Thursday, November 5, 2009

idaman hati

Ya.idaman hati.maksudnya apa hati kita idamkan.apa kita mahukan.apa kita inginkan.sumpah banyak kan.kadang-kadang hati kita melonjak-lonjak mahu apa yang kita idamkan.semua manusia tidak boleh berhipokrasi dalam hal ini.idaman hati.tapi kali ini mahu cerita idaman hati tentang manusia yang kita chenta.ya.manusia yang kita mahu hidup bersama tidak mahu lepas lagi.

Idaman hati kita kadang-kadang tak seperti kita idamkan langsung.tapi dia membahagiakan.setuju tidak?ada pula yang kata bila chenta datang semua ciri kena tendang.itu lagi kita setuju.rata-rata kawan kami sebegitu.

Kita idamkan macam-macam perkara dalam mencari pasangan.kita mahu dia chantek.mahu dia bijak.mahu dia kacak.mahu dia gagah.mahu dia hebat.mahu dia chubby.mahu dia comel.mahu dia bergaya.mahu dan mahu lagi.dan lagi.kadang-kadang kita meletakkan syarat pula jika ada yang mahu mendekati.tidak kiralah apa hasilnya yang penting kemahuan kita.bila apa kita idamkan dalam tangan kita puas.kita gembira.tapi di hujungnya,sempurnakah chenta yang kita bina?oh.seperti terlalu bermadah.ok.ayat kali ini agak di luar jangkauan kerana rindu sedang bertandang dan tidak mahu pulang-pulang.

Tidak semua antara kita berpeluang merasai chenta seperti mimpi indah jangan di kejut lagi.tapi,percayalah.tidak semua yang ciri-ciri idaman membahagiakan.malah kadangkala merobek hati.auwww.sakit.bukan semua gades chantek adalah terbaik.bukan juga lelaki bijak menyempurnakan hidup kita.

Kadang-kadang cukup sekadar kita ada teman untuk makan bersama walaupun kita bayar sendiri.

Kadang-kadang walau dia sibuk manapun,masih tidak lupa ucap selamat malam sayang atau jaga diri sayang.

Cukup sekadar dia boleh membelikan hadiah tabung lembu dan kotak comel berlaci impian kita waktu kecil.

Kalau boleh,teman itu lah sentiasa ada untuk kita.walau sekejap,dia sanggup mendengar cerita kita tentang azam hendak buat nota comel-comel untuk setiap subjek pelajaran.

Boleh memahamkan kita maksud cemburu.maksud setia.maksud chenta.
Boleh membawa kita ke destinasi chenta sempurna.

Dan sebenarnya,dalam hidup siapa-siapa pun,kita perlukan teman hidup.kita mahukan satu manusia yang memang untuk kita.teman hingga hujung pernafasan.oh.alangkah.

Kiz berdoa untuk dalam taman ini agar tidak berganjak lagi.semoga selepas alam ini (akhirat) masih ada tempat untuk taman kami dari Illahi.


isteri idaman menjaga kebajikan suami.eeyuw...gedix.

Masih Ada Plan B, Mari baca!