Thursday, November 10, 2011

SELF MOTIVATION : Jangan Give-Up sekarang

Orait.Tengah bersemangat nak tulis entri ni.Peningkatan dah ada.2 Entri sehari tu..hihi..Entri kali ni hanya sekadar nak memotivasikan diri sendiri.Sejak beberapa hari ni Kiz asyik tak bersemangat je,bukan pasal berblogging,tapi pasal benda lain.But still ada kaitan dengan blog.Pasal ape?Huu itu Kiz tak bleh citer okayh.Privacy.Huhu

TQ bagi pinjam gambar ye pakcik google

Walaubagaimanapun disaat Kiz hampir nak berputus asa,tiba-tiba semangat tu datang sendiri.Urm,maybe korang tak faham apa maksud entri ni,So kalau masih nak terus baca silakan okayh.

Kiz cuma nak cakap yang dalam apapun yang kita lakukan,jangan sesekali..never ever berputus asa.Kalau cara A tak boleh,cuba cara B.Cara B tak boleh?Guna cara C dan begitulah seterusnya okayh.Tak ada jalan kejayaan lain selain melalui jalan kesusahan betul tak.Kebanyakan orang-orang yang berjaya kalau kita interview diorang mesti diorang akan cakap,"Em,saya bermula dari susah payah hinggalah sekarang saya sudah berjaya".Haa..

Tengok si katak ni,even dia dah kena suap dek bangau tu,dia masih
belum give-up,dia try jugak cekik leher bangau tu even dia tau yang tangan
dia tu kecik.Haa,nampak tu..

Kenapa Jangan putus asa?

Sebab sekali anda putus asa,anda akan rugi.Percayalah.Kalau kita teruskan berusaha,InsyaALLAH,Tuhan kata,barang sesiapa yang rajin berusaha maka akan terbuka jalan untuk mereka.Mintak maaf jika salah susunan ayat tu.Okayh,disebabkan entri ni adalah entri self-motivation.Kiz!DONT YOU EVER EVER GIVE UP.


mohon pinjam ye pakcik google

DONT GIVE UP!

P/S: Entri ini kemungkinan nampak agak emotional tapi sebenarnya tak.
P/S/S:  Masalah ini juga bukan masalah relationship ya.

 pakaian lelaki?semuanya ada disini.cuba la jengah.Blog baru dari Kiz

Wednesday, November 9, 2011

Masalah perut buncit.TOLONG BANTU !

Assalamualaikum.

Entry kali ini hanya berkisar kepada kechix.Tidak ada kena mengena yang hidup atau mati atau hendak memperli sesiapa.Iz di kecualikan sebab kechix memang nak dia gemok buncit.Itu ciri-ciri lelaki idaman kechix.

Yeah dari tajuk jatuh ke entry rasanya dah faham yang kechix sekarang dah debab muncit.Kau tau tak perasaan terpaksa crop gambar bahagian perut ke bawah atau hanya amibil gambar bahagian muka atau arggh tak amik gambar lagi bagus.Upload kat fesbok pun boleh menangis sebab semua manusia akan tanya atau beritahu diri dah gemok.Nak cakap buncit tak sampai hati kot.

So plez plez plez kamu jangan nakal bantu kechix ok.Bagitahu lah kat kechix camne nak dapat perut menawan badan idaman.Minum teh perah limau, dah.Minum air masak banyak-banyak,dah.Semua pun hampir dah.Nak beli ubat kurus ibu tak bagi.

Atau...

Kechix dah di takdirkan memang gemok??


2 tahun lepas badan macam ni.Walaupun ada cakap kalau kurus jongang tapi ah aku dah tak tahan dengan sapaan gemok lagi.
ok bai.
budak gemok yang frust.
chix.

 Promote Kedai Kiz cket..Jom beli ramai-ramai

English Siries.Apa kata anda?

  OK.Hari ni nak cakap pasal English Siries/Drama.

Yup.English Siries memang banyak menimbun-nimbun yang ada.Tapi.Ahah ada tapi tu..K sambung balik,tapi dalam banyak-banyak english siries yang gempak-gempak tu mesti ada beberapa yang korang minat kan?So hari ni meh kita ramai-ramai listkan english siries mana yang kita minat okayh.

