Sunday, January 13, 2013

Tips Bisnes #3: Nak menang dengan pesaing, buang harga banyak-banyak!

Wooo Wooo Rileks-rileks ye, jangan terus nak hentam Kiz ye. Actually Kiz sedang 'memerli' peniaga-peniaga yang suka buat benda ni & malah, perangai ni dah sebati dalam hidup 'mereka'. Maksud Kiz, 'bisnes' mereka.


Apa itu Buang Harga?
Meh sini Kiz terangkan kepada anda tentang apa yang dimaksudkan dengan buang harga. Ataupun nak lebih sedap, 'Fenomena Buang Harga' yang sekarang ni tengah meledak-meletop-letop di Gedung Online Malaysia. Fenomena ni biasanya berlaku dikalangan peniaga-peniaga onlina yang baru nak menceburi bidang online business ni.

Jadi untuk penerangan yang lebih jelas & lebih senang faham, jom kita tengok 'sketsa' dibawah (sketsa ler sangat kau)

Situasi A : Tiba-tiba tercetus idea nak buat biznes online


Situasi B : Peniaga online baru cuba menjual benda yang ramai orang jual 



Situasi C : Peniaga mula buat survey harga pasaran di online



Situasi D : Peniaga 'baru' ini akan meletakkan harga jauh lebih rendah berbanding pesaing. Kononnya "aku tak kisah pun untung sikit, janji jual"



Situasi E : Peniaga lain tak puas hati peniaga 'baru' ni letak harga yang terlalu rendah. 
Mereka terus melawan & melawan harga sehingga lah berlaku perang harga yang melampau-lampau. Dan setiap 'peniaga' yang menurunkan harga akan berfikir benda yang sama, "Eh aku turun 10 sen je, okay ape"



Situasi F : 'Perang Harga' berlanjutan sehinggalah berlaku suatu fenomena yang dikenali sebagai 'buang harga'. Iaitu harga jual sama dengan harga modal.

BUANG HARGA!!!


Lihat apa yang berlaku diakhir 'sketsa' yang Kiz sampaikan tadi. Last-last, barang yang dijual tu lansung dah takde untung. Kalau ada pun mungkin 10sen atau 20sen. Kemudian, barang tersebut akan pupus dari ekonomi sebab dah takde kilang-kilang nak buat 'barang' yang sudah dibuang harga tadi dah disebabkan untung yang terlalu sedikit. Anda nak ke untung 20sen?


Pengajarannya, TOLONG TOLONG DAN TOLONG janganlah kita sesekali buang harga jika anda betul-betul ingin berjaya dalam bisnes, ingin sama-sama menaikkan ekonomi negara. Kiz dah nampak terlalu ramai peniaga-peniaga online melayu kita yang seronok sangat buang harga. Yang pemborong jual barang harga yang sama pada penjual kat market. Yang penjual pulak sanggup ambil untung RM5 semata-mata nak kasi barang jalan. Sedih-sedih. 


Last-last barang tu terus dah tak boleh jual. Sebaik-baiknya, kita kalau nak bersaing lebih baik kita bagi add-on / penambahbaikan pada produk kita contoh macam bagi 'hadiah' percuma untuk setiap pembelian, bagi voucher dan sebagainya. Bukan "BUANG HARGA". Baiklah sekian tips bisnes dari Kiz.

RENUNG RENUNGKAN..


2 comments:

vendoline said...

Baru paham...aku pon tak paham istilah buang tu td.....m7sim2 bisnes on9 ni

Sehahahazman said...

oh maksudnya . bila dah tetapkan harga tu , istikomah jelaaa dengan harga tu . eh ?

Masih Ada Plan B, Mari baca!