Monday, July 27, 2009

selepas 33 hari

ya.selepas 33 hari.akhirnya penantian yang tidak berpenghujung serta doa harapan yang menggunung.tidak lupa doa yang tidak putus-putus,kami dapat berpacaran lagi.
masih memilih destinasi yang sama,city square.kerana itu tempat paling senang di tuju.

maka,tepat jam 11 pagi sudah bertemu muka di larkin.meletak beg lalu menaiki bus ke cs.sampai dan terus usha tiket.ok,lost of the land menjadi pilihan.kemudian makan dan terlewat masuk.tidak mengapa.masih faham jalan cerita.biasa sahaja filem ini.tidak rugi dan tidak juga untung.setelah tamat tayangan,window shopping.iz memilih untuk tidak membeli apa-apa,kecik memilih sehelaiblaus polka dan sepasang kasut crocs merah hati.setelah itu,terus menunggu bus untuk ke larkin.sampai di larkin,masih belum mahu pulang.duduk bersembang main geletek pinggang.tapi sikit-sikitsahaja.tempat awam.jam 6.kecik pulang dan iz menunggu lagi kerana bus jam 10.30 malam.


lihat.pertemuan yang sederhana tapi penuh ertinya.tiada kata mahupun bicara dapat di teka.hanya hati dapat melepaskan duka lara.alhamdullilah semuanya baik-baik belaka.selepas ini entah bila pula.untuk berjumpa dan bergelak tawa.sila doakan kami ya.





::kami rindukan suasana tidak terkejar-kejar untuk menatap muka.rindukan setiap hari dapat berjumpa. mungkin selepas setahun nanti.

Saturday, July 18, 2009

memang kampung pun

aah.memang kami orang kampung pun.tak perlu beritahu kerana kami dah tahu.betul.sah.kami kedua-dua berasal dari kampung.eh,kenapa tiba-tiba berkata hal begini??ok.cekidout.

"kecik ngan izz tu macam orang kampung masuk bandar kan?"
"ee..macam orang kampung"
"kampung!"

lihat.acapkali kedengaran begini.kecil hati?tidak.kami mengaku dengan berbesar hatinya bahawa kami orang kampung.tapi,tiba-tiba terasa seperti di hina di cerca.

jika kami orang kampung,maka kami tidak di benarkan::
  • memasuki mall besar takut kami tak boleh bayar?
  • berpacaran di tempat terbuka takut kami membuat kacau tak tentu hala
  • atau,kami tidak boleh melawa atau stylo seperti orang bandar?
jika memang begitu caranya maka kami harus melakukan sesuatu!
  • membuat mall khas untuk orang kampung berpapan tanda "hanya orang kampung boleh masuk".orang-orang kampung kami dapat diskaun lebih.
  • buat tempat dating untuk orang kampung.siyes penuh tempat ni.
  • buat satu style orang kampung.dari jauh orang bandar dah boleh kenal.ya,itu orang kampung.
adakah cara-cara ini mujarab?
sebenarnya post sebegini adalah kerana terdapat satu kawan.eh kawan ke?nak ke dia ngaku kawan orang kampung?.ok.dia selalu sangat cakap begitu.tapi tidak pernah pula cakap depan.masalahnya cara dia adalah menghina.ok kawan-kawan,menghina.apakah perasaan anda di hina sebegitu rupa?

kami tidak pernah kisah pada mulanya.langsung tidak.tapi cara pandangan dan lirikan mata yang seolah-olah kami berbogel,membuat hati jadi marah.marah.

ayuh orang kampung.kita bela nasib kita..haha..

apapun,tidak semua begitu kecuali kakak mox sorang 2.terima kasih di atas hinaan anda.hina la lagi next time.ada la idea kami nak update blog..

tan tin tun
meh kiz nak pantun

atas dahan ada burung belatuk
dahan umak cik esah
nak hina nak kutuk,
ada kami kisah?

ok.sekian.

