Thursday, August 30, 2012

Hari yang ditunggu-tunggu & Doa majlis perkahwinan.

Okeh. Camera on!! Lighting ok?? Cameramen?

*PANGGG!!(bunyi efek kayu 'boomerang' iklan sunsilk, hamek kau)
"Woi, ingat ni nak shooting filem ke haa? Ni blog la, tulis diam-diam sudah"


Oh. Blog ke? Hihi..


Ok lets get serious guys!

Banyak nak tulis kat entri ni tapi disebabkan mata Kiz dah terkebil-kebil duk tahan mengantuk dari tadi, tak banyak la korang boleh baca nampaknya kan.Sekarang ni Kiz nak tulis pasal hari yang ditunggu-tunggu dulu, pastu baru Doa majlis perkahwinan. Buleh ye?

Ahaa seperti yang telah digembar-gemburkan oleh Kiz berdua nih. Kami akan melansungkan majlis kenduri AKA walimatul-urus perkahwinan kami di Kota Tinggi (johor maa..) pada 1 Sept 2012 nanti. Haa cantik tak tarikh? *Ish tarikh tu tak penting la Kiz!!* So diharap mana-mana blogger yang dekat-dekat tu jom la datang. Dijemput tau jugak-nya-pun-atoi. Hamik ni haa peta Majlis Perkahwinan Kiz. Pandai-pandai lah ye print sendiri, takpun bleh amek pensil & kertas pastu lukis balik. Alah senang je ni jalan dia *dah pernah pergi memangla senang Kiz!!*



Memang Kiz sangat busy dalam sebulan ni yelah banyak kot nak uruskan pasal Majlis Perkahwinan Kiz ni. Yelah, mestilah mau berjalan lancar punya. Kalau korang pun mesti sama kan. Daripada jemputan, kad kahwin, pelamin, doorgift, mak andang, bapak andang(eh ni takde tau), makeup, photographer, makanan, cendol blah blah blah ni kalau nak listkan memang tak cukup satu blog nak kena tambah lagi satu blog lah gamaknya kan. So al-paham-paham sendiri lah ye.


Izz(kiz) kat sini pun nak mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih lah buat Cik Kechix(kiz) dan ibunya yang bersusah payah menguruskan hal kenduri kawen Kiz. Izz kat sini nak tolong sangat-sangat tapi apakan daya, rumah kami sangat jauh ibarat dari Johor ke Terengganu (padahal memang pon). Bagus betullah bakal isteri saya ni, rajin betul ye. Hihi. Tidak sabar rasanya mahu hidup bersama. Camne lah ye nanti kitorang. Ahah kita tunggu aje dan rehat eh lihat.


Eh tadi Kiz cakap nak share kat korang "Doa majlis perkahwinan" kan? Ahaa janji mesti ditunaikan (maaf, tiada sebarang unsur politik disini ok). Jom doa sesama sebab Izz macam dah dapat rasa debarannya nih.


