Tuesday, October 26, 2010

Surah Yasin,Peperiksaan dan Kiz

Untuk 3 minggu ini Kiz akan menjalani peperiksaan akhir untuk semester kali ini.perasaan yang berdebar usah di cakap.semester ini kami agak kurang persembahannya dalam pelajaran.mungkin sudah dekat ini dugaannya lain pula.tapi alhamdulillah kami dapat memeperbaiki nya semula pada hujung-hujung hari sebelum peperiksaan.


semua antara kita akan mengalami debaran setiap kali masuk peperiksaan.berapa kali ambil exam pun masih lagi berdebar.sangat.masa itulah nak terkeluar semua blur semua.saya pun!betul.kiz memang lah begini.kelam kabut bila tiba exam.


dan ada pelbagai cara untuk kita mengurangkan dup dap dup dap kita bila hari pepriksaan tiba.

dan kami mengamalkan surah yasin.ya surah yasin.


kita selalunya membaca surah yasin setiap malam jumaat.dan apakata bila tiba musim pepriksaan kita banyakkan lagi membaca surah yasin.surah yasin memang sangat banyak kelebihannya seperti yang kita sedia maklum.mari kita tinjau.


Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".


Diriwayatkan pada hadith yang lain,

* Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang
membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu,
* barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula,
* barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula,
* dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi.
* Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya.
* Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya

haa teruja tak baca?sekadar mengingatkan.dan kiz pasti sudah ramai antara kita memang mengamalkan surah yasin.bukan waktu susah sahaja,waktu senang jangan di lupa.


dan untuk musim pepriksaan kali ini yang sudah pun bermula,kiz mengamalkan hampir setiap hari membaca surah yasin.dan apa yang istimewa kali ini,bukan ibu dan mama sahaja yang akan membaca kan surah yasin ketika kami sedang bertungkus lumus menjawab, kami melakukan pula untuk masing-masing.


maksudnya disini,ketika iz sedang exam,kechix akan membacakan surah yasin untuk iz dan begitulah sebaliknya.Alhamdulillah peperiksaan kami waktunya tidak sama maka bolehlah kami melakukan rutin begitu.


tengok bila cerita soal agama terus ayatnya sopan-sopan.suka begini.bagus..


dan selamat berjaya untuk semua kawan-kawan yang mengambil peperiksaan juga.terutamanya pelajar Uitm..

3 comments:

penaberkala said...

thanks for the reminder
good luck utk final exam

d156 said...

haha..teringat zaman2 belajar dulu..anyway,gudluck xm..

Einaz Shah Rizal Thomas said...

haiy owner belog.
saya datang singgap
belog yang super nice !

love einaz !

Masih Ada Plan B, Mari baca!