Tuesday, September 25, 2012

Segmen Roti Canai Satu!!

Ahaa..Lama tak menulis eh menaip so jari jemari rasa macam dah keras kejung bak cicak kudung(takde kaitan lansung!). So hari ni Kiz tampil dengan satu segmen baru yang bertajuk "Roti Canai Satu!".


Segmen roti canai satu ni hanya akan terpapar sekiranya Kiz ada free time untuk menulis blog dipagi hari (macam sekarang ni). Sebab biasanya pagi-pagi Kiz akan buat kerja rumah macam kemas rumah, mop rumah, sapu rumah(eh?) dan macam-macam lagilah..


Segmen ni pasal apa sebenarnya? Pasal makanan ke? Nampak macam makanan je?


Ahaa..Memang segmen ni bukan pasal makanan ye. Segmen ni actually Kiz buat untuk mengupas bawang eh isu-isu semasa yang berlaku dinegara kita. Lets check it out!


Gambar yang memang tiada kaitan antara tajuk dan content.


"Srrt srrrt srrrt"(Sound effect Belek-belek surat khabar)


Ahah! Jumpa pun yang menarik.

Madrasah At-Taqwa dipercayai pusat ajaran sesat Juruzon


Actually isu Madrasah Al-Taqwa ni Kiz dah dengar masa khutbah jumaat baru-baru ni lagi. Memang sangat bahaya ajaran sesat ni sampai ada ibu-bapa yang sanggup daftarkan anak mereka yang baru lahir pun adenya adui. Parah-parah. 

Antara ajaran sesat yang dibawa dek ajaran Juruzon ni adalah (antara yang Kiz ingat la masa dengar khutbah masjid) :

1. Diorang kena bagi zakat tiap-tiap bulan tapi yang bestnya percent zakat yang diorang mintak adalah 10% daripada gaji keluarga yang daftarkan anak-anak diorang kat situ. Gile ape.

2. Pengasas tu cakap kononnya macam dia boleh bercakap dengan orang yang dah mati (kira macam mak bapak budak-budak yang dah meninggal lah). Pastu dia bagitau kat anak-anak yatim ni yang mak bapak diorang cakap suruh ikut ajaran diorang ni sebab ini adalah ajaran yang 'benar' lah sangat.

3. Ajaran Juruzon ni jugak dengan selamba-badaknya mengaku diorang ada cara bacaan Al-Qurannya yang tersendiri pastu menipu cakap yang sebenarnya bacaan diorang tu datang daripada Arasy (everybody knows arasy right?). Pastu yang lagi bestnya, diorang lagi sekali temberang cakap bacaan tu lah yang akan digunakan selepas mati. Ish sangat pandai memandai.




So apakah kesimpulan disebalik Isu Ajaran sesat ni? Moral of the story is apa-apa pun perkara lagi yang melibatkan agama islam Kiz syorkan sangat-sangat korang rujuklah Al-Quran sebab dalam Al-Quran ni dah ditulis semua kebenaran. Maka dengan itu, belilah at least satu Al-Quran yang ada terjemahan so korang boleh rujuk kat dalam tu bila korang was-was ke ape ke kan.

Zaman sekarang ni macam-macam ajaran sesat yang nak menterbalikkan kita umat islam supaya ikut jalan yang salah.


Akhir kata..


JAGA-JAGA..



"Mamak, mana roti canai satu order tadi tak sampai pun??"
-eh?


Ditaip oleh,
IzZ (kIz)


Kiz Design
Sebuah blog yang menawarkan pelbagai servis design
seperti buat/edit blog, header, logo, bisnes kad dll.
www.kizdesign.blogspot.com



1 comment:

Masih Ada Plan B, Mari baca!