Tuesday, September 29, 2009

377 hari

Niat asal pada mulanya adalah 365 hari.tapi apabila waktu itu adalah hari untuk pulang ke kampong untuk berhari raya,terpaksa tangguhkan hasrat untuk post entry ulangtahun.sebab kalau sudah jumpa keluarga semua pun jadi lupa.keluarga sangat penting untuk kami.ok.jadi entry kali ini anda terpaksa baca yang kononnya hari ini adalah hari ulangtahun kami.

Hari ini kami menyambut ulang tahun pertama hubungan ini.365 hari kami sudah berlalu..susah senang duka ketawa sudah kami rasa.sudah kami kecapi.ke tahap ini memang kami impi.kata orang,tahun pertama tahun pengenalan.tahun untuk mengenal hati budi.betulkah?entah.pada kami sehingga bila-bila pun belum tentu kita kenal manusia.hari ini baik belum tentu lusa nanti.hari ini elok mungkin busuk sebentar nanti.

365 hari ini kami susuri dengan segala macam perasaan.bukan mudah.tidak juga sukar.semalam kami ketawa hari ini kami gembira.semalam bahagia hari ini kecewa.itu antara lumrah rasa yang kadang-kadang mengundang indahnya.satu tahun pertama kata mereka,belum tentu kekal esok lusa nya.pada kami,berchenta lah selagi terdaya.selagi Tuhan belum ragut rasa itu dari kita.buat apa terlalu memikirkan yang terjadi esok lusanya jika itu bukan mahu kita.segala yang kita rancang kadang-kadang ada yang tidak kena.mungkin baik pada kita,pada mereka lain pula tanggapannya.

Berkenalan ,berkawan biasa,menjadi rapat lalu lihatlah hari ini.bukan mendabik dada.bukan menunjuk segala rasa.kami hanya ingin berkongsi.betul.bukan miang tak tentu hala.kami bercinta hanya mengikut lumrah manusia.terpulang pada yang menilai sudut jalan cerita.citarasa kita semestinya berbeza.lalu hanya perlu menerima seadanya antara kita.

Gaya penulisan kali ini sedikit hiba.entah.rasa ini sangat sukar untuk di tafsir.ada satu rasa yang jika di terjemah belum tentu di fahami.tidak sangka perjalanan kami sejauh ini.sangat tidak menduga rasa kami sudah semakin sebati.

Doa kami,semoga kami masih menulis entry pada hari ke 730 nanti.

Majlis ulang tahun kami mungkin di anjurkan sedikit lewat. Kami menjemput semua followers untuk ke majlis itu.bagi sesiapa yang betul-betul mahu hadir,bagitahu ye.ini serius(sila buat rentak wonderpets).tidak terbuka kepada orang awam.hanya orang-orang terdekat walau buat di tempat awam.

maaf.sedikit terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir.batin?takde kan?

1 comment:

Anonymous said...

owh..
its been a year dah babe??
doa ku moga kamu moga ade entry lagi pd tahun2 berikot nya...(mizAyed)

Masih Ada Plan B, Mari baca!