Jap,sebelum tu Kiz nak citer kenapa Kiz minat layan english siries.Yang pertama sebab Jalan Cerita dia.Jalan cerita siries omputeh ni lain beb.Lain dari melayu,lain dari indon,korea,filipina,mahupun argentina(eh argentina pun ada?).Memanglah sebab diorang semua cakap dalam bahasa inggeris betul tak?Hihi,gurau ok.Sila jangan rasa macam terkena(kalau korang terkena lah kan).Em jalan cerita diorang biasanya kita tak dapat aspect tau apa yang akan berlaku time episod seterusnya.Camne nak cakap ek,kira macam suspen la jalan citer dia.Kira kalau macam contoh kita dah tengok Episode 1(amboi sampai episod pun tulis kot omputeh tu) , 99% kita nak tengok episod 2 dan ke seterusnyapun.

Kalau citer melayu or indon ke adalah dalam 50% rasa tertunggu-tunggu tu.Kira macam confuse la aku ni tertunggu ke tak episod seterusnya(drama melayu).Lepas tu lakonan diorang,even diorang punya pelakon tambahan pun berlakon dah macam pelakon utama dah Kiz nengok(bahasa orang johor).Tu baru pelakon tambahan,pelakon utama diorang??Ahah lu pikirla sendiri..Dahla hensem-hensem and cantik-cantik uh.

Ok ok sekarang lets back to the point.

Antara English Siries yang Kiz minat adalah The Vampire Diaries,Prison Break,Gossip Gurl,Kyle XY,bla bla bla bla bla(kira banyak gile la ni kan).

The Vampire Diaries.

Haa apa yang best sangat pasal Vampire Diaries.Heh,konsep dia biasa,ala-ala Twilight gitu,tapi kalau korang rasa Twilight tu best and korang bagi ranking twilight tu no 1 out of 10 kan,Kiz bagi rangking range dia Twilight no.8 , vampire diaries no.1.Haa nampak tak beza jarak tu,tapi ni pendapat Kiz jela,camne pun Kiz memang tetap tertunggu-tunggu jugak sambung twilight ni.Siries ni simple je,pasal Vampire,Warewolf and Human.Tapi yang menariknya nanti yang si human ni dah jatuh cinta kat vampire ni.Pastu t ada vampire-vampire lain yang nak menganggu hidup diorang tak sudah-sudah.Pastu vampire yang suka duk buat kacau tu pulak takut kat ada vampire yang lagi power pada dia.Panjang beb kalau nak citer dari A-Z.Daripada korang baca ni mesti akan rasa ek eleh camtu jeke,tak best pun.Kan??Takpe,t korang g sign-up kat Syok.net then try download satu dulu.Kompem tertarik!(eh ni bukan marah tau,terlebih semangat).Ok macam dah panjang sangat ni Kiz tulis.OK NEXTTTTT!!


Gossip Girl.
       Hmm apa ya nak citer pasal Gossip Gurl nie.K Citer ni biasanya pompuan la yang minat giler-giler punya.Tengok tajuk pun dah terpampang "GIRL" tu haa kompem la ramai perempuan suke an.Tapi kadang-kadang apa yang kita persepsikan tak selalunya betul coz Si Chix(Kiz) dah berjaya pengaruhkan Gua(amboi bukan main gua-gua) untuk minat tengok citer ni.Huuu.Citer ni pasal kat satu sekolah orang kaya ni,apa-apa je isu baru yang keluar akan ada la sorang minah blogger(blogger??) ni akan buat entri kat blog Gossip Girl ni.So satu sekolah akan tau pasal sesiapa yang terlibat dalam isu tu.Gossip.Oh perempuan dah gossip memang tak dapat dipisahkan sesama sekali.So nak tau camne dari 'Gossip' ni boleh dijadikan siries hingga sekarang dah sampai season 4 tak silap Kiz?Sama jugak macam tadi,sila lah Sign-Up Syok.org dan donwload se download-downloadnya okayh..

Prison Break.
        Last skali yang Kiz nak citer adalah Prison Break.Siries ni dah lama dah.Kiz pun memang dah lama dah layan citer ni.Memang terbaik giler jalan citer.Orang lelaki mesti suka punya citer ni.Kalau tak suke tu maknya ahaa lu pikirla sendiri.Hihi.Gurau ok.Al-kisahnya abang mamat yang bertatu kat atas ni kena masuk jail tinggal tunggu hukuman gantung sebab kena fitnah membunuh seorang president.So si Adik dia ni yang super duper cerdik pandai ni plan la nak selamatkan Abang dia yang tersayang ni.Korang nampak tak tatu kat badan mamat kat atas ni?Ahah itu sebenarnya pelan blueprint penjara yang abang dia masuk.Dia dah ada plan dari A-Z camne nak selamatkan abang dia.First plan dia,dia saja rompak bank supaya dapat masuk penjara dan bermula lah plan sebenar dia nak selamatkan abang dia tuh.Yang bestnya pasal citer ni nanti akan sentiasa ada masalah dalam plan yang mamat ni buat so mamat ni terpaksa perah otak dia yang bergeliga tu camne nak solvekan masalah yang ada.Memang terbaik beb citer ni.


