Friday, January 18, 2013

Anda mengalami masalah jerawat?Apa itu Jerawat ?

Apa itu Jerawat, anda pernah mengalami masalah jerawat? Yup, mesti ramai yang dah tahu apa itu jerawat dan setiap orang pasti pernah terkena jerawat bukan? Tetapi, apa yang kita nak bincangkan sebenarnya adalah maksud yang lebih mendalam tentang jerawat.

Jerawat dalam kata erti yang lebih mendalam adalah mana-mana masalah liang tersumbat, jerawat, atau ketulan yang tumbuh pada leher, dada, belakang badan, bahu ataupun kulit muka. Jerawat ni biasanya berlaku pada peringkat remaja. Ahaa yang dah bukan remaja mesti dah lega kan. Walaubagaimanapun, ianya tidak terhad kepada remaja sahaja, sesiapa sahaja tidak kira umur boleh terkena jerawat.



Mengikut kajian, setakat ni belum ada lagi 'jerawatiers' (amboi!) yang meninggal dunia akibat jerawat. Paling-paling teruk pun ia lambat hilang & meninggalkan parut yang kekal. See, jangan risau ok (Tapi kalau time nak kawen ada jerawat risau jugak kan, takpun time nak present ke..)

Pada umur berapakah yang senang nak terkena masalah jerawat?
Kebanyakannya adalah remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun dah jugak perempuan masa dah dekat nak tempoh 'haid'.

Siapa yang lebih senang terkena bahana jerawat? Perempuan atau Lelaki?
Ahaa, walaupun memang perempuan dan lelaki tidak dikecualikan daripada 'serangan' jerawat yang berluasa, mengikut kajian, kaum lelaki lebih cenderung untuk mengalami serangan jerawat untuk jangka masa panjang manakala kaum wanita pula biasa dalam jangka masa yang pendek dan biasanya semasa berlakunya  perubahan hormon (fahem-fahem lah ye)

So camne? Sekarang mungkin anda sudah faham sedikit sebanyak tentang jerawat kan? Make sure anda 'stay-tune' dengan entri-entri dari Kiz sebab lebih banyak lagi info PERCUMA tentang jerawat yang akan Kiz bagi kepada anda semua seperti mitos jerawat, punca jerawat dan cara mengatasi jerawat.

TAHUKAH ANDA?
Masalah Jerawat boleh dirawat dengan Vitamin C 1000mg? Klik SINI !
http://kizgarden.blogspot.com/2013/01/cara-nak-hilangkan-jerawat-dengan.html

1 comment:

Miss Honeys Hasdi said...

minum air masak banyak2 insyaallah jerawatnyer payah nk tumbuh.. huhu..

jalan malam2.. hehe

Masih Ada Plan B, Mari baca!