Monday, June 8, 2009

kangen!

Kami berjumpa juga setelah kangen tahap tak boleh tahan menjelma.perancangan awal diatur,dan...
pertemuan berlangsung.masalah-masalah yang berlangsung hilang pergi begitu sahaja tatkala
menatap muka muchuk kiz.
walaupun sekejap cuma,tapi cukup berharga.kerana kiz begitu berharga(hahaha-tak boleh blah).

destinasi=city square,jb

berpimpin erat dan berjalan laju sampai tahap nak lari-lari anak kerana masa
sangat cemburukan kami yang tiut miut ini.
mungkin masa tak berapa tiut lantas kami di cemburui.(merepek!)
terus menuju ice blog.
kak,bagi milk shake choclate siap ngan pearl beserta oreo blended eyh.
ok,akak tu terus amik blender dia.kami tunggu sambil sambil bercakap dalam hati suruh akak apron pink cepat.
banyak lagi halatuju kami perlu dilakukan.jam 6 iz sudah perlu pulang ke campus terchenta.
dapat ice blog terus rasa nak update blog.hahaha.bukan.

kami menuju kaunter wayang.mencari filem apakah.setelah berpusing dua round di poster-poster gergasi,
Hannah Montana the movie di persetujui.bukan kerana minat sangat filem keluaran disney,tapi kamu mahu cerita
yang rilex dan nyaman serta tidak memerlukan minda yang tajam untuk difikirkan.ok,tiket jam 3.25 petang.
kaki di hayun lagi.seterusnya,makan takoyaki. MAKAN TAKO!
kecik memang suka tahap gaban dengan takoyaki yang chumil dan gmox saja rupa bentuknya.
bro,6 biji takoyaki ye.ok,rm9.
mula makan dengan lahap.sambil bukak new lappy kecik.jakun.siap
pasang broadband.bajek nak update blog. muka gmox n muka kurus minum n lepak
tapi lappy itu terbiar tatkala kami mula membincangkan hal laen.tajuk perbincangan tak laen tak bukan,"how to increase kiz income?"
adakah kiz makin mata duitan apabila melihat lambakan duit syiling dan rm1?tidak.seperti yang kalian sedar lagi gembira,kami udah berjauhan,
perbelanjaan meningkat,kos pertemuan juga meningkat dengan mendadak.kalau dulu,ekonomi merudum manapun,kami maseh ada pondok terapung
dan berbekalkan 2 kotak air choclate,kami masih gembira main geletek-geletek pinggang.tapi kini tidak lagi.



selepas melahap takoyaki,masih awal untuk nonton.jadi harus riki-riki(bermaksud pusing-pusing) city square.perlu membeli pen drive put yang hilang akibat bus berpusing dengan dahsyat.ok,dah beli.jadi perut harus makan pula.tapi kecik kenyang.iz saje makan kerana dia lapar.adakah sebab lain untuk makan?

3.25.masuk panggung.mula rasa berdekatan.jadi sayang yang teramat.kangen melimpah ruahnya.menonton film ini bikin kami jadi tidak sabar mahu menghasilkan single kami.amboi.gedix pule mahu single.tapi kawan-kawan,film ini besh.rasa mahu menari-nari
sama bersama miley.hahaha.this is good film to watch.suara miley sangat indah seperti terbuai-buai lantas mahu bermain buaian sambil di hayun oleh izz.
keluar panggung,kami terus nak balik.sambil tersesat kat tempat yang sama.apahal?
tapi dah jumpa jalan keluar.ok,bus tiada.bukan,lambat sampai untuk menuju terminal larkin.
tapi sampai juga dia bus itu dengan muka lemah lembut.ok,sampai larkin.tandas dulu.sebab muka kecik dan izz dah senget-benget tahan-tahan.


settle.now,akan membawa haluan masing-masing.kecik pulang ke rumah,izz pulang ke campus.lumba-lumba.sape sampai dulu,dia dapat makan mandi dulu.
sedihkah? mula membiasakan diri.selepas ini,this is kiz way.berjauhan dan berjumpa sekali-sekala.tidak mengapa.semoga yang baik-baik untuk kiz.

jadi.perjumpaan yang indah.
kami membuat kenangan.

kiz,berjumpa lagi di lain siaran.yaahaaa!thank u,as always.BANG!!!


to saadahsaadun.terima kaseh.sokongan tak berbelah bagi dari kamu membuat kami teruja.

2 comments:

miZa anGel mox said...

ade org suda melepas rendu..
daku pon suda melepas rendu pada munchit ku~

saadah saadun said...

wah..
terharu btol..
tba2 mahu buat parti..
eh..silap.
knduri kesyukuran..

hohohoho

Masih Ada Plan B, Mari baca!