Saturday, September 5, 2009

keajaiban yang nyata

ketika kechix sedang menaip pesanan ringkas kepada iz,tiba-tiba jari laju menekan butang huruf telefon bimbit yang terbit perkataannya adalah keajaiban."sayang,semoga ada keajaibanuntuk kita untuk berjumpa".pada waktu terdekat ini kami sememangnya tiada perancangan untuk bersua muka.tiada langsung.

namun secara tiba-tiba,atau suddenly dalam bahasa inggeris nya,minggu ini kami dapat berpacaran,bergelak ketawa bersama.terima kasih Tuhan.sekian lama kami menahan menyimpan menyembunyiharapan untuk di ketemukan,akhirnya ada sedikit ruang untuk kami.kami langsung tidak menjangka.tidak pula menyangka jauh pula menaruh sangka bahawa minggu ini untuk kami.

pesanan ringkas dari cik nurul zulaiha merubah segala.ya.terima kasih yang tidak terhingga.persetujuan untuk menumpangkan kechix hingga ke segamat di capai.hati berbunga-bunga cinta.senyuman hingga ke telinga.

harapan untuk berbuka puasa bersama nampaknya termakbul.tiada kata mampu di lontarkan lagi.mungkin bagi sesiapa itu tiada pengertian apa-apa.tapi besar maknanya buat kami.tiada harapan yang jelas tapi keajaiban ini membuat kami terpana.sekali lagi,Terima Kasih Tuhan.

*mungkin kami sedang geletek pinggang ketika kalian membaca entry ini*
*kami mahu keajaiban selalu*

No comments:

Masih Ada Plan B, Mari baca!