Monday, March 17, 2014

Kedai Kiz is real Kedai

Assalamualaikum semua.

Kechix here.

Alhamdulillah hari ni dapat update belog. Hari- hari masuk to-do-list nak update belog tapi kekangan masa buat mood nak menulis lari jugak. So doa nak istiqamah tak pernah putus. Insyallah kiz boleh!

Kalau sesiapa dari dulu yang follow Kiz memang tahu yang kami ni sejak sebelum kahwin memang bisnes sama-sama. Bloggers yang follow kami berjualan di bazaar frinjan, lim kok wing, dan merata lah di sekitar selangoor n KL ni. Dari tahun 2009 sampai now 2014 kami masih lagi bisnes. Dari jual baju bundle jual pencil case, sampai laa ni buat printing pulak. Memang totally 360 darjah bertukar.

Masa 2009, mula buat online shop memang jual di blog saja. Sikit-sikit improve perniagaan kami. Lepas kawin pun, jadikan satu bilik untuk ruang niaga kami. SOHO orang panggil. Penuh bilik tu dengan barang-barang jualan. Dan untuk tahun 2014 ni, tanpa di sangka-sangka kami dapat menyewa satu ruang kecil untuk perniagaan kami.  Macam tak percaya pun ada. Sekelip mata saja. Benarlah, nikmat tuhan yang mana hendak kamu dustakan.

Jadi jatuh bangun tersungkur tersembam tertiarap menangis selama 6 tahun berniaga ni, akhirnya pada 2014 kami berjaya menyewa sendiri ruang niaga kami. Walaupun kecil, tapi ya Allah syukurnya toksah cakap lah. Sangat-sangat bersyukur. Mmeandangkan kami dah buat bisnes printing kad kahwin dan korporat , kami memang memerlukan ruang niaga sendiri. Senang customer nak lepak-lepak dengan kitorang. Hewhew.

So nama kedai kami adalah Kiz Wedding. Masih lagi di bawah Kiz Ent. Masih lagi kami berdua suami isteri yang mengusahakannya. Alhamdulillah. Jadi mana-mana bakal pengantin yang nak tempah kad kahwin, sticker , button badges, dan thank u tag, mehlah ke kedai kami di 25B, jalan keluli am7/am seksyen 7 shah alam.

Walaubagaimanapun, kami masih lagi menjual pakaian di Kedai Kiz yang kami cintai. Jangan risau k.

kiz wedding

kiz wedding

kiz wedding dengan customers

Walaubagaimanapun, kami masih lagi menjual pakaian di Kedai Kiz yang kami cintai. Jangan risau k.Masih aktif mengupdate item-item terkini untuk anda-anda di luar sana. Antara yang terbaru dari kami adalah handsock lace ( hot!!) dan abaya.

handsock lace

abaya dan glitter square tudung
Ok lah sampai sini dulu. Insyallah nanti kechix update lagi ya. Terima kasih kerana menyokong kami dari dulu sampai lah sekarang. Doakan bisnes kami maju dan berjaya ya.

Assalamualaikum. Jumpa lagi :)



1 comment:

Yousof Ngadi said...

Dari awal sampai sekarang ni aku respect kat KIZ :)

All the best untuk kauorang. Indah betul dapat bisnes sama² suami isteri :'D

Masih Ada Plan B, Mari baca!