Showing posts with label Juvana episode 12. Show all posts
Showing posts with label Juvana episode 12. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Sinopsis Juvana Episod 12.Best.

Aish dah lama tak review drama/movie tiba-tiba datang rasa kekok macam tak pernah menaip.Okay kali ni Kiz nak bercengkereng dengan korang tentang sinopsis Drama juvana TV3 arahan Faisal Ishak yang cool untuk episod ke-12 which mean dah tinggal lagi episod before drama yang meletop-letopkan kakiku yang baru tercucuk mata parang time tolong mak tadi.Auch!

Okeh now lets get straight to da point.

Sinopsis Juvana TV3 ( Episod 12 )

Start je drama ni kelihatan guard kaki pukul,(entah apa nama dia lupa pulak kiz) datang nak buat deal dengan botak.Dia nak botak jadi mata-mata dia tolong tengokkan Si Daim.Okeh now lets skip part-part yang agak tak perlu cerita macam daim lepak ramai-ramai dengan 'geng-geng' barunya sebelum hari final debat keesokan harinya.

. . . . . . . . . . . . . . 

Hari final debat bermula.Masa tu lah,lebih kurang 15 minit sebelum Group sekolah juvana bertanding , Daim tercurik-curik dengar pergaduhan/perbualan antara guard kaki pukul dengan Warden Raja yang tak berapa nak raja sangatlah.Guard ugut Warden raja dia akan bagitau pihak media dan dato if dia tak naikkan percentage duit yang patut dia dapat dalam aktiviti penyonglapan dana sekolah juvana yang diperoleh.Then,Kantoi,lepas tu jugak lah Daim dapat tau yang rupanya Warden Raja tak ambik endah lansung habuk pun pasal kesnya.

Daim dengan sengaja hatinya bagi Sekolah Juvana kalah dalam pertandingan debat final tu supaya dapat memalukan Warden Raja yang dibenci-benci oleh Kiz dan masyarakat penonton yang lain.Akibat daripada tu,Daim dibenci semua kengkawannya termasuklah Si Apek.Botak mula nak ambil peluang which mean Botak dah jadi jahat balik.Baru nak tengok dia baik sekejap ek..Last skali,Daim dah tak tahan sangat perasaan yang berbuak-buak nak ceritakan rahsia yang dia tahu,dia pun kecahkan jugak rahsia tu kat Cikgu Zakiah then Kengkawan dia.

Daim dapat balik kawan-kawan dia.Botak curi dengar rahsia yang Daim bagitau.Cikgu Zakiah curi-curi masuk bilik tuan wira then captcha klik klik beberapa keping gambar yang boleh dijadikan bukti perbuatan jahat Warden Raja dan sekutunya.Daim and da geng dipukul dan dipenjara beramai-ramai.Dalam waktu yang hangat dan genting tu,ceehh,cikgu Zakiah sempat ajak Cikgu bajek baik(juga lupa nama dia) buat report polis pasal angkara Tuan Wira Siot tu.Dalam masa yang sama,harapka pagar,pagar makan padi,cikgu bajek baik tu terkup mulut Cikgu Zakiah sampai pengsan...Bersambung

Jadi,siapa lagi yang akan menuntut bela,menegakkan keadilan yang berlaku sedangkan kesemua hero dan heroin-heroin telah tertangkap?Adakah penindasan ini akan tiada penghujungnya?Mungkinkah Cikgu Zakiah akan dirogol?Jom sama-sama nantikan episod Juvana TV3 yang akan datang.Episod terakhir tak silap kiz.

*Sedia maklum bahawa sinopsis ni Kiz tulis sendiri dan tak copy dari mana-mana sumber,jadi jika mahu copy sila bagitau dulu ok.Sharing is caring like a sibling(ending post mesti mengarut jugak,aduyai..)

Yang kuat menaip,
Izz ( KiZ )

Masih Ada Plan B, Mari baca!