SO, korang pulak?Jom la sharing is caring.
P/S : Citer-citer ni korang boleh download kat syok.net , macam-macam benda boleh donlod kat situ,nanti Kiz ajar camne ok.

Tuesday, November 8, 2011

Kelamkabut mereka..

Salam,


Okeyh...ini adalah entri ringkas cepat dan padat.So mesti mau tulis cepat sampai keyboard berbunyi macam 'ketup ketap ketup ketap'.

Apa yang kelamkabut mereka tu?
Ni la Kiz nak criter.Al kisahnya tengahhari tadi Iz keluar p makan kat Seksyen 2,Shah Alam ( sorang-sorang,hua sedih seyh,mane dah Chix ni??).Tengah mata sedang melilau-lilau mencari parking tetiba ternampak beberapa budak-budak MBSA(amboi ko panggil budak-budak je eah) tengah duk mencari mangsa-mangsa yang tak bayar parking.


Hehe..DUIT MARI DUIT MARI

So apa yang boleh Kiz lihat disitu adalah setiap orang yang baru dapat parking semuanya akan menuju ke satu mesin tiket yang sama nak bayar parking ( padahal sebelum ni memang takdenya nak bayar parking tu,eh ke Kiz sorang je yang camtu?).Haa tu la yang dikatakan kelamkabut mereka..kelamkabut mereka membayar parking.Haha.Nak tergelak pun ada rasa(padahal memang dah gelak pun).

So sedang duk tengok persekitaran yang kelam kabut tu dalam kereta tetiba lagi,jeng jeng..Ahah,ada satu ruang parking kosong,memang muat-muat untuk Kereta perodua 'Kanc' Kiz(Sebut kanc supaya bagi nampak macam kereta mahal).Apalagi Kiz pun masuk parking.Lepas tu??

Ahah!

Lepas tu kelamkabut la Kiz pulak nak p bayar parking jugak kat mesin Tiket tu..Walaupun dalam hati sebenarnya memang sangat tak setuju dengan kena bayar parking tu.Diorang patut boleh mintak caj dekat penjual-penjual kat sekitar tu coz banyak kot profit diorang bleh dapat kat situ,student melimpah-limpah ada kat Shah Alam.Ni kitorang pulak yang nak kena bayar parking semata-mata nak makan tengahari kat situ..


HUUUHH!!(keluhan dak Aril(botak) dalam drama Cinta Elysa)

Sunday, November 6, 2011

Header baru.Azam baru.

Assalamualaikum.


Wah tanjat boboi tengok header baru Kiz Garden kan.Meletop tak? kelass x?


Nampak lebih terang dan terkini kan.Hehehe dulu muka keanak-anakkan dan sekarang adakah macam lebih matang dan awesome? yeleteww..

Maka dan ada header baru semoga semangat nak berblog juga harapnya hendaklah baru dan lebih ghairah gitu.Ghairah berblog ya.

Azam Kiz dengan adanya Header baru ni :
  1. Kalau boleh update blog hampir setiap hari.
  2. Kongsi cerita, info manfaat dan isi hati kepada yang mengikuti. * ada ke?*
  3. Followers makin ramai.*kotlah*
  4. Nak juga rajin jalan-jalan blog orang, komen dan kenal blogger-blogger lain dengan lebih ramai dan rapat.Korang kalau ada belog best bagitau lah.
Haa amacam ? Semoga azam-azam ni hendaklah di laksanakan.Janji taw.

Sehingga jumpa lagi.Terimalah wajah 2 orang budak busuk yang dah berjanji tu.


yang benar yang omel yang bulat,

Chix Kiz.

Saturday, November 5, 2011

Salam Raya Haji & Kenapa Tak Update Belog ??

Assalamualaikum .

Esok kita raya.Yeayy.

Kiz nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

Jaga diri Jaga Makan.



Oh. Kenapa Kiz tak update belog? i mean, jarang bebeno.Apa masalah beliau beliau sekalian.

