hello dan hello semua.pertama sekali nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua.semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan pada semua.rajin-rajin pergi tarawikh.haa,kalu yang ada terawikh di Masjid sultan salahuddin s.alam ni,kalau jumpa kiz,tegurlah ea..
ok..sebenarnya nak cerita yang seminggu sebelum puasa hari tu,kiz mendaki gunung broga.pertama kali kot kiz membuat perkara yang adventure.macam tak percaya je kan.asyik melepak taman je sebelum ni.hahaha.dah nama pun kiz garden.ok lah ok lah mari cerita lah.
kami pergi sangat awal pagi.4 pagi ok.memang dah siap-siap beli nescafe bagai untuk buat bekalan supaya tak mengantuk.kali ini,miss aina merangkap bff kechix ikut sekali.
sebab pergi awal sangat dan atas jalanraya memang lah tiada kereta dan tersangat awal smapai rupanya tak adalah jauh mana 40 minit saja.fuh.berpeluh.dan awal sangat dan belum masuk subuh.mana boleh daki gunung kemudian solat atas bukit kan.maka kami menunggu la azan di petronas.tunggu sambil makan roti.minum-minum dulu.lepas solat,cepat-cepat packing beg dan kemudian terus cari parking.
mak aii ramainya manusia.memang lah penuh parking semua terus parking tepi jalan tak muat-muat parking.tapi nasib kami baik dapatlah parking kat dalam dengan bayaran rm2.
turun kereta keliling masih gelap.kami boleh pulak tak bawak torchlight.dah gelabah.dan tiba-tiba dengar amoi jerit-jerit lampu picit rm 5 lampu picit rm5.ok terus beli dan terus naik lah.
penat woo..tapi moment yang paling seronok bila sampai puncak.tengok view yang indah ciptaan Illahi.terus lupa tercungap-cungap nak tergelincir semua tadi.tak ingat langsung.
Ya Tuhan cantiknya pemandangan ini.patutlah islam menyuruh kita berjalan.supaya kita kenal bumi Allah yang maha indah.
di puncak,snap-snap gambar.jumpa kawan baru.borak-borak.minum 100plus.lepak-lepak.dan 1 jam kemudian turun semula.dan kembali ke shah alam.dan tidur dengan gembira.
kepada kawan-kawan jomlah.bessssh.dah pergi mesti nak datang lagi taw..
dan marilah melayan gambar-gambar kiz.kredit kepada miss aina si manis ini kerana menangkap dan tolong edit kan sekali taw.mana nak dapat kawan baik cenggini.
aina,what next?
No comments:
Post a Comment