Friday, July 10, 2009

tiada apa-apa

kami tiada apa-apa
kami tiada harta
kami tiada benda
kami tidak kaya
kami tidak punya rupa
kami tidak serupa
kami hanya orang biasa
kami berchenta..

tiada harta,maka kami sedang mencari.
tiada benda maka kami sedang mengumpul.
tiada kaya maka kami sedang berusaha.
tiada serupa tapi agak iras.
ya,kami berchenta.bercanda.tiada kegusaran.

acapkali di ajukan soalan adakah kamu pasti hubungan ini kekal selama.atau eh,kalian ini confirm akan ke jinjang pelamin?maka kami tiada jawapan yang pasti.bukankah itu semua kerja Illahi.berusaha.sangat bersungguh-sungguh.doa dititip setiap hari agar jodoh adalah milik kami.maka jawapan dapat di beri beberapa tahun kemudian kepada pengaju soalan.

kiz production semakin murah rezeki.tawaran datang berkali-kali.sila doakan yang baik-baik untuk kami.ewah..

Sunday, July 5, 2009

dapat kolej!

alhamdulillah.dengan terharu dan bersyukur,bahawasanya kami telah dapat kolej.maka kami dapat tidur dengan selesa.tiada sewa bulanan.dan tiada juga dapur untuk memasak.dengan tidak disangka walhal harapan tinggi menggunung untuk menempatkan diri di kolej.surat tawaran yang menyatakan tiada kemudahan kolej sudah di simpan rapi.kami sudah berjaya.terima kasih Tuhan.rasa bersyukur yang amat.ye.kami belum bersedia menjadi NR.belum.nanti dulu.bukan sekarang.terima kasih kolej mawar.terima kasih sempana riau.ok.

kecik di tingkat 5,izz di tingkat 3.bakal kurus.tidak.kecik ada lif.sedikit jakun kerana segamat tiada lif.langsir english style membuat diri seperti di aapartment.ok.jangan berlebihan memuji.
betul.kami sangat gembira.yayayaya....

ini sudah confirm jauh.uptown,kami rindu kamu.kami sedang membuat perancangan untuk berjumpa.kecik sangat asing dengan shah alam.

Thursday, June 25, 2009

malu tetapi bersyukur

dedicate to all kiz's followers.


malu.segan.tersipu.betul.tak tipu.dan sebenarnya teruja.dan sebenarnya suka dan gembira.blog ini sudah ada yang membaca.kami tidak menyangka.jauh untuk memaksa.tidak juga mengharap.kami hanya berdoa agar dapat menulis segala entry dengan baik dan sedaya upaya tidak kelihatan jelik di mata yang membaca.


blog ini kami cipta kerana mahu meluahkan dan mengeluarkan serta berkongsi rasa indah yang di kurnia-Nya.langsung tidak mahu menjadikan blog ini kotor dengan kata-kata yang tidak indah.segala rasa yang selesa dan gembira kami mahu tempatkan di sini.kami tidak bersama setiap hari.maka setiap hari tidak punya new post.kami harus memikirkan yang terbaik dalam setiap entry.


emosi ini sukar di terjemah.dizahirkan melalui kata-kata.dan blog ini adalah anatara tempatyang paling seronok.walau ada yang geli.dan benci.dan mengeji.serta mencaci.kami tidak mmengapa.betul.tidak mengapa.kami sedar kami tidak mampu memuaskan hati semua.maaf.kami hanya terdaya melakukan ini.jangan bimbang.akan di perbaiki selalu.


terima kasih kepada(semua followers)tanpa kamu blog ini mungkin sunyi.mungkin juga senyap.tidak juga berpenghuni.sangat bersyukur kerana masih ada yang mahu follow.harapan,agar kita berkawan dan memberi sokongan antara satu sama.maaf kiranya kami belum sempat follow blog kamu.


maaf.sekali lagi.maaf di atas segala kelakuan yang tidak sengaja.