  • Sorang dah kerja sorang masih belajar.Tak duduk dekat lalu membataskan penceritaan semasa. *ALASAN*
  • Balik kerja / kelas, tangan cepat cramp lalu tak boleh menaip. *ALASAN*
  • Biz asyik di beri keutaamaan sebab belum stabil. *ALASAN*
  • Idea datang tapi lepastu pergi * ALASAN LAGI !*
Ok nampak kan alasan-alasan tersebut. Sedangkan Kiz sendiri berdoa agar di beri kekuatan, ilham dan idea untuk menulis.Semoga selepas ini rajin hendaknya.Kata nak POPULAR kan.hehehe.

Semoga berjumpa lagi.Kalau boleh hari-hari.

Yang benar tak payah pecah kaca pecah gelas,

Chix Kiz.

Wednesday, November 2, 2011

Lelaki Oh lelaki

Pernahkah anda mempunyai perasaan tiada keyakinan diri dalam sesuatu masa?
Pernahkah anda tiba-tiba rasa lain macam apabila berjalan-jalan di 'The Garden'Mid Valley?
Pernahkah anda merasa tidak yakin ketika kena buat 'presentation' depan pelajar lain?
 Ataupun disaat anda ada peluang untuk men'ushar' seorang 'awek cun' tiba-tiba anda berasa gugup?

Yup.Of course,semuanya itu datang daripada penampilan diri kita.Kita sendiri boleh tahu penampilan kita sendiri bagaimana.Selekeh atau Kemas.Sempoi atau Rugged.Dengan penampilan yang BIJAK,maka akan lahirlah suatu KEYAKINAN yang tinggi dalam jiwa dan raga kita,amboi.

SO,disini,kami akan membantu anda melakukan perubahan ke arah lebih KACAK,lebih TERAMPIL,lebih YAKIN.

Memperkenalkan....[Drrrr..Drrr...Bunyi Drum]

Blogshop KEMEJA KACAK , lebih KACAK,lebih YAKIN.


Satu-satunya blogshop yang menjual 100% barangan lelaki.Daripada baju T-shirt,Baju Collar,Jacket hinggalah ke Tali Pinggang sekalipun.Tak percaya?Sila lah kelik KEMEJA KACAK ini sekarang.

Tukang Tanya: Err,tapi saya student,manalah nak ada duit banyak-banyak nak beli baju kalau harganya  RM50 RM60.

HARGA??Yup of course,dengan misi kami nak memberi keyakinan pada diri anda , kami memang akan sentiasa meletakkan harga serendah mungkin.Terus terang,Blog kemejakacak memang tak ambil untung banyak pun.Ini serius.So,anda tidak perlu risau lagi tentang harga okay.Masih belum percaya?Sila lah kelik KEMEJA KACAK ini sekarang.

Tukang Tanya: Takde promosi ke buat masa sekarang ni?Sale ke?
Promosi OH promosi.Jangan risau sebab kami memang tak akan berhenti buat promosi selagi ada kudrat,selagi akal ini masih mampu berfikir.Contohnya,buat masa sekarang,kami akan bagi discount jika anda membeli 2 Item atau lebih daripada blogshop kami.Dan untuk akan datang,insyaALLAH akan diadakan FREE POSTAGE untuk semua barangan.

Tukang Tanya: Err,boleh tak saya tengok baju-baju kemejakacak yang tengah HOT sekarang?

Of COurse..Tadaaaa!!

Ragez Jacket sesuai untuk kemana-mana sahaja


T-Shirt berkolar tentunya sesuai untuk ke kelas


Damon's V-neck Tee.Simple tapi Stylo.Saya sendiri pun beli satu.



Kemeja Lexie.Jualan kami yang paling laris setakat ini.masih soldout.Masih
menuggu restock dari supplier.Sorry ya.


 Gibbons.Kemeja Lengan pendek amat sesuai untuk kekelas 
mahupun shopping di pavi.


The Victors.Gaya simple tapi menarik bukan?


Dan Akhir sekali..Memperkenalkan owner blogshop..

Iz Kiz

P/S : owner blogshop tidak boleh dibeli okay.T_T
P/S/S: juga owner kizgarden.blogspot.com (personal blog)


Jadi,apa tunggu lagi,mulakan langkah pertama anda sekarang dengan menekan papan kekunci(keyboard la) laptop ataupun PC anda dan taip..


Tukang Tanya: Hee.Lepas ni bolehlah saya pergi ushar gadis..

Oit!!

Masih Ada Plan B, Mari baca!