Thursday, October 29, 2009

cita-cita

Sangat teruja apabila sedang minda ligat memikirkan entry apa seterusnya mengisi ruang blog,cita-cita menjadi tajuk kali ini.semua antara kita punya cita-cita.kami?lagi lah ada.kalau dulu zaman kanak-kanak bila cikgu tanya mest jawapan nak jadi cikgu.nak jadi askar.nak jadi peguam.oh.itu jawapan popular kanak-kanak zaman kita.sekurang-kurangnya kita masih punya cita -cita dah besar mahu jadi apa.cita-cita menurut kamus besta kechik edisi kamus elektrik bermaksud keinginan,tujuan yang mahu di capai atau di lakukan.oh.baru kami sedar cita-cita tidaklah hanya merujuk pada pekerjaan seperti zaman kanak-kanak kita fikirkan.

Bila zaman dewasa kita jalani,cita-cita kita lebih kurang sama juga.punya pekerjaan yang baik.keluarga yang bahagia.ada kereta idaman.semuanya mahu sempurna.kadang-kadang banyak kita korbankan hanya kerana cita-cita.

Kalau dulu waktu kiz kanak-kanak,kechik nak jadi jurnalis.izz nak jadi arkitek.amboi.sekarang kalau Tanya jawapannya adalah meluaskan perniagaan.berbeza bukan.bagaimana mahu mendepani itu.sekarang semua yang kami fikirkan adalah perniagaan kami.perniagaan dan perniagaan.pendek kata,duit,duit dan duit.idea-idea perniagaan menjalar tanpa segan-segan.tambah runsing bila ada suara-suara mendesak dari dalam kotak fikiran.mendesak bebagai perkara.berasak-asak sampai kau jadi rimas.begitu banyak idea yang kau tak terjangkau.ok.tengok idealisme penulisan berkobar-kobar.kan dah cakap tadi.kechik nak jadi jurnalis.apabila jurnalis pada reality tidak menjadi,blog adalah medium terbaik untuk melemparkan segala jurnal yang mahu di sampaikan.

Sekarang,cita-cita kiz juga tidak banyak beza dengan orang lain.oh.tapi kadang-kadang sampai terlebih sudah.kami tidak banyak perbezaan.ada satu rasa yang sama.rasa yang mengikat mati antara kami.kami lebih terdorong atau teruja bila kami bicara tentang kehidupan.ya.kehidupan nanti.nanti kami dah habis belajar.nanti kami dah kerja.nanti kami dah kahwin.nanti kami dah dewasa.sekarang?kanak-kanak ribena lagi.eh tak wei.remaja.remaja ribena plus orange.antaranya,rumah mesti nak hias cantek-cantek.nak melancong bawak mama iz dan ibu kechik.mesti nak ada mini cooper.mesti nak ada kedai buku.mesti nak shopping tak kira waktu.mesti nak peti ais 4 pintu.mest nak…argkh.banyak sangat.

Seronok kan.walau mungkin ada yang kita tak dapat,angan-angan itu sangat indah.lebih indah kalau kita berkongsi dengan mereka yang cita-cita lebih kurang sama.ketepikan perasaan belum tentu lagi.semuanya perlu berusaha dari sekarang.ya.sekarang.jomlah.
Kadang-kadang kita rasa nak sngat,tapi tak dapat.
Kadang-kadang kita tak ada rasa nak atau tak ada rasa taknak dan memang tak dapat pun.

Tapi kan.kalu kita nak,kita carilah sampai dapat.cari sendiri.bukan suruh orang lain.mesti dapat.Allah maha pengasih.kan.siapa pernah cuba?tak perlu beritahu,anda punya jawapan yang kadangkala tak payah nak kongsi.kan?kan?kan?

2 comments:

atiq halui said...

beb, korg ni kiut la..
hope always hepi ea..
klu ade kemahuan disitu ade jln..
nk seribu daya, xnk seribu dalih..
hehehe..

saadah saadun said...

sist..
dulu masa i kecik,
i nk jadik dr or peguam..
lecturer adalah pilihan last..
then bila remaja nk jd akauntan..
dannn sekrang rasanya sudah fokus utk bidang korporat atau lecturer..
haahaha..
cita2 sentiasa berubah ikut keadaan semasa..
=)

Masih Ada Plan B, Mari baca!