::we very glad we found each other::

Friday, June 19, 2009

antara shah alam dan segamat

apabila semester baru bermula tidaklama nanti,maka kami akan semakin menjarak.kechik di shah alam.izz di segamat.mencari titik temu untuk berpacaran dengan gembira.dimanakah letaknya itu nanti.semoga Allah mengizinkan perjumpaan dengan barakah.ops seperti sangat baik.maka,anasir-anasir yang tidak elok harus di jauhi dari kami.kami hanya mahukan ketenangan apabila bertemu muka antara satu sama.

sudah jauh.sudah tidak dekat.sudah tidak nampak kelibat.sudah tidak nampak muka.sudah tidap dapat menggeget.sudah tidak dapat makan bersama.sudah tidak boleh janji apa pakaian untuk kuliah nanti.sudah tidak dating di library.ok,sudah-sudahlah.

apa yang kami uar-uarkan,ini adalah kenyataan.kami masih elok.kami masih gembira.kerana kami tahu dan percaya.chenta kami kukuh dan tegap.dan ianya kuat.tidak juga mudah di ceroboh.maka tidak dapat di pecahkan.jadi,sila bagi kami peluang untuk melalui fasa baru ini dengan tenang.Tuhan,semoga yang baek-baek itu adalah untuk kami.


::p/s:maaf.entry kali ini mempunyai elemen-elemen jiwa-jiwa.maafkan kami.kechik juga sedang memujuk izz memilih jurusan yang sama.sila pujuk dia juga.nanti kami dapat berpacaran lagi.

Thursday, June 11, 2009

suatu malam

malam.bukan pagi.bukan petang.tidak juga tengah hari.tidak ada kena mengena dengan kala malam bulan mengambang.

suatu malam..

izz:cyg,izz syg sgt banyak-banyak.
kck:alala.kck ag banyak.
izz:tak,izz lagi banyak.
kck:kck lagi banyak-banyak-banyak.
izz:izz lagi banyak-banyak-banyak-banyak
kck:kck!
izz:izz!
kck:kck la!
izz:izz la!
kck:kck!
izz:ok-ok,sama-sama ok.
kck:ne boleh,kck!
izz:izz!

masih berlarutan.kalau ada depan mata mungkin sudah geget-geget.eh.jangan buruk sangka.kck suke geget lengan die.izz diam je.mungkin redha dengan attitude kck yang suke menggeget di kala geram.itu la,sapa suruh amik kck's moo moo.kan dah kena.naseb badan.

keesokan harinya..

kck:kck!
izz:izz!
kck:kck!
izz:izz!

bilakah akan diam dua makhluk ini.degil.ok.dah diam.dua-dua pergi toilet.

cerita ini bukan jua rekaan.tidak juga di reka.lantas bukanlah tiruan.tidak juga ditiru.
*tempat dan nama sebenar terpaksa di rahsiakan.keselamatan kedua belah terpaksa dijaga kerana kedua-duanya akan berkahwin tidak lama lagi.ok.kck dah miang.izz pan miang juga.ok dua miang keladi.kenapa keladi.bukan sawi atau bayam.ok dah.

lagu ini kami shuke. (tiada kena mengena dengan cerita di atas,tidak juga kena mengena dengan sesiapa)

seluruh kota merupakan tempat bermain yang asyik
owh senangnya aku senang sekali
kalau begini aku pun jadi sibuk
berusaha mengejar-ngejar dia

matahari menyinari semua perasaan chenta
tapi mengapa hanya aku yang di marahi

di musim panas merupakan hari bermain gembira
sang gajah terkena flu
pilek tiada henti-hentinya
sang beruang tidur dan tak ada yang berani ganggu dia
owh sibuknya aku sibuk sekali

this is theme song cartoon sin chan.kami sangat menggemarinya.
tips**lagu ini boleh di nyanyikan ketika pasangan sedang merajuk atau runsing.
kck dah cuba.taktik ini berkesan.

Masih Ada Plan B, Mari baca!