Thursday, October 7, 2010

Mari Menonton Drama 8 Bulan (BEST!)

Halo-halo,apa khabar disana,huu..Dah lama Iz tak menulis blog,orang busy lah katakan ye..Asyik-asyik Kechix je yang menulis so kali ni Iz pulak yang tulis..Ahah,seperti yang digembar gemburkan kat tajuk atas ni,kali ni Kiz nak citer atau review sikit drama 8 Bulan.Apa?Tak tau?Alaa,yang lagu "Kekanda Adinda" tu,OST drama ni lah..BEST tau drama ni..Kiz baru je habis tengok 2 3 hari yang lalu ( wah,ayat dramatik uu!)

Drama 8 Bulan ni pasal apa?
Okay,drama ni mengisahkan pasal Suami Isteri yang baru berkahwin tapi walaupun dah banyak kali "try(oops,18sx nih,budak-budak jangan baca tau)",tak dapat-dapat jugak anak yang pertama mereka.Hmm,kesian kan.So,senang citer,suami isteri ni kedua-duanya kerja kat satu tempat yang sama tapi jawatan diorang lain-lain.Yang si isteri pangkat lagi tinggi dari si suami.So,diringkaskan citer,suatu hari si isteri ni di offer kan dek bosnya untuk naik pangkat tapi dalam masa yang sama jugak tiba-tiba je si isteri dah ada tanda-tanda mengandung.Perlu diberi perhatian disini,bos nya pulak tak suka pekerja dia yang mengandung sebab nanti akan menganggu prestasi kerja.
Menarik bukan?So,bagaimana si isteri ni nak sorok dari bos dia yang dia dah mengandung?Bagaimana mereka suami isteri nak setelkan masalah kewangan diorang yang sedikit?Adakah last skali si isteri tu dapat anak? AHAH!ikuti Drama ini ya..nanti Kiz akan ajar cara nak tengok Drama ni sebab kalau you all search kat You Tube kompem takde punya..

Apa bestnya drama ni?
Ahah! kepada sesiapa yang belum tengok meh Kiz bagitau apa yang paling menarik dalam drama ni.Yang paling best adalah bila kita tengok gelagat si isteri dan si suami dalam menyelesaikan masalah-masalah diorang.Yang si isteri ni serius sikit pastu suaminya pulak selamba dek je..Memang sibijik perangai Iz dan Kechik.(P/S:sebab tu la Kiz suka tengok citer ni kot).

Tambahan pulak,Drama ni pendek je..8 episod je..2 hari dah boleh khatam sudah..hehe.Pastu drama ni banyak lawak-lawak yang simple,macam lawak-lawak dalam movie omputeh tuu..Tu yang best tuh..Haa,lagi 1,dalam drama ni diorang selitkan apa kebaikan-kebaikan dan faedah yang korang boleh dapat melalui HSBC Amanah,banyak jugak Kiz dapat belajar dari HSBC amanah ni.

Siapa Penaja dan Pelakon utama drama 8 bulan ni?
Oops,dah story panjang-panjang lupa pula nak bagitau siapa pengarah dan pelakonnya.hehe.
First of all,wah,speaking cket,Drama ni ditaja oleh HSBC amanh dan pelakonnya adalah jeng jeng jeng..

Si suami : Rashidi Ishak
















Si isteri : Vanidah Imran ( pelakon berpengalaman uuh )


















Haa,dan untuk pengetahuan semua,diorang ni sebenarnya memang betul-betul dah kahwin dalam dunia realiti ( untuk yang tak tau lah ).Pastu,sifat-sifat yang diorang lakonkan dalam drama ni hampir 100% memang perangai diorang.

Credit sikit
Ehee..terima kasih lah kat kechix sebab memaksa-maksa iz untuk tengok drama ni.Last-last Iz tengok lah jugak..Wah,tak sangka,Best rupanya..Love U cyg( eheh,jiwang sikit)

Bagaimana nak tengok Drama ni melalui Online?
Hmm senang je...
1) Masuk web site ni : http://www.tonton.com.my
2) Register sebagai ahli dalam website nih,jangan risau keyh,free je,sebab kalau tak register tak dapat tengok
3)Pastu korang search je kat bahagian atas tu,type 8 bulan,nanti akan keluar list2 episode drama tu
4)Pastu apalagi,pilih episode 1,LAYAN zassss,gerenti korang suka punya
5)Aaa,pasal kualiti video dalam drama tu memang kureng sikit,tapi ok wat,tak yah nak melangut depat TV tunggu drama tu..haa,satu lagi,pastikan internet anda tidak terlalu lembab okay.


Jadi,apa lagi,Jom layan Drama ni tatkala tensen menyelubungi diri anda dengan pelbagai assignment,test dan presentation yang menanti ..hehe..ni pun Kiz curi curi masa tulis blog tau..Huh,naseb baik tak kantoi Kiz mencuri(entah apa entah Kiz melawak nih).Tata,jumpa lagi di post yang seterusnya Dan,kalau ada tak faham pasal step nak tengok drama ni inform Kiz k..

4 comments:

Pensel Kontot said...

ngeee suke lagu adinda kekanda hehehe

KizZ said...

ahah!suka lagu adinda kekanda mesti suka punya drama ni..jom2 tengok

Rozuan Ismail said...

wah..ini blog bersama ke?how's romantic both of you.. harap2 percintaan korang sama macam dalam drama tuh ok!!

KizZ said...

Hehe...aah...Kiz memang wat blog ni sama-sama..tulis pun gilir-gilir,kadang-kadang iz kadang-kadang kechix..kalau yang entri agak-agak jiwang tu biasanya kechix lah..

Biznes pun sama-sama...leh tengok kat www.varietykizhanie.blogspot.com
mana tau nak belikan awek baju vintage yang murah2,sila-sila lah visit ya..

TQ for commenting

Masih Ada Plan B, Mari baca!