Saturday, August 28, 2010

dalam ketawa-ketawa dia menjaga dengan baik.

ini status kechix di fb beberapa hari lalu.rasa indah bila menulis status ini.hakikatnya memnag sebegitu.kami memang suka ketawa.apa-apa sahaja boleh jadi bahan lawak.bahan ketawa.

iz juga sangat suka membuli kechix.sangat.suka buat kechix ketawa.yang mana lawak beliau kadang-kadang juga mengundang marah kechix.geram.yalah.tengah serius dia ketawa.selalu juga pukul-pukul manja kat iz.sampai dia cakap nak balik segamat sebab kechix asyik pukul dia.nakal kan.siapa suruh wat lawak cap ayam lagi.

tapi kechix pun sama je perangai.suka buat iz geram.buat lawak-lawak.sama saja perangai kami ni.

tapi yang seronoknya,kami menjaga antara satu sama lain dengan baik.kami masih sangat mengambil berat.dalam hal begini kami serius.kalau satu ada masalah yang satu dengar elok-elok dan beri cara untuk solve.inilah yang besh kalau dekat.senang.terus berbincang.

dan semoga kami bahagia elok-elok kekal sehingga akhir hayat.agak terlalu awal untuk berdoa begini.tapi tak salah kita berdoa yang baik-baik untuk hidup kita kan??

semoga anda semua elok-elok juga..

Tuesday, August 24, 2010

Shawl Lycra RM25 murah menawan mari membeli!!

Hi,bertemu lagi Kiz dengan produk terbaru wahh...Kali ni,kiz ada Shawl Lycra untuk dijual dengan harga sangat rendah OK..Sangat cantik dan menawan bila dipakai..Tak Percaya?Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni okeyh...Harga pun sangat berpatutan dengan Hari Raya yang bakal menjelang ni kan..Selendang Oh Selendang...

1)Jenis Kain:
Kain cotton,kain ni susah untuk dicari tau,so sape yg pakai pasti akan merasakan satu tenaga keunikan sejati ya..hehe..lebih2 plak kiz promote..

2)Warna :
Setakat ni Kiz cuma ada 3 Jenis warna iaitu pink , biru dan hitam...

3)Harga:
RM25.00 sahaja Kiz letak,tak ambil untung banyak pun ok..sangat murah..kat tempat lain ada sampai dekat rm40 diorang jual tapi kat sini Kiz jual murah je..mari beli beramai-ramai


Mari Tengok Gaya-gaya mereka..






























Bagaimana Mahu Beli?
i.OK,anda boleh SMS kiz at 017-7323183

ii.Kami menggunakan Akaun Maybank untuk pembayaran

iii.Perlu diingatkan juga bahawa harga di atas tidak termasuk kos penghantaran

Monday, August 23, 2010

JUAL SELENDANG COTTON LAH PULAK.

kerana kechix adalah pemakai tegar shawl maka tidak boleh tidak sentiasa mahu tahu shawl terbaru shawl di pasaran.maka sekarang yang terbaru adalh shawl cotton yang sangat indah.yang sangat lembut.yang sangat gorgeous.maka marilah beli.tak mahal pun.rm 25 sahaja.kalau nak beritahu ye.



Sunday, August 22, 2010

kala senang.

kala senang.bukan selalu datangnya.kadang-kadang saja tiba.bila datang, harus tahu menghargainya.bukan sia-siakan begitu sahaja.

kala susah.biar selalu tiba, harus bijak menghadapinya.harus kuat melaluinya.bukan gelabah tak tentu hala.takut nanti diri sendiri merana.terseksa.

senang dan susah datangnya bergilir-gilir.maka bila waktu senang,ingat sebentar lagi akan ada waktu susahnya.ujiannya.maka jangan bongkak berlagak bila senang menjengah.nanti waktu susah datang sudah ada persediaan.tidaklah kita melatah tak sudah.

-semoga kiz dan semua kita bila berjumpa senang dan susah, pandailah melayani mereka-


eh eh kechix terjatuh iz mahu sambut

Thursday, August 12, 2010

Dari Puncak Broga Hill.

hello dan hello semua.pertama sekali nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua.semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan pada semua.rajin-rajin pergi tarawikh.haa,kalu yang ada terawikh di Masjid sultan salahuddin s.alam ni,kalau jumpa kiz,tegurlah ea..

ok..sebenarnya nak cerita yang seminggu sebelum puasa hari tu,kiz mendaki gunung
broga.pertama kali kot kiz membuat perkara yang adventure.macam tak percaya je kan.asyik melepak taman je sebelum ni.hahaha.dah nama pun kiz garden.ok lah ok lah mari cerita lah.

kami pergi sangat awal pagi.4 pagi ok.memang dah siap-siap beli nescafe bagai untuk buat bekalan supaya tak mengantuk.kali ini,miss aina merangkap bff kechix ikut sekali.


sebab pergi awal sangat dan atas jalanraya memang lah tiada kereta dan tersangat awal smapai rupanya tak adalah jauh mana 40 minit saja.fuh.berpeluh.dan awal sangat dan belum masuk subuh.mana boleh daki gunung kemudian solat atas bukit kan.maka kami menunggu la azan di petronas.tunggu sambil makan roti.minum-minum dulu.lepas solat,cepat-cepat packing beg dan kemudian terus cari parking.

