Thursday, June 16, 2011

Mungkin booth yang terakhir..mungkin tidak??

Salam Sejahtera semua yah..


Fuuhh,akhirnya dapat juga Kiz luangkan masa untuk menconteng-conteng comel blog Kiz yang dah berhabuk nih..Kepada para pembaca setia tu diharap maafkan Kiz ya sebab selalu tak sempat update blog.Kiz memang tengah sangat busy up till this Julai.

Busy??Busy buat apa ya??

Ahah,sendiri tanya sendiri jawab.Sebenarnya , bermula Jumaat ni AKA this friday, Kiz berpeluang bukak 'booth' di Plaza Alam Sentral dan semestinya peluang itu Kiz cekup dengan sepenuh hatiku.Ahah, kali ni korang tak boleh lagi ya nak cakap ala sekejapnya,tak sempat la,saya busy lah hujung minggu , saya busy lah hari-hari kerja..Kenapa??Sebab booth Kiz yang kali ni dilansungkan secara live ya selama 2 minggu berturut-turut ceewaah iaitu bermula pada 17 Jun hinggalah 29Jun. Wuuhh lama tu.


Dan sebenarnya KIZ BEKERJA lah. Boss kami adalah kak WYDA yang dahlah cun lepastu baik hati ok.Pertama kali dapat boss cenggini.Kak Wyda ini mengupah kami menjaga booth beliau dan memberi kami peluang meletakkan item-item di Kedai Kiz juga.So macam featuring jugaklah.Kak Wyda jual banyakkk sangat benda-benda best di terbangkan from Bandung u olls..Contoh paling best adalah baju hoody terbaru dari Dian Pelangi.Hey tak nak ke baju yang meletoppp tuh.Mehlah datang ok..

And last skali kenapa Kiz rasa korang patut datang untuk event yang kali ni is event yang kali ni mungkin adalah booth final Kiz.Thats mean lepas ni dah takde lagi dah Kiz bukak booth kat luar,booth dalam internet je.Haa,so apa tunggu lagi,lekas bawak mak,ayah,datuk,nenek,sepupu,abang ipar,adik ipar,isteri dan segala anak pinak yang ada okayh.Kiz menanti kedatangan korang dengan sejambak senyuman.Haa bukan sejambak bunga ok.Barang-barang yang Kiz akan jual??Yup,sila baca flyer di atas tu okay.

Datang tau,jangan tak datang....

P/S : hadiah misteri menanti anda kalau datang cakap Hai kat Kiz ok..

TATA

Friday, June 3, 2011

Katherina Kaftan Dress Oh Kiz sangat suka

Oopss...tak sempat bukak booth pun lagi nampaknya Kiz dah keluarkan lagi 1 jenis dress yang semestinya menyayat hati eewaah eewaaah..

Tak percaya korang boleh tengok dan tatapi gambar-gambar kat bawah ni...


Apa yang special sangat ya kaftan ni??
Yang bestnya kain dia adalah high quality cotton punya..So pakai memang best punya lah..
Pastu , kaftan ni memang sangat unik kalau dibandingkan dengan dress-dress yang lain tambah pulak corak-corak yang ada memang semuanya unik-unik..

Actually masih ada banyak lagi corak-corak lain okay..Nak tengok??Ahah kena lah korang usha belog kedai kiz ok..www.kedaikiz.blogspot.com

Macam-macam corak anda..Ada berani?Belilah satu..

Ok lah Kiz mau tido dulu(padahal dah pukul 4.30Am)..

Gud Nite yah..jangan lupa visit kedai kiz tau..

Thursday, June 2, 2011

Weekend ini Kiz di mana? dan cerita Jenny Gorgeus Top.

Assalamualaikum.

Entry pendek sebab saja nak bagitahu hujung minggu ini Kedai Kiz di mana.Ha mari kita terjah!


1. Kedai Kiz di Pekan Frinjan 21 Laman Budaya Shah Alam   

  (4JUNE)


Maka kawan-kawan yang gemar band-band indie dan Najwa Latif, this is ur place guys.Percuma kot.Sambil layan band sambil kita membeli belah ok.Bawak duit banyak-banyak sebab ada banyak barang besh jual gak.Paling besh Kedai Kiz.opsss..

2. Kedai Kiz di Kutu Market Damansara Perdana ( 5 June).


Yeahh tu dia 2 hari berturut-turut kan.Jom Jom Jom kalau tak sempat singgah di shah alam,Hey Damansara pulak kita terjah.

Lokasi : 69Bistro-Metropolitan Square Mall,Bandar Damansara Perdana,Jalan PJU
8/1,PJ selangor 48720

Ok kita tutup Event sekejap.Meh nak cecite tentang baju baru kat Kedai Kiz nih.Jenny Gorgeous Top memang meletop- letop! Memang oh terkejut mak Alhamdulillah dengan sambutan dari blogger-blogger famous kot.

