Friday, August 17, 2012

Orang gila main baling batu ke cermin kereta, siapa patut dipersalahkan?

Tajuk hari ni nampak agak panjang tapi apadehal beb. Hihi. Ahaa benda yang Kiz nak story kat kau-orang hari ini sesungguhnya adalah kisah benar yang berlaku kat Kiz sendiri. Baru aje malam semalam kena, masa tu Kiz tengah on the way balik dari Uptown Shah Alam (tak pergi pun sebenarnya, jamm gile gedabak ohh!, terus patah balik).


Okeh jom dengar citer. Sila padam lampu untuk lebih feeling *eceh macam citer seram la pulak*.

Okeh al-kisahnya macam ni. Masa tu dalam pukul 11:30pm lebih kurang. Kiz planning nak serang uptown shah alam nak carik baju raya lah kononnya. Sekali duakali tigakali jamm la pulak kan kat uptown. Pusing-pusing cari parking sampai kepala otak Kiz pun berpusing sekali dah. Last-last tak jadi. Kechix(Kiz) cakap "Jom patah balik je la, camgini sampai esok pun tak jumpa parking" (dialog rekaan semata-mata, hihihi).

So last-last Kiz pun tak jadi la nak g uptown. So patah balik ke Shah Alam melalui jalan seksyen 18 yang bersebelah dengan Giant *AMBOI DETAILNYA!!*. Okeh masa kat jalan ni yang paling penting. Tengah-tengah Kiz duk seronok-ronok drive sambil melayan lagu "anak kampung ku anak kampung, tidak padan tidak sepadan lalalalala whateverthelyricis lah". PERKKKKK!!! Tetiba ada sebijik batu besar sebesar genggaman tangan korang (genggaman tangan baby takleh masuk) warna putih melayang lalu menghentam cermin depan kereta kancil silver Kiz yang comel*EH?*.



Terkejut. Tergamam. Terpelosok. Tergigit jari. Semua ada masa tu. Izz tengok belah kiri. Nampak ada sorang mamat (nampak macam orang kurang siuman) yang mungkin dalam umur 30-40 tengah baling batu sambil ambik lagi batu lain untuk baling (nak baling kat kereta lain pulok kot?). Pergh memang giler beb. Kitorang terus macam terkedu. Saling berpandangan antara satu sama lain.

Dalam hati Izz cakap, "Pergh nasib baik orang giler tu baling batu kapur, kalau batu betul yang keras-yang-kalau-baling-kat-hanjing-memang-terus-kojol tu tak tau la camne". Memang pecah la jawabnya cermin kete kau kan.


So, kesimpulannya..Kiz masa tu memang bernasib baik. Jadi harus cakap apa? Alhamdulillah. So persoalannya sekarang, siapa harus dipersalahkan? Nak salahkan orang gila, orang tu dah memang takleh nak berfikir nak buat camne kan. Nak salahkan batu lagilah batu tu tak bersalah sebab diorang memang ditakdirkan tak boleh bergerak. Nak salahkan Kiz sendiri? Eh pehal plak..Saya hanya seorang pemandu biasa yang mengikut undang-undang pemanduan. hihi.

Jadi. Siapa yang harus dipersalahkan?? Hah ekau pikirlah sendighi ye..

Jari Menaip,
IzZ (KiZ)


Kiz Design
Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design
seperti buat/edit blog, header, logo, bisnes kad dll.
www.kizdesign.blogspot.com

10 comments:

LubLy said...

calar x?kalu lebly pun syp seribu bahasa gak..tanjat iteeeeee

MalizaMah said...

adoi... ada plak.... isyhhh.....
bahaya nyer.

Afiq Din said...

ade masalah peribadi tu kot

Afiq Din said...

cbox ade prob tuh...
xblh nk tgl jejak

felix said...

hahaha...

manaf Jeli said...

salahkan anwar ibrahim dan nik aziz yang gagal mendidik rakyat malaysia menjadi lebih bersopan.

shuttet said...

masalah sikap peribadi pun nak kaitkan dengan politik ke? wakakaka!!

shuttet said...

masalah sikap peribadi pun nak salahkan dengan org lain jugak ke? wakakaka

THE AUTHOR said...

Isssk....orang giler yang macam ni menakutkan...

Singgah Hari Raya Ke -Empat ke blog tuan rumah...
Sudah mula bekerja hari ini..huhu

Unknown said...

adei..mujur org giler kan..kalau org x giler..sah2 kuar kereta bagi sedas dua kt muka org tu

Masih Ada Plan B, Mari baca!