Tuesday, September 1, 2009

iz 20.kechix 21.

ya.betul.mengaku.kami berbeza umur.tidak seperti yang tipikal.perempuan lebih muda.lelaki selalunya lebih tua atau sebaya.kami sudah lari dari norma biasa.padahal sekarang seperti trend.umur bukan lagi masalah atau satu jurang yang membeza segala sehingga hubungan jadi tidak lancar atau jadi berantakan.

iz lahir pada 29 dis 1989.kechix pula 20 mei 1088.jarak umur selama 2 tahun tidak pernah kami jadikan satu alasan atau batu penghalang untuk kami meneruskan hubungan menjadi satu ikatan yang ceria,bahagia,chumil dan juga gembira seperti yang lainnya.kami berchenta dengan cara kami sendiri.umur tidak pula pernah menjadi satu hal yang di bangkitkan.cuma entry ini di tulis kerana mengimbau soalan rakan-rakan yang bertanyakan hal umur ini.

namun di akui,pada mulanya hal umur pernah menjadi satu hal yang kami titik beratkan.ramai yang mula bertanya adakah benar kami bercinta pada kali pertama kami makan bersama.pernah wujud rasa malu yang menebal,lalu pernah juga kami membuang rasa chenta yang mula bercambah dalam hati.kami terpaksa menukar panggilan,cuba membuang rasa cemburu yang semakin menular membikin hati jadi risau.dan segala perasaan yang cuba di lenyapkan menimbulkan rasa chenta baru.ya.rasa baru yang lebih indah dan sukar di terjemah.lalu kami berazam.mungkin kami di ketemu dalam keadaan seperti ini dan mengapa harus kami menolak.ya,kami menerimanya dengan gembira.cakap-cakap orang,kata-kata mereka,kami jadikan titik tolak hubungan untuk melangkah ke fasa seterusnya.

perihal yang kawan-kawan kerap ajukan adalah siapa lebih matang antara kami.terusik juga untuk kami menjawab kerana hakikatnya tahap kematangan kami lebih kurang sama.walau kechix yang lebih tua,kadangakala kechix lebih keanak-anakan.iz lebih tenang,lebih tidak emosional dalam menghadapi sesuatu perkara.dan pada waktu tertentu iz sangat matang.ya,bakal ketua keluarga yang baik.contohnya apabila dia berkeras mahu berjumpa dengan keluarga kechix.berkali kechix bertanya adakah benar iz sudah bersedia menghadapi karenah mereka yangmungkin sekadar menguji.jawab iz,"iz betul-betul sedia,iz nak ibu kenal iz".dan mungkin dengan niat yang ikhlas,satu keluargakechix menerima iz dengan hati terbuka lagi-lagi ibu dan nenek.mama?doakan semoga ada ruang untuk kechix ketemu.cumanya,iz selalunya suka meminta pandangan dari kechix dalam hal-hal seharian.dan lagi satu hal yang kami suka dalam hubungan kami sendiri,kami berchenta dalam usia kami.kalian tentu faham.

seperkara,antara kata-kata yang menjadikan kami lebih serius dan berhati-hati dalam hubungan kami adalah tentang jodoh.ada yang kata,berchenta lama-lama belum tentu jodoh milik kita.belum tentu Allah tentukan yang dia milik kita.bagi kami,itu adalah masa nanti.yang kita tidak dapat duga dan jangka.yang tidak dapat tidak kita perlu menerima dengan penuh rasa yang belum kita tahu dan fahami.yang kami mampu adalah berdoa dan berusaha.yang kami fikir dan kami ambil peduli sekarang ini adalah rasa chenta yang harus di nikmati dan di jalani dengan sempurna pada hari ini,ketika ini dan di saat ini.mari nikmati sekarang juga.jangan berlengah atau tunggu lama-lama.sementara kita masih punya masa dan ketika.lalui dengan gembira.chentai dia dengan sepenuh hati tanpa segala sengketa.

semoga segala suka,duka,sedih,ketawa bersatu lalu membawa pengakhiran jalan cerita chenta yang sempurna.
semoga rasa yang kami lalui sepanjang ranjau ini penamatnya adalah kisah chenta yang indah belaka.

3 comments:

Taz Jaafar said...

kecik. suke bace pasal korang. semoga korang kekal and tabah menghadapi segala dugaan atau cabaran yang mendatang. nah ni no tepon aku 0177498315. pasni delete eh :)

kechixmolex said...

taz..
thankz sgt222..
terharu..
bukan semua dpt trma kami..
muahhh...

miZa anGel mox said...

well.aku kan da join club ko babe!
ko ydp,aku nydp nye~
haha.....
mereka sguh indah!!!

Masih Ada Plan B, Mari baca!