Doa majlis perkahwinan

الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِىءُ مَزِيدَهُ يَا رَبَّـنَا لَكَ الحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ فَـلَكَ الحَمْدُ قَبْلَ الرِّضَا فَلَكَ الحَمْدُ بَعْدَ الرِّضَا وَلَكَ الحَمْدُ إِذَا رَضِيتَ وَفَنَـيْنَا دَائِمًا سَرْمَدًا إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ فِى الأَوَّلِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى اللأَخِرِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى كُلِّ وَقْتٍ وَحِينَ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى المَـَلإِ الأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الدِّينِ وَصَلِّ وَسَلـِّمْ عَلَى جَمِيعِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَـلِينَ وَعَلَى المَلآئِكَةِ المُقَرَّبِينَ وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ مِنْ أَهْلِ السَّمَـٰوَاتِ وَالأَرَضِينَ.
وَرَضِيَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَنْ سَادَاتِـنَا وَهُـدَاتِنَا وَأَئِـمَّـتِنَا أَبِى بَكْرٍ وَعَمَرَ وَعُثْـمَانَ وَعَلِيَّ وَعَنْ سَـائِرِ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ أَجْمَعِينَ، وَعَنِ التَّابِعِينَ وَتَابِعِى التَّابِعِينَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ وَاحْشُرْنَا وَارْحَمْنَا مَعَهُمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا يَا مَوْلاَنَا ِلأَلآئِـكَ ذَاكِرِينَ وَلِنَعْمَآئِكَ شَاكِرِينَ وَعَلَى قَضَآئِكَ وَبَلآئِكَ وَقَدَرِكِ مِنَ الصَّابِرِينَ، وَمِنَ الحَلاَلِ مَرْزُوقِينَ وَعَنِ الحَرَامِ مَعْصُومِينَ، وَفِى الجِنَانِ مُنَعَّمِينَ وَعَنِ النِّـيرَانِ مُبَـعَّدِينَ، وَإِلَى وَجْهِكَ وَوَجْهِ نَبِيِّـكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَبِّ نَاظِرِينَ وَمَتَـمَتِّـعِينَ، رُدَّنَا اللَّهُمَّ إِلَيْـكَ مَرَدًّا جَمِيلاً (3 كالي)
Ya Allah, pada hari yang penuh berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka. Maha benarlah Ya Allah, firmanmu yang mulia :
اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد
Ya Allah Ya Rahman,
بَارَكَ اللهُ لَـكُمَا وَعَلَيْـكُمَا، وَفِي كُلِّ خَيْرٍ جَمَعَ بَيْـنَكُمَا، اَللَّهُمَّ أَلْـقِ بَيْنَـهُمَا المَحَبَّـةَ وَالوِدَادَ، وَاهْدِهِمَا سَبِيلَ التَّـقْوَى وَالرَّشَادِ، وَطَوِّلْ أَعْمَارَهُمَا فِي رَغَدِ العَيْـشِ وَالسُّرُورِ، وَدَوَامِ الهَنَآءِ وَانْشِرَاحِ الصُّدُورِ، وَاجْمَعْ بَيْـنَهُمَا عَلَى كَمَالِ الوِفَاقِ وَالإِئْتِلاَفِ، وَاجْعَلْهُمَا مِنْ أَهْلِ القَنَاعَةِ وَالعَفَافِ، وَارْزُقْهُمَا النَّـسْلَ الصَّالِحَ مِنَ البَنَاتِ وَالأَوْلاَدِ، حَتَّى يَرَوُ الأَسْبَاطَ وَالأَحْفَادَ.
Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.
اَللَّهُمَّ وَأَسْبِغْ عَلَيْـهِمَا النِّعَمَ، وَوَسِّعْ عَلَيْـهِمَا الأَرْزَاقَ، وَاحْفَظْهُمَا مِنْ مَكَائِدِ الخَلْقِ، وَجَنِّـبْهُمَا عَنْ سُوْءِ الأَخْلاَقِ، وَبَلِّغْهُمَا المَـٰأۤرِبَ وَالمَطَالِبَ، وَأَحْسِنْ لَهُمَا بِمَنِّـكَ وَكَرَمِكَ العَوَاقِبَ، اَللَّهُمَّ وَامْنَحْنَا كُلَّـنَا جَمِيعَ ذَلِكَ، وَنَجِّنَا بِفَضْلِكَ مِنْ جَمِيعِ المَهَالِكِ، وَنَسْـئَلُكَ بِنَا يَا رَبَّـنَا خَيْرَ المَسَالِكِ،
Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.
اَللَّهُمَّ اجْعَلِ اجْـتِمَاعَنَا هَذَا وَغَيْرَهُ بِالرَّحْمَةِ، وَافْتِرَاقَـنَا مِنْ بَعْدِهِ بِالمَغْفِرَةِ وَالعِصْمَةِ، وَادْفَعْ عَنَّا بِفَضْلِكَ البَلاَءَ وَالنِّـقْمَةَ، اَللَّهُمَّ أَفِضْ عَلَيْـنَا مِنْ بِحَارِ جُوْدِكَ الخَيْرَاتِ، وَعُمَّنَا مِنْ سَحَآئِبِ نِعَمِكَ بِالبَرَكَاتِ، وَلاَ تُخْـلِنَا مِنْ لُطْفِكَ فِي جَمِيعِ الأَوْقَاتِ.
اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Nabi Adam & Hawa, Nabi Ibrahim & Siti Hajar, seperti Nabi Yusuf & Zulaika, Nabi Ayub & Rahmah, Nabi Musa & Safurah, Nabi Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Nabi Muhammad s.a.w & Khadijah.
Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.
اَللَّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا فِي مَقَامِنَا هَذَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ، وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ قَضَيْـتَهُ، وَلاَ مَرِيضًا إِلاَّ شَفَيْـتَهُ، وَلاَ عَدُوًّا إِلاَّ كَفَيْـتَهُ، وَلاَ غَائِبًا إِلاَّ رَدَدْتَهُ، وَلاَ عَاصِيًا إِلاَّ عَصَمْـتَهُ، وَلاَ فَاسِدًا إِلاَّ أَصْلَحْـتَهُ، وَلاَ مَيْـتًا إِلاَّ رَحِمْـتَهُ، وَلاَ عَيْبًا إِلاَّ سَتَرْتَهُ، وَلاَ عَسِيرًا إِلاَّ يَسَّرْتَهُ، وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْـيَا وَالأَخِرَةِ لَكَ فِيهَا رِضًا وَلَنَا فِيهَا صَلاَحٌ إِلاَّ أَعَنْـتَنَا عَلىَ قَضَائِهَا فِي يُسْرٍ مِنْكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
اَللَّهُمَّ احْفَظْنَا بِالإِسْلاَمِ قَائِمِيْنَ، وَاحْفَظْنَا بِالإِسْلاَمِ قَاعِدِيْنَ، وَاحْفَظْنَا بِالإِسْلاَمِ رَاقِدِيْنَ، وَلاَ تُشَمِّتْ بِنَا أَعْدَاءً وَلاَ حَاسِدِيْنَ.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْـئَلُكَ الصِّحَّةَ وَالعِفَّةَ وَالأَمَانَةَ وَحُسْنَ الخُلُقِ وَالرِّضَا بِالقَدَرِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ.


