Wednesday, September 2, 2009

implikasi kejauhan


jauh.ya.dan implikasinya sangat banyak sehingga segala keseluruhan hidup terasa kesannya.benar.kami benar-benar mendapat implikasi di atas kejauhan ini.lalu mari kita kongsi bersama.

pada awalnya,yang mendapat kesan adalah tubuh badan kami.tubuh badan kami mula meningkatkan tahap metabolismehingga ramai yang mnegur bahawa kami mulai kurus.pipi mulai tidak gemok lagi.pada ketika ini kami belum menerima hakikatbahawa kami sudah berjuta batu jauhnya.selera makan tidak lagi pada tahap melantak dengan gelojoh.

dan pada minggu seterusnya ketika sesi pembelajaran sudah bermula,keadaan semakin huru hara.makin tidak tentu hala.makin juga hilang serinya.kechix pula terus semakin tertekan kerana degree sangat berbeza dengan pembelajaran lama.terlalu banyak tugas yang di terima membebankan segala yang tersimpan di dada.kami memulakan semester ini dalam keadaan yang benar-benar tidak bersedia.

minggu demi minggu berlalu.quiz,test pula menyusul tiba dengan riang ria nya.dan dengan keadaan tidak selesa tubuh badan,huru-hara juga belum nampak redanya,kami menjawab segala test dan quiz dalam ketidakselesaanya. memerah otak dengan segala kudrat serta beratus doa tidak putus dan dengan harapan jika tidak dapat mengeluarkan jawapan lalu turun rahmat dari langit bahawa kami akan mendapat A.ya.itu sama sekali tidak berlaku ok.memang jangan harap kau tidak study dengan bersungguh lalu kau ingat kau bijak pandai segala akan mendapat keputusan yang baik.tidak mungkin.kami adalah pelajar yang mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh maka hasilnya adalah cemerlang.jika kami bermalas-malasan,maka gagal itu adalah balasan.

dan keputusan semua test dan quiz sudah keluar.dan seperti yang di katakan sebentar tadi,jawapannya adalah gagal.ibu pula salah sangka kalau fail test ingat kena repeat ke ape ntah wei.kechik n iz pun naik cuak dah.ok.

dan pada saat ini,baru kami sedar dan terbangun dari segalanya.kami tidak boleh berterusan begini.nasihat ibu dan mamakami mula guna pakai.berjauhan bukan penamat segalanya sehingga putus asa tak tentu hala.kawan-kawan,tolong jangan jadi seperti kami.kami kanak-kanak yang belum mengenal erti kejauhan.masih belajar dan sedang bertatih memahami pancaroba hidup yangterkandung dalam alam fana.

dan kerana ketakutan dek kegagalan demi kegagalan yang di terima.kami sudah nekad mengubah segalanya.dah beli nescafe,kopi dan segala macam ubat tidak akan mengantuk sampai lusa agar dapat belajar,belajar dan belajarsampai kau give up nak belajar apa pun tak tahu.dah nekad nak tumpukan sepenuh perhatian dalam kelas.sertaakan tidak membuang masa dengan kejadian-kejadian yang di ingini.

semoga Tuhan mendengar kata-kata ini.beri kami kekuatan semula,semangat semula dan kegembiraan kami semula.beri kami petunjuk agar kami tidak lalai dan leka.kami sangat lemah dan hanya bergantung harap pada-Mu.kami ingin berjaya membuat ibu,mama dan abah bangga.ampunkan kami dia atas segala dosa yang kami lakukan.

semoga kami berjaya.kami mahu Dean List lagi!!mahu!mesti!perlu!!

No comments:

Masih Ada Plan B, Mari baca!