Saturday, October 9, 2010

4 Tips Menghalau Tikus


Tikus oH tikus,
mengapa engkau kacau rumah aku?,
Macammana aku tak kacau,
Engkau yang tak nak halau;
(Perhatian:Sila nyanyi ikut lagu bangau oH bangau ya)

Wah!Gempak tak lagu Kiz baru reka.Hah,tau,tak gempak...haha..Okeh kali ni Kiz nak sentuh sikit mengenai Tikus AKA Cik.T AKA MRs Kus kus ( kalau tikus tu gurl la kan ).Kali ni Kiz citer sikit pasal tikus kat rumah sewa Iz pastu Kiz story tips ataupun cara-cara nak menghalau tikus-tikus yang melanda di sekitar rumah atau pejabat korang okay.

KISAH SI TIKUS RUMAH IZ

Al-kisahnya..Iz ni suka letak semua makanan-makanan beliau macam maggie , kurma , nescafe bla bla bla dalam beg besar dia.Kisahnya bermula apabila Uitm diberi cuti 1 minggu sempena raya.Apalagi,Iz dengan semangatnya pack-pack barang semua ( Oh,tapi buku-buku lansung tak bawak Ok,bawak pun kompem tak studi,hahah).Dan bila tiba masa nak kuar dari rumah sewa,sedikit kecuaian telah berlaku.Kecuaian kecil yang memberi kesan besar.Apa yang Iz telah buat?

Ahah!Iz terlupa nak zip kan begnya yang penuh dengan makanan tu ditambahkan pula dengan pintu yang ada sedikit lubang pada bahagian bawah.

OK.SEMINGGU TELAH BERLALU

Dah habis dah musim raya,maka musim untuk balik ke rumah sewa sebab kelas dah nak mula keesokan hari.Sampai je kat bilik kat rumah sewa iz.OH MY GOD!kelihatan 3 bungkus maggie dah tinggal bungkusannya je,nescafe pun sama(alamak kantoi Kiz minum nescafe),pastu dengan najis2 Cik T yang comel tu..Fuuuhh..

Dan kesan yang paling best sejak kejadian tu.Tikus-tikus ini bak kata iz "bagaikan seorang pekerja dipejabat,boleh keluar masuk kerja(bilik) sesuka hati".Padahal Iz ada dalam bilik uh,selamba dek je dia keluar masuk.Memang selalu kiz terkejut masa tengah guna laptop sebab tengah syok-syok bukak FB ni tiba-tiba "Gedegang",bunyi tikus masuk dalam bilik secara meluru pastu tak tau apa yang dia terlanggar.Yang Bestnya,tengok belakang terus dah tak nampak apa-apa.

TIPS / CARA-CARA / PETUA MENGHALAU TIKUS
OK,disebabkan ketensyenan dek tikus-tikus tersebut,Kiz terus buat kajian kat internet kaedah yang boleh kita guna nak halau tikus.Kajian la sangat kan,heheh.Daripada tu,Dapat la disimpulkan:

1)Tutup makanan-makanan yang ada dengan bekas plastik:
Kalau kita biar je makanan tu terbiar,alamat ada je peluang,memang terus je diorang serang,"yea,rezeki-rezeki,Alhamdulillah",kata Cik T.

2)Tutup lubang-lubang yang ada pada pintu
Haa,sebab lubang-lubang ni lah yang menjadi punca diorang nak masuk dalam bilik or rumah korang

3)Serai Wangi adalah sangat ditakuti oleh 'mereka'(WAJIB BUAT)
















Mengapa serai wangi?Haa,untuk pengetahuan korang,serangga macam lipas dan tikus ni adalah amat sensitif terhadap bau serai wangi.Ala,macam yang kata pontianak takut bila ada bau bawang tu.haa,so marilah dapatkannya.Iz baru je beli benda ni Kat gaint.Lebih kurang RM10 je harganya..

Semburkan tiap-tiap hari sampailah Tikus-tikus tu dah tak berani masuk lagi Okay.

4)Perangkap Tikus










Haa,yang ni pun boleh digunakan tapi Kiz tak buat cara ni sebab kesian pulak bila tengok diorang mati kan.So , baik lah Kita halau dia pakai serai wangi jek.

APA KATA KIZ?
Hah!apa kata Kiz?Okay,dalam hal ini ( eceeh ),Kiz rekomenkan korang pakai teknik Serai wangi tu selain kaedah-kaedah lain okay.Sebab petua serai wangi ni dah dibuktikan oleh Kechix masa mula-mula diorang masuk rumah sewa diorang.2minggu je istiqamah menyembur serai wangi tu Alhamdulillah dah takde lagi dah tikus dan lipas.

Okes,itu saja untuk kali ni.Ada apa-apa yang nak dikongsikan dipersilakanlah ya..TATA

9 comments:

~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ said...

hehe
bagus2
da lame da nk halau si tikus durjan ni..

KizZ said...

hehe....belum cuba belum tau..so..mari mencuba ya

newblogger said...

baguz ni,,tggu la ko tikus..hahahahahaha( gelak jahat ni)

keryck_ronaldo said...

kte da try pakai serai wangi tu..
tapi tikus ni blh berlari lari kt atas siling lagi..

ok x kalau letak pati serai wangi tu dalam bekas kecil, n letak kt atas siling umah..biar cecair serai wangi meruap kt atas tu..

cume takut tertumpah je, xpasal2 siling jadi xlawa..

haha

Anonymous said...

tq sis for your info..nnti nak cari serai wangi ini,bau tahi tikus tak tahan sgt.

*diera* said...

tq for tips, sy letak kat blog saya juga ye, dapor saya kene serang .. huwargh.. sangat membantu nak pergi beli hari ni juga!

::MaEstrO aMaD:: said...

sure serai wangi bagus??ada kata tak beberapa berkesan.susah ni >,<

Sirap Limau said...

bagus serai wangi ni.. immediate effect..

intan hanis said...

sy dh cuba serai wangi.tp xjd.slamber je cikT lintas tepi botol..huhu..tgh cri alternatif laen.

Masih Ada Plan B, Mari baca!