Tuesday, January 5, 2010

berlalu terus pergi

Ya.terus pergi.kalau di panggil belum tentu datangnya.kalu di seru belum tentu hadirnya.kalau tiba,hanya dalam mimpi yang esok paginya ingat-ingat lupa.

kenangan kita semua berjuta-juta.dari kita kecil hingga dewasa.yang manis kita ingat.yang pahit lagilah tak boleh lupa.yang pasti,ia berlalu dan terus pergi.kalau manis,bila teringat mesti kita suka.senyum.hati rasa senang.yang pahit sakitnya bukan kepalang.macam mencucuk ke hati.

tahun lalu,2009,antara tahun yang mungkin paling di kenang.yang paling indah.yang paling sakit.mungkin bukan kiz sahaja,mungkin ada antara kamu juga begitu.

2009,tahun pertama kami berchenta.exam nya terlalu susah.kalau ada keputusan mesti setakat b-.atau sekadar c.tapi dari segi keutuhan hubungan kami meletakkan a+.itu kami letak sendiri.terima kasih kepada yang membuat kami sedih.ujian yang mengeratkan kami.buat kami kenal diri masing-masing.yang terhebat,bila ada yang menuduh yang bukan-bukan.tidak mengapa,kami meletakkan kesalahan pada diri kami sendiri.

2009.pertama kali menyambut ulang tahun.
2009.pertama kali ber blog.
2009.pertama kali naik train.
2009.pertama kali berpisah jauh.
2009.pertama kali travel macam-macam tempat.
2009.pertama kali menjalankan perniagaan bersama.
2009.bertemu keluarga.iz jumpa ibu kecik.kecik jumpa kakak iz.
2009.dan 2009 dan 2009.satu tahun yang bermacam.indah dan tak indah.terkumpul tidak terurai.bersatu tidak putus.bersama tidak jemu.


ok.bye 2009.awak dah berlalu terus pergi.2010 sudah mengganti.mungkin lebih baik.mungkin juga lebih pahit.mungkin keadaan baru lebih mencabar.semoga awak suka dengan kami.2009 melayan kami dengan hebat.2010 bagaimana layanan awak?

Seikhlas Hati,


1 comment:

Unknown said...

huhuhu
best semua nyer pertama



*blh ajar nk letak tweet tk tap nk guna icon tweets
hahahaaa

Masih Ada Plan B, Mari baca!