sumber : http://zaimhilmi.blogspot.com/2012/02/doa-untuk-majlis-perkahwinan.html


Okeylah. Setakat ini sahaja perkongsian dari Kiz untuk hari ini ye. InsyaALAH nanti lepas Majlis Kiz  akan kongsikan kat korang tentang susah-payah majlis pernikahan & perkahwinan Kiz yang buat masa ni perlu dirahsiakan terlebih dahulu. Nantikan ye!

Eh sebelum terlupa, nak bagitau kat korang. lepas ni maybe Kiz dah tak update blog sampailah 5hb Sept sebab masa tu dah majlis perkahwinan Kiz pastu nak pergi ber'cuti' lagi. Tak sabar nak update pasal kisah perkahwinan kami. Tunggu ye jangan tak tunggu!


Jari Menaip,
IzZ (Kiz)



Like Kiz Design untuk dapatkan diskaun 50% untuk semua servis design.

10 comments:

Gadis Hijau said...

harap semua urusan berjalan dengan lancar.. amin

nZaOdonut said...

TAHNIAHH bt kedua-dua mempelai..(^__^)

Cik Sara said...

Tahniah.. Barakallahumma wabarakah..
Ramainya buat walimah 1hb tu..

pelangi chenta said...

selamat pengantin baru.tahniah =)

dayang Citra said...

Tahniah,tahniah,tahniah...selamat pengantin baru,semoga kekal bahagia selamanya...

LelakiSemalam said...

tahniah!

Izzy Izzudin said...

waaaa~~ alhamdulillah....kawin jgk korg yek.... moga Allah bless u guyss sampela anak cucu...congratzz!!

Hanif Idrus said...

Tahniah!!!!!
Memasuki alam suami isteri.....ingat tanggungjawab kita.

Angah said...

selamat pengantin baru!

Yousof said...

سلامت ڤڠنتين بارو. سموڬ برككالن هيڠڬ ك شرڬ :)

Masih Ada Plan B, Mari baca!