1.Izdiyani Musawir. eh ala yang sayesayangiz tuh takkan tak kenal u olls.Dia beli warna hijau.Iz suka sangat sampai cakap sume perkataan double for example "cantiknyaa".kalau nak tau,singgah sini belog die Izdi omel-omel.

2. Lyaa Suriany. eh si gorgeous yang memang cantik dan soft je ni Lyaa beli warna hitam.Kalau sempat say hi to her Lyaa si cantik.

3. Izrinda Raihan Razali kawan yang manis dari facebook.

4.Kakak Norlela Rozaidi senior.Yang istimewa,dia nak pakai untuk gambar pre-wedding alolo sweetnye.Di harap Sky Net boleh lah segerakan penghantaran baju Jenny kepadanya. eh dia pun ada belog lah.Memang hot yeowww. Kak Lela Howt.

5.Nisa Cudin yang manis juga dari muka buku.


Dan hanya beberapa helai lagi tinggal.Tiada Restok ye kawan-kawan.Jom beli jom jom jom.

model pakai warna pink.Pink pun dah sold out.


Dan dengan itu,Assalamualaikum.Jangan lupa singgah Kedai Kiz.

Friday, May 27, 2011

Kiz makan Makanan tak Halal ke?sadis!

Assalamualaikum..

Sekarang ini memang heboh sana sini kan orang cakap-cakap makanan ini tak halal.Eh besok makanan ini pulak.Eh kita dekat negara mana ni sampai semua pun di ragui status halal nya.Kata Malaysia nak jadi negara hub halal tapi kenapakah ini yang terjadi?

Maka marilah bercerita tentang kisah malang budak 2 orang ini yang telah memakan makanan yang di ragui status halalnya.Memang sadis sobs sobs.

20 Mei yang lalu adalah Hari Lahir Kechix yang omel omel( yeke?).Dan dengan girangnya Iz pun sibuklah nak menyambut kesayangan beliau.Puaslah di tanya sayang nak makan dekat mana akan di bawa kechix ke sana.Kechix pun fikir sana ingat sini.Nak makan pizza? taknak.Nak makan Mcd? boring. Nak makan Steambot? tak lalu. dan Pling (mentol atas kepala), yeaay meatball! Maka dua orang budak malang dengan gembiranya bertolak ke Ikea untuk makan meatball.


Happy Bufday Kechix.Tak tu bukan bunga Iz bagi.

Haa tu dia Iz dah mengadap nak suap dah meatball.Kembang tekak tengah upload gambar ini.

Dulu teringat-ingat.sekarang?


Walaupun siasatan sedang di jalankan, tapi khabar angin taufan yang sedang melanda membuat semua orang dah loya tau teringat kenangan makan meatball.Apakah nasib harus sebegini ketika menyambut hari jadi?


Dan esoknya ( ketika sedang belum membaca tentang meatball), Kiz yang sedang lapar baru balik menyelesaikan urusan bisness tiba-tiba teringin nak makan kek pulak.Maka sekali lagi dua orang budak malang pergi pula ke Secret Recipe.

gelojoh.

tanpa kesangsian terus menerkam.

Dan tetapi Secret Recipe sudah pun mengeluarkan kenyataan yang apa yang terjadi adalah salah faham sahaja.Aissh tak baik tau mereka yang buat rumors ni jatuhkan rezeki orang.Kan susah sekarang ni bila kita nak makan je teringat vavi.Kechix teringat yang versi warna pink tuh macam dalam Pooh.

Tapi sebenarnya perkara yang belum pasti kesahihanya tidak elok untuk kita menghebah-hebahkan.

Nabi telah membagi perkara ini menjadi tiga:
1. Perkara yang jelas kehalalannya, yang tidak ada keraguan padanya.
2. Perkara yang jelas keharamannya, yang tidak ada keraguan padanya.
3. Perkara ketiga Syubhat (keraguan) maka jauh kan lah,


Tapi sekiranya anda was-was jauhkanlah ya.Takut menjadi haram pula.


Dan semoga yang baik-baik untuk kita semua ya.

Oh lupa, Kedai Kiz ada jual baju baru.Jenny Gorgeus Top.Jangan lupa dapatkan.

RM50 & FREE POSTAGE.Pink,black,dark green & brown.

Saturday, May 21, 2011

Cerita Bazaar Merah Putih.

Hye kawan-kawan.Meh ni nak cecite lah waktu bazaar 18-20 mei di Universiti Lim Kok Wing.Tapi kami tak berkesempatan untuk buka pada 20 mei bukan kerana tarikh itu jatuh hari lahir kechix,tapi ada sedikit hal keluarga ya.