mak aii ramainya manusia.memang lah penuh parking semua terus parking tepi jalan tak muat-muat parking.tapi nasib kami baik dapatlah parking kat dalam dengan bayaran r
m2.
turun kereta keliling masih gelap.kami boleh pulak tak bawak torchlight.dah gelabah.dan tiba-tiba dengar amoi jerit-jerit lampu picit rm 5 lampu picit rm5.ok terus beli dan terus naik lah.

penat woo..tapi moment yang paling seronok bila sampai puncak.tengok view yang indah ciptaan Illahi.terus lupa tercungap-cungap nak tergelincir semua tadi.tak ingat langsung.
Ya Tuhan cantiknya pemandangan ini.patutlah islam menyuruh kita berj
alan.supaya kita kenal bumi Allah yang maha indah.

di puncak,snap-snap gambar.jumpa kawan baru.borak-borak.minum 100plus.lepak-lepak.dan 1 jam kemudian turun semula.dan kembali ke shah alam.dan tidur dengan gembira.

kepada kawan-kawan jomlah.bessssh.dah pergi mesti nak datang lagi taw..

dan marilah melayan gambar-gambar kiz.kredit kepada miss aina si manis ini kerana menangkap dan tolong edit kan sekali taw.mana nak dapat kawan baik cenggini.

aina,what next?

ececeh kiz garden.aina mengambil pic kandid.tibe-tibe rase nak kawen.
chantek bukan?macam nak tinggal atas ni.
nanti kite tawan puncak ke 4 ok.hari tu larat sampai 2 je.
bye-bye.jumpa lagi.

Saturday, July 24, 2010

Youth Got Talent.Kiz Got Talent.

Yeahhh..kiz got talent.proven sudah.ok ok mari kiz cerita.
kami baru je masuk competition Youth Got Talent.anjuran kolej perindu uitm shah alam.
termasuk sebenarnya competition ni..sebenarnya mula-mula tak adalah nak masuk pun.lepas tu tibe-tibe je nak masuk.eh ape cakap ni.

dan secara tiba-tiba pabila hasrat nak masuk datang,kami terlepas waktu saringan.kecewa lah juga,tapi macam tak apalah kan.dan kemudian,secara tiba-tiba,sehari sebelum pertandingan,penganjur telefon kechix suruh masuk ini pertandingan.what?dan kemudian segalanya bermula.

ini adalah pertandingan talent show pertama yang kami masuk.teruja sebab pertama kali.
maka senarai lagu kami cari.dan akhirnya melalui perbincangan hati ke hati lagu Bertamu di Kalbu kami pilih.iz main gitar dan kechix nyanyi.waktu latihan kami sangat singkat.terlalu banyak kekangan.kami cuba juga.sewaktu sesi latihan kami di tegur oleh penganjur.macam-macam mereka suruh perbaiki.aduh.memang kami sangat give up lantas mahu tarik diri.tapi semangat kawan-kawan yang dah buat sepanduk bagai terus hasrat kami makin membara untuk menang dan melakukan yang terbaik.

check chenck rock rock.tibalah waktu nya.masa kat pentas ramai orang sorak sorak.seronok jugak lah.turun pentas crew belakang tabir semua tunjuk bagus.ececeh hepi lah sangat kan.

dan jeng jeng jeng.kami mendapat tempat ke 3.sungguh tak di sangka.cempedak jadi nangka.saingan yang hebat-hebat menjadikan kami tak menaruh harapan langsung.tapi kalau dah dapat terima saje lah..hehe..ok dan marilah kita melayan gambar gambar yang sempat di tangkap.







doakan yang baik baik untuk kiz.

Friday, July 9, 2010

ececeh dah dekat lah mereka.

alolo title.tapi memang lah kan.kiz garden sudah dekat semula.ececeh.dekat sangat-sangat.hidup pun dah berjiran.lepas ni bulan puasa dah boleh tukar-tukar juadah kan.

ok.maaf.terlambat sebenarnya nak cerita tentang kedekatan kami ini.dah seminggu dah lamanya.sebab masuk-masuk semester baru terus huru hara.terus kelam kabut macam-macam nak di buat oleh kami.

berita gembira kami sudah dekat ini sememangnya harus di kongsi oleh kawan-kawan blog.sebab sebelum ini,yang selalu kami cerita adalah kisah sedih yang alahai nak cerita semula pun boleh bergenang air mata.

kami dapat dua berita gembira dalam satu masa.sangat lah gembira.
iz dapat further shah alam dan pada masa yang sama telah di belikan sebuah kereta kancil oleh abah beliau.suka kan?

perasaan kechix?
alhamdulillah.semuanya tak terduga dan tak terjangka.kata ibu,hadiah hari jadi kechix yang istimewa.betul.memang seperti hadiah yang tak boleh di buka tapi boleh di nikmati rasanya.

bila dekat ni,cabaran dan dugaannya ada juga.tapi,malas sangat lah nak ambil pusing.
makin di layan makin menjadi pula lah nampaknya.
setakat ini ok sahaja.semoga seterusnya juga begitulah nampaknya.

eh eh baru perasan.tiade langsung amik gambar berdua ni sejak duk dekat hidup berjiran ni.hahaha.tak apelah kan.lain kali lah.

ok.jumpa lagi.tak sabar ni wat entry kami berdua adalah clumsy.sangat.

Masih Ada Plan B, Mari baca!