Saturday, April 28, 2012

Tempat-tempat BEST di Melaka *Episod II*

Ahaa..kembali bersama saya Izz dalam "Tempat-tempat paling Best di Melaka Episod 2". Okeh malas nak cakap banyak (padahal tak larat nak tulis banyak-banyak), jom kita terjah tempat-tempat menarik kat Melaka nih.Hohoi!!

Menara Taming Sari Melaka
So apa yang best kat Taming SAri ni? Okeh kat Taming Sari ni korang akan dapat melihat segenap seluruh pemandangan Melaka daripada atas. Memang best giler dan berbaloilah RM10 sorang dilaburkan untuk benda ni. Perjalanan untuk menara ni naik daripada bawah ke atas and then turun balik adalah lebih kurang 15minit Kiz rasa. Erm, tak pun 20minit, KOT?


Ahah, sebelum naik menara tu adalah disyorkan untuk korang bayar parking tiket di kaunter yang berhampiran sebab Majlis Perbandaran Melaka pun lebih kurang ketatnya dengan MBSA kat Shah Alam ni. Kiz haritu ada masalah cket sebab orang kaunter tu mintak beli buku tiket parking yang mengandungi lebih kurang 60 tiket sekaligus. Kitorang jalan Melaka untuk 1 hari so buat apa nak beli sampai satu buku?

So apa yang Kiz buat adalah kitorang carik 'brader-brader' kat situ pastu beli tiket ngan diorang sebab diorang pun dah tersalah beli 1 buku terus. Ni salah satu alternatif la untuk orang yang memang suka berjimat macam Kiz ni.Hihi. Okeh, jom layan gambar dulu..ZASSS!



Coconut Shake Pantai Kelabang.
Urm, actually dia sebelum Pantai Kelebang. Kalau korang daripada bandar Melaka menuju ke Pantai Kelebang, korang akan jumpa stall Coconut Shake ni kat belah kanan berdekatan dengan Stesen Minyak Esso ke Shell ntah. Hmm jap ye Kiz nak g search kat google gambar stall dia sebab haritu lupa nak amek gambar..


Ahaa akhirnya aku jumpa jugak gambar die.Kekeke(gelak jahat). Ahah satu lagi, stesen minyak Caltex rupanya seperti yang terpampang digambar kat atas ni dan bukannya yang tertulis oleh Kiz tadi iaitu Esso atau Shell.


 Memang sedap giler beb coconut shake dia sampai Kiz sorang beli 2 tuh. Actually mula-mula beli satu sorang pastu disebabkan sedap sangat sampai patah balik beli lagi skali di tengah-tengah panas terik yang memancar-mancar disegenap tubuhku(amboi!). So kalau dah sampai patah balik tu tau-tau lah kan camne sedap dia kan? Ahah wajib dicoba ye adik-adikku.

Kuih Keria Hj Jalil (limbongan)
Kalau korang peminat kuih-kuih tradisional memang sini lah Kiz rasa spot terbaik untuk korang terjah dulu bila sampai kat Melaka tak kesah lah tengah tak tahan nak buang air besar ke ape ke, datang sini dulu sebab Kuih Keria dia memang terbaik ohh. Saiz dia pun lebih hangat daripada biasa tapi sudah tentunya tak hangit (ayat ntah pape). Ahah dah macam sales promoter dah aku ni.


Ahah kitorang sempat jugak bergambar dengan kuih keria dan jugak makcik pembuat Keria ni. Disebabkan Kiz tak sempat nak berinterbiu nama mak cik ni, tu pasal la Kiz tulis Mak Cik Keria dan tak lupa jugak, "mak cik giler kerira" yang memang gilakan kuih keria ni. Jangan marah ye cik techix.Hihi


Lagi? Apa lagi yang best?
Ahah selain pada tempat-tempat yang Kiz dah citerkan ni memang Kiz dah tak tau dah kat mana lagi yang BEst. Lepas pada layan kuih keria tu, kiz sempat jugak jenjalan kat Mahkota Parade sebab dah lama sangat tak jenjalan kat situ. Berjaya jugak izz beli spec Ray-ban "original la sangat" kat situ. Eh perlu ke nak citer? PApejelah Izz! Okes jom layan gambar-gambar kitorang makan Ais Kacang kat dalam Mahkota Parade ni.




Okeh lah setakat ini sahaja posting untuk hari ni. Semoga korang have fun ye bila sampai Melaka nanti. Papehal boleh contact Kiz manatau nak mintak guide jalan ke ape ke okeh. InsyaALLAH kitorang tolong.


Jari Menaip,
IZz ( Kiz)

23 comments:

CikMai said...

ahaaa bestnya, nak g jugak la nty ..uhuu

Zalin Mansor said...

Salam..hihi..sy org mlaka, tp xpernah naik menara tu..lalu je..best x coconut shake kat situ? Selalu rasa kat alai je..coconut shake situ best jugak..

Zalin Mansor said...

Salam..hihi..sy org mlaka, tp xpernah naik menara tu..lalu je..best x coconut shake kat situ? Selalu rasa kat alai je..coconut shake situ best jugak..

MiZ Rayy said...

seronoknya berjalan.. tmpt lain xpnh smpai lg, bru smpai menara taming sari.. len kali ada masa boleh la p jln2 kt melaka.. :D

Ayuni said...

hikhik, sye pnh gi A famosa je....

Hanif said...

Jumpa gak air kelapa Klebang yek..
kena beratur nak beli air kelapa ni..huhuhuh
Support me by daily vote me for blogger ofthe year

shahrazali said...

pe hitam sgt kuih keria tu???hahaha,,,

Alieza Dayasari said...

amboi bestnyer jalan2....

Hunny said...

waa.. enjoy betul ni

misse nadh said...

tempat kuih keria tuh dekat mane? kenapa saya tak tahu?haha :))

kiwi_sengal said...

waaaa bestnya

Afiq Ryunosuke said...

fuyooohhhh....
pegi Melaka tu....
^.^

Angah said...

hye cik kiz,kalo mencari pwerfume ori dgn harga diskon jom ke sini!

tirahzairi said...

ohh keria...ingtkn telinge kelin..hehe

EruzuLiyana said...

coconut shake itu peberet :D

inche hlovate said...

teringin nk p menara taming sari tu

YOUsoF said...

Aku pernah naik Menara Taming Sari tu sekali je.. Duduk pulak sebelah geng budak cina.. Paham² jela bila diaorang borak.. bagai nak RAK. hahah. TApi best view dia kan.

Tak sempat rasa Coconut Shake Pantai Kelabang yang enak sebelah Esso/ Shell/ Caltex tu.. ;D

Keria sambal tu feveret aku jugak tu! Lama tak rasa..

azalia hjsalleh said...

lya dh lama x dtg melaka.. dkt 2-3 thn kot..
bestnya kalau dpt mkn ikan bakar kat umbai

Kasawari said...

wah semacam sedap jer kelapa goyang tu.. hehe

obat tradisional diabetes melitus said...

semua akan indah pada waktunya

Mama Farris said...

melaka memang terbaik dik...

kerol said...

Melaka bandar bersih.. kemas.. insya-Allah aku ngan konco2 aku akn ke sana lagi..

syakey said...

gebunyaaa kuih keriaaa weh! haha

Masih Ada Plan B, Mari baca!