Wednesday, October 10, 2012

Ayer Hitam dan baju lace'

Okeh harini Kiz macam biasa buat-buat sempat update entri walaupun padahal tengah kelam kabut bersiap nak setelkan beberapa urusan biznes yang belum celecai (amboi bajet cute pulak tak pasal kena hempuk ni kang). So macam biasa tiap-tiap entri Kiz akan mintak maaf kat korang sebab selalu tak hupdate blog. Alhamdulillah lah rezeki ALLAH bagi kitorang lepas kahwin ni tak putus-putus. Blog Kiz Design pun tak henti dapat tempahan Design & Printing.


So hari ni Kiz nak update pasal haritu Izz bawak ibu mertuaku *eceeh* ke ayer hitam walaupun the real fact is kechix(kiz) & ibu dia yang bawak Izz pergi ayer hitam. Ahaa, untuk pengetahuan korang ayer hitam ni berada didalam area Batu Pahat dimana Izz sendiri pun tak reti nak terangkan jalan dia so korang pandai-pandailah tengok peta google maps pastu search Ayer Hitam. Yang penting korang kena exit tol 'Ayer Hitam' dulu. Jangan masuk Ayer Keruh pulak. Haa..


Apa yang best kat Ayer Hitam ni?
Eh mesti lah banyak benda best kat sini. Kalau tak takde lah Kiz bersungguh-sungguh update nih. Kalau untuk gadis-gadis diluar sana korang mesti suke tempat ni coz banyak pasu-pasu bunga belanga segala bersepah-sepah kat sini dan memang sangat cantik dan comel-comel semuanya.

Haa kan dah cakap memang bersepah-sepah.


Pastu kepada sesiapa yang fitrahnya memang kuat makan & suka makan dimana sahaja dikau berada, ahaa sini memang salah satu tempat paling best sebab korang bleh borong segala macam buah & kerepek untuk dimakan apabila balik ke rumah nanti. Yeehuu..

Harap maklum ye. Gambar ni tidak berkaitan dengan kerepek yang dihebahkan.


Ahaa cantik tak Kechix memperagakan Baju Lace  dari Kedai Kiz ngan Topi besar?


So kesimpulannya memang best lah jenjalan kat Ayer Hitam ni especially kalau korang nak cari barang untuk doorgift kahwen dan sebagainya. So selamat bercuti (padahal belum cuti sekolah).



Jari Menaip,
IzZ (KiZ)

Kiz Design
Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design
seperti buat/edit blog, header, logo, bisnes kad dll.
www.kizdesign.blogspot.com




5 comments:

dayteenlea said...

sini memang surga tembikar dan tedi bear.ehehe

MalizaMah said...

wowwwwww.........

YouSOF said...

Hehe harap² tak ada orang terkeliru antara Ayer Hitam dengan Ayer Keruh..


Macam² ada dekat sana kan.. Dari A sampailah ke Z. ;D

Lia Irdelia said...

suka tengok pic ke dua..
kraft2 yg cantik :)

Do You Know Indonesia? said...

Ohh, cantik nian...

Masih Ada Plan B, Mari baca!