Sunday, July 29, 2012

Nisfu syaaban. Siapa nak tau pasal Nisfu syaaban?

Saya!!! Eh sendiri tanya sendiri jawab pulak Kiz ni. Pelik pelik pelik. Eh haa kan dah lupa nak buat salam perkenalan di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini.

OK. Assalamualaikum. Salam Sejahtera Semua.


So hari ni Kiz rasa macam nak share kat korang benda baik sikit ye. Oops semestinya bukan 'barang baik' tapi ia adalah benda baik. *mengarut mengarut mengarut*. Hari ni Kiz nak kongsikan dengan lu orang semua pasal Nisfu Syaaban. Mungkin ada antara korang kat sini tau pasal ni ataupun zero terus pasal nisfu syaaban. Eh ape benda ya nisfu syaaban ni? Adakah sejenis kuih yang sedap? Adakah iainya suatu tempat perlancongan? Ahaa meh Kiz story kat korang semua.

Maksud Nisfu Syaaban
Ok. Dalam Nisfu Syaaban, perkataan "Nisf" tu bermakna separuh. Nisfu Syaaban ni adalah peristiwa yang berlaku pada bulan Syaaban tahun Hijrah. So since Nisf tu maknanya separuh, Nisfu Syaaban ni adalah peristiwa yang berlaku pada separuh bulan Syaaban which means hari ke-15 lah kan. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu

(sumber: ms.wikipedia.org).




Kisah Rasulullah S.A.W pada malam nisfu syaaban
Kalau korang nak tau, malam nisfu syaaban ni adalah suatu malam yang penuh berkat dan memang ramai umat islam menanti-nanti saat ni termasuklah Kiz. Tetapi hanya orang-orang yang tertentu jek yang akan dapat merasa nikmatnya malam nisfu syaaban ni. Semuanya hanya pada ALLAH S.W.T menentukannya.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

"Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri. Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.

Wah..Subhanallah..

(sumber: ms.wikipedia.org).


Kelebihan Nisfu Syaaban.
1. Malam Pengampunan bagi sesiapa yang meminta ampun kepada ALLAH S.W.T
Barang siapa yang meminta ampun dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas maka ALLAH S.W.T akan mengampunkan dosa kita. Jadi mintak ampun la bersungguh-sungguh pada malam yang tersebut. Kita sebagai manusia ni memang tak boleh lari daripada melakukan dosa. Cuba kira dah berapa banyak sembahyang yang kita telah lalai, kita lupa, berapa banyak kejahatan yang kita buat. Masa ni lah waktu yang paling sesuai untuk kita mintak ampun kepadaNya.

2. Doa dimakbulkan.
Mengikut research yang Kiz buat, kalau kita berdoa pada malam Nisfu syaaban maka doa kita akan dikabulkan. Cepat atau lambat? Aha itu semua urusanNya. Jadi doalah perkara yang baik-baik untuk diri kita dan jugak orang lain. Kalau ada masalah dalam pelajaran haa doa supaya cepat pandai. Ada masalah duit? Haa doa semoga dimurahkan rezeki. Dan sebegitulah hendakNya.


Cara menunaikan solat sunat Nisfu Syaaban.
1.  Lafaz niat:
 Daku solat sunat malam Nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

2.  Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.

3.  Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.

4.  Setiap kali sujud, selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa:

5.  Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin tiga kali (sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak) dengan niat supaya Allah memanjangkan umur, menambah rezeki serta menetap dan meningkatkan iman.

6.  Akhir sekali, bacalah doa Nisfu Syaaban.
 Maksudnya;




Ahaa jadi begitulah serba sedikit tentang nisfu syaaban yang dapat Kiz kongsikan pada korang semua untuk hari ini. Semoga ramadhan kita ni diberkati ALLAH S.W.T.

4 comments:

Khair said...

sangat2 bertuah bagi sesiapa yang mendapat redhaNya pada malam nisf syaaban...terima kasih atas perkongsian ini. :)

Edy Fee said...

malam nak kumpul pahala byk2

* FAR * said...

sharing is caring.. tq

Leeza dayasari [santai leeza] said...

ohhh...... sharing is caring.

Masih Ada Plan B, Mari baca!