Sunday, January 13, 2013

3 Jenis Bedak & Pengenalan Bedak Arab

Ok nampaknya entri kali ni adalah entri mengenai sesuatu yang hari-hari anda pakai terutamanya time nak bersiap pergi kerja, pergi kuliah mahupun ke sekolah sesi petang, eh?

Ahaa mesti ramai antara anda yang masih belum tahu mengenai jenis-jenis bedak yang ada dipasaran. Dan adakah bedak arab pun turut sama tergolong dalam kategori jenis bedak? Semuanya akan terungkai sebentar sahaja lagi.

Yupp, jom kita teruskan perjalanan..

Setakat yang Kiz pernah dengar, ada 4 jenis bedak yang biasanya dijual di bermacam-macam tempat di Malaysia ni iaitu Bedak Padat, Bedak Tabur & Bedak Muka. Jom kita mengenali 'mereka' ni dengan lebih rapat. Ecehh!

4 Jenis Bedak yang perlu anda ketahui

1. Bedak Padat

Lebih dikenali sebagai "Compact Powder". Biasanya bedak padat ni akan dipilih sebagai finishing selepas sapuan foundation. Foundation tu apa ye? Foundation adalah alat make-up yang digunakan untuk sekatakan warna kulit wajah so takdelah macam kat sini tergelap kat sana tercerah dan sebagainya ye adik-adik. Dalam entri lain Kiz akan ceritakan lebih lanjut tentang foundation okay. Bedak padat ni mampu menahan solekan supaya ia kekal lama pada kulit wajah sang pemakeup, wah ada ke?

2. Bedak Tabur

Bedak Tabur ni pula digunakan untuk selepas kita sapu foundation untuk bagi kesan yang lebih menyeluruh pada kulit wajah kita. Ia juga dikenali sebagai loose powder. Kulit kita akan nampak lebih 'flawless' dengan penggunaan bedak tabur ni.

3. Bedak 3 in 1 (Bedak yang Kiz pakai sampai hari ini).


Eh macam pelik je bila kiz sebut bedak 3 in 1. Sebabnya Kiz yang namakan sendiri. Actually bedak 3 in 1 ni lebih dikenali sebagai Bedak Arab. Ia adalah sejenis bedak yang menggabungkan 3 asas dalam bersolek iaitu foundation, moisturizer & powder. Bedak ni boleh dikategorikan sebagai bedak 'special' lah kot sebab mempunyai banyak keistimewaannya. Klik LINK disini untuk tahu lebih lanjut tentang bedak ni. 

4. Bedak Muka
Bedak muka ni kalau dalam bahasa internationalnya dikenali sebagai 'Pressed Powder'. Mungkin sebab kita macam kena tekan sini sikit sana sikit untuk menggunakan bedak jenis ni. Bedak muka ni biasanya digunakan sebagai untuk touch-up lepas makeup dah dibuat. Boleh digunakan bersama foundation ataupun tanpa foundation, your choice ok! Ini penting, cara guna dia, jangan sesekali gosok atau ratakan, anda hanya perlu 'tekan-tekan' sahaja. Ada faham?


Okay, pesanan penaja

Untuk sesiapa yang masih baru berjinak-jinak dengan make-up atau bedak, Kiz sarankan anda semua cuba dulu pakai Bedak Arab Kokuryu (Memang bagus bedak ni) sebab ia sudahpun menggabungkan foundation, moisturizer & powder dalam satu produk. Plus, bedak ni boleh tahan hingga 8 jam dan boleh buat solat. Err maksud Kiz, halal. Sekian Terima Kasih. Jumpa lagi.

Salam
-Kiz

INFO : [http://wiki.answers.com/Q/What_is_loose_powder]

2 comments:

vendoline said...

Edy pkaibesak safi ja.hgehehhehekidding

liza said...

mcm mana nk beli? rasa cam nk try....

Masih Ada Plan B, Mari baca!