Perjalanan terasa singkat.macam-macam hal kami bicarakan.ada juga terselit tentang blog.katanya,jangan jadikan blog satu isu.ha?adakah?jeng jeng jeng.itu kiz tidak pasti apakah motif beliau.yang pasti,selepas ini kami akan lebih berhati-hati dengan our baby blog.ok.sudah sampai di tangkak.
eye on msia kali kedua.dataran pahlawan.
Pagi itu,setelah bersahur,kami pulang ke segamat.kemudian tidur.cepat-cepat bangun kerana ingin bertemu lagi.masa yang ada harus di praktikkan dengan berkesan.kami keluar sebentar ke daerah segamat.sangat rindukan daerah ini.pusing-pusing sebentar,kemudian pulang.mahu lepak di kampus pula.ini lagi rindu.kiz pergi hampir ke semua tempat yang kiz selalu bersama dahulu.bergambar dan bergelak tawa serta mengulang cerita lalu.satu memori yang patut di rasai oleh semua.sukar di terjemah mahupun mentafsir segala yang kiz lalui di sini.ramai juga yang menegur kechix.mungkin masih ingat.menegur warna kulit,isi badan itu adalah perkara biasa.sangat gembira kerana masih ada yang tidak lupa.gosip-gosip juga sempat singgah di telinga.sempat menjengah apa yang terjadi di sana.tidak mengapa.kiz sudah lebih terbuka.
rindu wajah ini nanti bila jauh di mata.
rindu.rindu.gedix tetap pujaan hati.
ok.seterusnya,kami memilih untuk berbuka hanya di uptown.kiz sangat rindu meja kami makan dahulu.nasib baik tiada orang lain di sudut tersebut.kami berborak hingga hampir habis maghrib.maaf.dan kami pulang ke bilik.ops!sesi pertemuan belum juga habis.ajakan dari cik shaeida kami terima.malam itu,kami pergi makan-makan di I0I.tempat makan yang agak popular di daerah segamat.waktu ini juga kami bercerita sangat banyak perkara.tidak kering gusi kami ketawa.dan tidak punya banyak masa untuk menghabiskan segala cerita.nanti lainkali kita keluar lagi ye.seronok.ok.sudah larut malam.kami pulang.
Esok paginya,kechix menguruskan borang tamat pengajian.dan setelah selesai,kiz sekali lagi bertemu.kali ini hanya di blok u.banyak juga perancangan kami fikirkan.bukan apa,kami hanya mahukan yang baik-baik untuk kami.pukul 2,iz pergi ke kelas.dan kechix pulang ke bilik.bas kechix jam 4.habis kelas,iz menghantar kechix ke bustand.kami banyak diam sepanjang perjalanan.mungkin melayan perasaan.memikirkan bila lagi agaknya peluang untuk bersua muka.harapan,semoga masih ada ruang untuk kiz.
Sekian sahaja penceritaan kali ini.jumpa lagi lain waktu pertemuan.
No comments:
Post a Comment