kalau awak rindu,awak buat apa?sebab kalau kami rindu macam-macam kami buat.
oh.dalam dunia kita,macam-macam kita buat.dunia kita.kita punya.dia?dia punya.mereka?mereka punya.dalam antara kita,tidak semua berpeluang menghabiskan masa bersama setiap hari.jadi,rindu-rinduan jadi kenang-kenangan.sumpah miang dan jiwa-jiwa.maka,kami sentiasa perlu kreatif bagaimana harus bila rindu menerjah mengisi segala ruang yang engkau ada.
kerana hidup kami tidak senang dan mewah.tidak punya telefon mewah 3g atau line untuk sentiasa bercakap segala perbuatan hari ini semalam atau lusa.tidak berpeluang bercakap gaya bahasa yang kau suka.tidak dapat mms lantas kredit yang cukup untuk sehari dua.tidak juga mampu topap setiap waktu yang kau pinta.
hari ini.bila rindu,cepat-cepat teks tanya cyg makan apa.bila dia balas nasi lemak sambal kerang,sila bergegas dapatkan juga nasi lemak sambal kerang plus telor mata satu makcik.bila dah dapat,sila makan dan text semula.cyg,kita makan sama.ok.dekat di hati dan mulut.sebab kita dapat rasa nasi lemak sambal kerang itu dan dia juga sama.
macam itulah kami.bila rindu sangat mesti nak makan makanan yang sama.mesti nak air yang sama.jauh berbatu pun rasa dekat di sebelah pintu.
semalam.bila rindu,terus tanya cyg,buat apakah.bila dia balas,tengah menonton video hoedown throdown hannah montanah terus melompat ambil lappy dalam almari on kan dan terus larikan cursor pada video yang sama.bila sedang tonton,terus text semula beritahu eh cyg sama apa yang kita tonton.sebab kita dapat lihat apa dia lihat.senyum part mana dia senyum.tak nampak tapi kita tahu.
lusa.belum rindu.nanti dulu.
kita tentukan chenta kita.
kita tahu bila kita bahagia.
kita rindu ada waktunya.
No comments:
Post a Comment