz dan masyarakat penonton yang lain.Akibat daripada tu,Daim dibenci semua kengkawannya termasuklah Si Apek.Botak mula nak ambil peluang which mean Botak dah jadi jahat balik.Baru nak tengok dia baik sekejap ek..Last skali,Daim dah tak tahan sangat perasaan yang berbuak-buak nak ceritakan rahsia yang dia tahu,dia pun kecahkan jugak rahsia tu kat Cikgu Zakiah then Kengkawan dia.

Daim dapat balik kawan-kawan dia.Botak curi dengar rahsia yang Daim bagitau.Cikgu Zakiah curi-curi masuk bilik tuan wira then captcha klik klik beberapa keping gambar yang boleh dijadikan bukti perbuatan jahat Warden Raja dan sekutunya.Daim and da geng dipukul dan dipenjara beramai-ramai.Dalam waktu yang hangat dan genting tu,ceehh,cikgu Zakiah sempat ajak Cikgu bajek baik(juga lupa nama dia) buat report polis pasal angkara Tuan Wira Siot tu.Dalam masa yang sama,harapka pagar,pagar makan padi,cikgu bajek baik tu terkup mulut Cikgu Zakiah sampai pengsan...Bersambung

Jadi,siapa lagi yang akan menuntut bela,menegakkan keadilan yang berlaku sedangkan kesemua hero dan heroin-heroin telah tertangkap?Adakah penindasan ini akan tiada penghujungnya?Mungkinkah Cikgu Zakiah akan dirogol?Jom sama-sama nantikan episod Juvana TV3 yang akan datang.Episod terakhir tak silap kiz.

*Sedia maklum bahawa sinopsis ni Kiz tulis sendiri dan tak copy dari mana-mana sumber,jadi jika mahu copy sila bagitau dulu ok.Sharing is caring like a sibling(ending post mesti mengarut jugak,aduyai..)

Yang kuat menaip,
Izz ( KiZ )

16 comments:

Hani Si Blogger Picisan said...

err kiz...
tuan wira tu bukan nama owner sekolah juvana tu ke?

yg pukul diorg td tu pangkat dia warden kan? si bront palarae tu..

i pun selalu skip2 tgk drama ni...ohoho~

ZWAN SABRI said...

Episod 12 ni mmg suspen gilalah.. x sabaq nak tunggu next episod..

MySuaraBlog: Tabik Springlah Sama Pakcik!

KizZ said...

@Hani
Hihi...tu lah,excited sangat nak menulis sampai tersilap.

Thankz for ur pembetulan ya..

KizZ said...

@Zwan
Tu r...tak sabar sabar dah ni nak tengok episod terakhir..kalau boleh esok terus nak tengok...

hyz said...

nak tau satu perkara? saya tak penah tgk citer ni.. hehhehe... bcoz, sy tak minat sgt tgk tv... hohoho

KizZ said...

@hyz
Owh yeke..hihi..Kiz pun banyak tengok kat Tonton.com je...

Hanis MY said...

wahh tak penah tgk citer ni huhu nk tgk gak...

arnabs said...

crita nie mmg bez kn..
stiap episod msti bez,,rugi xtgk

Nazrul Azwan said...

juvana mmg antara drama Melayu yg lain dari yg lain. mmg minat gila cerita ni. episod 12 paling tak sangka time cikgu bajek baik tu sebenarnya jahat. makin suspen. haha

KizZ said...

@NAzarul
Hihi...kelakar nazrul guna perkataan cikgu bajek baik tu jugak...

RHI said...

kakak tak pernah tengok citer ni, dah semestinya tak tahu jalan citernya hehe

Awan said...

aduyaiii...hehe

Kechik Itu Comel said...

juvana? dh tak lyn lh plk..tp dpt gak bc2 entry blogger yg cerita tntg drama ni..tau lah serba sikit..thanks..=)

Hans Hanis said...

den pun selalu buat review drama ni
best2

http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/review-filem-harry-potter-and-deathly.html

hamzah ian said...

episod last aku rase tak best sngt. huhu

Hani Syahida ✿ said...

guard tu nama tony

Masih Ada Plan B, Mari baca!