Wednesday, September 30, 2009

terlewat tapi belum terlambat

Rasa tidak sah apabila semua orang ada pos entry raya tapi kami tidak.dalam kelekaan beraya bersama keluarga, blog ini kami terlupa sebentar.ok.sedikit penceritaan tentang sambutan hari raya tahun ini kami sisipkan.raya tahun ini agak sederhana tetapi istimewa.buat pertama kali kami dapat beraya bersama.izz datang ke rumah kechik dan family kechik membawa izz beraya bersama.


Ringkas cerita,sebenarnya entry ini sebenarnya hanya untuk memohon seribu kemaafan kepada semua.semua bererti sesiapa sahaja yang kami kenal atau tidak.mungkin terlupa atau tidak ingat segala kesilapan kami.mungkin sengaja atau tidak,kami memohon ampun maaf.itu sahaja perkataan yang dapat di lahirkan.zahir atau batin moga segala dapat di rawat dan di terima dengan ikhlas.samaada terlewat atau sedikit terlambat itu bukan alasan untuk melahirkan kata-kata kemaafan.tidak terniat lansung melupakan ucapan wajib cakap apabila tiba aidilfitri.moga syawal kali ini kita dapat berkat.jahat atau baik bukan persoalan utama.penghijrahan diri ke arah kesempurnaan yang kita mahu.lupakan sengketa kita eratkan saudara.


Akhir kata,semoga aidilfitri ini membawa sejuta yang indah-indah untuk kita.

suka maen janggut dia

2 comments:

atiqacad said...

em bahagia nye korg b'2 ni..
bgs la.. kekalkn ea.. (",)

BlueberrY CheesE said...

cumill. smga bkekalan ^^

Masih Ada Plan B, Mari baca!