Wednesday, August 15, 2012

Rumahku syurgaku..Oo Yeeah! Tips perabot rumah baru.

Salam Sahur semua *sebab tengah sahur masa ni*. Hii, memandangkan Kiz bakal menyelami dunia orang yang berstatus "U are maried" ni, hari ni Kiz nak short-list sket beberapa barang,perabot & keperluan basic yang al-sepatutnya ada dalam rumah kitorang eh bakal rumah kitorang.

So selepas 1 purnama membincangkan hal ini berdua(kiz), hah inilah dia short-list barang/perabot asas yang patut ada dalam bakal rumah kitorang kat Meru,Klang nanti..JOM!

1. Dapur masak.
Hii ada sesape nak hadiahkan dapur ni tak kat Kiz sila angkat tangan.
 Korang suke berjimat? Ahah Kiz amat suka berjimat sebab duit dah banyak habis skang ni. Jadi untuk berjimat haruslah masak sendiri instead of beli makanan kat kedai-makan/bazaar pastu carik meja kosong lalu berkongsi makanan tersebut(style Kiz berbuka, alamak kantoi sudah).Banyak mana boleh jimat tu hah aa korang kighe la asendiri ye.

2. Meja makan.
Memang boleh je kalau nak makan kat atas lantai tetapi bayangkan kalau rumah tu takde lansung meja kan nampak macam kosong sangat tu. Instead, boleh guna buat layan internet. So patut tak beli meja makan ni? #Eh patut, patut#

3. Kipas.
Yang kipas ni kalau rumah korang memang dah setiap bilik ada kipas memang tak perlu tapi kalau rumah baru Kiz yang hanya ruang tamu & master bedroom jek yang ada kipas syiling(siling lah!) memanglah Kiz patut beli kipas. Plus, kalau men laptop tapi tak pasang kipas boleh menyebabkan laptop korang cepat panas beb.

4. Langsir.
Dapat langsir ni pon sodap.
 Langsir ni pun perlu untuk mengelakkan korang nampak benda yang bukan-bukan kat luar. Haa takut tak? Taklah, sebenarnya langsir ni function dia adalah sebagai penyeri hiasan rumah tu, tanpa langsir, siapalah bilik. Ish entah pape je ayat aku ni.

5. Peti Ais & Barang dapur.
Peti ais ni of course la suatu kepentingan sekiranya korang gemar memasak dirumah kan. Yelah, nak simpan ikan ayam daging lemang ketupat rendang-tak-habis bla bla bla bla mesti la perlukan peti ais. Eh lemang pun nak kena letak dalam peti ais kah?

6.  Alat-alat pembersihan.
Eh ni pun boleh dikira sebagai mop ke?
 Alat-alat pembersihan ni macam penyapu, mop, pencuci, detergen dan yang sekutu dengannya lah. Penting sebab Kiz terutama sekali Izz memang tak boleh tengok rumah tak bersih & tak kemas. Huu tak sabar rasanya nak bersihkan rumah sebab malam tadi datang tengok rumah memang pergh, tak bleh blah. Yelah nak buat camne kan rumah tu dah tinggal kat 1 bulan jugak tak berpenghuni. Eh macam seram pulak ayat last ni. Papejelah.

7. Meja Laptop & Internet.
Ahah sedut jangan tak sedut
 Hee..Tanpa internet siapalah Izz. Siapa lah Kiz kan. Blog harus diupdate. FB harus dicheck. Keamanan perlu ditegakkan*Eh?*. Lagipun, internet ni lah source untuk rezeki kami berdua. Jadi perlu tak internet ni? PERLU!!!


Okeh lah, sekian personal-update pasal Kiz. Kalau ada yang sudi-sudi nak bagi item-item kat atas ni nak buat hadiah kahwin Kiz 1.9.12 nanti pun dialu-alukan lah ye. Hihi, nak-nak yang peti ais tu..*Berangan!*

Jari Menaip,
IzZ (KiZ)


Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design sepeti 
membuat blog, header & sebagainya.

8 comments:

BTS said...

bagus ada checklist ni.. buat mana perlu dulu,,set priority

Unknown said...

kalau dah ada umah sendiri mmg gitu la..mcm2 nak difikirkan..nak beli itu ini...

saya pun duk kat meru jugak..saya duduk kat Taman Meru Indah...awak duduk kt mana?

Lelaki said...

banyak mahu pakai wang ni...

haslinda said...

mesin basuh tak de ke? lenguh wooo nak basuh baju ngan tangan... heeee ^,^

BiskOt said...

kalau masuk rumah baru.. pertama yang harus ada dan wajib, adalah toto, bantal atau katil tilam..beli yg ini dulu, lain xbeli pn tak mgapa xDD

selamat hari raya kizgarden~ :)

MalizaMah said...

good checklist...
heeeeeeeee

salam lebaran.
maaf zahir batin.

Mebel Jati Furniture said...

Gak bisa Di pungkirigan kalau rumah kita desainnya seperti ini semua pasti betah deh di rumah....

Jepara Minimalis said...

Perabot rumah yang bisa di bilang bagus gan........
Salam Kenal

Masih Ada Plan B, Mari baca!