Seawal 7.30 pagi kami dah mengemas kereta mengisi barang-barang jualan yang banyak.Memang macam tahu sumbat you.Maklumlah kereta Kancil aja kan.Dan kemudian bersarapan terus bertolak ke Cyberjaya.Jam 9.45 tiba terus set up booth.

Yang kelakarnya,kami ni setiap kali bukak booth,tengah setup barang berselerak time tu lah customer nak beli-beli.Seronok agaknya tengok barang longgok-longgok lagi teruja terus nak beli.Dah siap setting kurang lah pulak kan..Tapi takpe,rezeki jangan di tolak.Layan customer adalah perkara yang boleh menyebabkan kami addict nak bukak booth.Macam-macam ragam ada.

Dan marilah kita layan beberapa gambar yang sempat di ambil.

sdempat singgah sini ambil gambar.kalau sesiapa pergi seksyen 2 marilah singgah sini untuk nice pic.

siap juga ye kemas..

atas meja yang penuh..

hello Big Boss!

jom lah singgah kedai kiz.

tadaaa

rasa rendah diri lah bersebelah dengan perempuan-perempuan cantik begini.

time to celebrate!

alhamdulillah.kita raikan dengan waffle yang dah lama di di idamkan..
Jualan kali ini Alhamdulillah.Sambutan dari student di sini walaupun nak jumpa student melayu macam susah, customer foreigner ni sungguh menyokong.Ada yang teruja dengan baju vintage kami,ada yang teruja nak beli shawl letak kat leher lain, yang beli pashmina pun sama gembiranya.

However, esok Kiz akan bukak satu lagi Booth..
Lokasi??Kali ini Kiz akan bukak booth kat karnival at Equeen park Seri Kembangan pulak..
Jangan lupa datang tau yang dekat-dekat tu...datang tau...datang tau..datang tau..Eh berapa banyak kali datang daa Kiz ni...

Okeh..sekarang Kiz mau tido sebab esok kena bangun awal seawal 6 pagi okeh lalu bertolak ke Seri Kembangan dimana jalan pun tak tau lagi ni...hihi..

Tuesday, May 17, 2011

Kedai Kiz at Merah PUtih's Bazaar.TOMORROW until Friday!

Assalamualaikum kawan-kawan..Semoga semua sihat, bahagia dan gembira hendaknya.


ok straight to the point,Kedai Kiz will be at Merah Putih;s Bazaar.Maka kawan-kawan yang tinggal di Putrajaya dan Cyberjaya marilah datang ke bazzar ini sebab Kiz ada banyak new arrivals di booth nanti.Insyallah harga boleh runding ok..Jumpa esok sampai Jumaat which is Kechix bufday.yeaay.Semoga hasil jualan boleh menjadi hadiah hari jadi terbaik tahun ini.

Jadi jika sempat datang esok,silakan,jika tidak boleh datang hari khamis dan jumaat juga ya..Jumpa di sana..

Upcoming event join by Kedai Kiz:
  1. Pekan Frinjan on 4th June 2011
  2. Kutu Market on 5th June 2011
Support Kedai Kiz yeaaah!

Monday, May 16, 2011

Belog Kiz didelete??!!!!

Wah!Apakah ini?

 Err sebenarnya bukan belog kiz didelete tapi Kiz yang terdelete belog Kiz sendiri..
Hajat dihati nak delete blogshop tiba-tiba terdelete belog sendiri(Kiz Garden Le).
Pergh perasaannya memang berdebar habis,lagi berdebar banding dengan kau tunggu turn untuk ujian memandu..

Tak percaya??Ahah..sila delete belog anda sendiri sekarang..
Huhu,yelah,kita dah bersusah payah menternak dan mendidik(amboi ayat) belog kita selama 2 tahun then suddenly belog tu terdelete...Pergh gila betul..

Tapi..
Ahah,ada tapi tu..
Terima Kasih lah sangat-sangat kat cik blogger sebab memberikan kita peluang untuk restore balik belog kita seandainya kita terdelete or sengaja delete belog kita dalam tempoh 30 hari.Bestkan??

Oh lupa nak bagitau akhirnya Kiz berjaya jugak siapkan blogshop Kiz yang baru.Yeah!
It is always polkadot.Our theme will be polkadot yah,sebab Kiz memang sukakan polkadot lebih daripada kucing yang menyukai friskies sebagai makanannya.Hei hei mengarutnya Kiz nih.

Dan inilah wajah baru blogshop Kiz diatas url baru juga , www.kedaikiz.blogspot.com
Mari datang beramai-ramai kekedai Kiz,anda pasti teruja eceeehhh..Jika anda peminat skirt,cotton skirt??Kiz suggestkan jengah-jengahlah kedai Kiz sebab rasanya setakat ni harga termurah dan kain berkualiti adalah dari kedai Kiz..Tak caye?Try lah satu okayh..hihi

Sekian...

Masih Ada Plan B, Mari baca!