Wednesday, November 2, 2011

Lelaki Oh lelaki

Pernahkah anda mempunyai perasaan tiada keyakinan diri dalam sesuatu masa?
Pernahkah anda tiba-tiba rasa lain macam apabila berjalan-jalan di 'The Garden'Mid Valley?
Pernahkah anda merasa tidak yakin ketika kena buat 'presentation' depan pelajar lain?
 Ataupun disaat anda ada peluang untuk men'ushar' seorang 'awek cun' tiba-tiba anda berasa gugup?

Yup.Of course,semuanya itu datang daripada penampilan diri kita.Kita sendiri boleh tahu penampilan kita sendiri bagaimana.Selekeh atau Kemas.Sempoi atau Rugged.Dengan penampilan yang BIJAK,maka akan lahirlah suatu KEYAKINAN yang tinggi dalam jiwa dan raga kita,amboi.

SO,disini,kami akan membantu anda melakukan perubahan ke arah lebih KACAK,lebih TERAMPIL,lebih YAKIN.

Memperkenalkan....[Drrrr..Drrr...Bunyi Drum]

Blogshop KEMEJA KACAK , lebih KACAK,lebih YAKIN.


Satu-satunya blogshop yang menjual 100% barangan lelaki.Daripada baju T-shirt,Baju Collar,Jacket hinggalah ke Tali Pinggang sekalipun.Tak percaya?Sila lah kelik KEMEJA KACAK ini sekarang.

Tukang Tanya: Err,tapi saya student,manalah nak ada duit banyak-banyak nak beli baju kalau harganya  RM50 RM60.

HARGA??Yup of course,dengan misi kami nak memberi keyakinan pada diri anda , kami memang akan sentiasa meletakkan harga serendah mungkin.Terus terang,Blog kemejakacak memang tak ambil untung banyak pun.Ini serius.So,anda tidak perlu risau lagi tentang harga okay.Masih belum percaya?Sila lah kelik KEMEJA KACAK ini sekarang.

Tukang Tanya: Takde promosi ke buat masa sekarang ni?Sale ke?
Promosi OH promosi.Jangan risau sebab kami memang tak akan berhenti buat promosi selagi ada kudrat,selagi akal ini masih mampu berfikir.Contohnya,buat masa sekarang,kami akan bagi discount jika anda membeli 2 Item atau lebih daripada blogshop kami.Dan untuk akan datang,insyaALLAH akan diadakan FREE POSTAGE untuk semua barangan.

Tukang Tanya: Err,boleh tak saya tengok baju-baju kemejakacak yang tengah HOT sekarang?

Of COurse..Tadaaaa!!

Ragez Jacket sesuai untuk kemana-mana sahaja


T-Shirt berkolar tentunya sesuai untuk ke kelas


Damon's V-neck Tee.Simple tapi Stylo.Saya sendiri pun beli satu.



Kemeja Lexie.Jualan kami yang paling laris setakat ini.masih soldout.Masih
menuggu restock dari supplier.Sorry ya.


 Gibbons.Kemeja Lengan pendek amat sesuai untuk kekelas 
mahupun shopping di pavi.


The Victors.Gaya simple tapi menarik bukan?


Dan Akhir sekali..Memperkenalkan owner blogshop..

Iz Kiz

P/S : owner blogshop tidak boleh dibeli okay.T_T
P/S/S: juga owner kizgarden.blogspot.com (personal blog)


Jadi,apa tunggu lagi,mulakan langkah pertama anda sekarang dengan menekan papan kekunci(keyboard la) laptop ataupun PC anda dan taip..


Tukang Tanya: Hee.Lepas ni bolehlah saya pergi ushar gadis..

Oit!!

Monday, October 10, 2011

Cerita ANNIVERSARY

Assalamualaikum.

Apa khabar? sihat? Lama tak jumpa.Tak tahu lah sebab nya tapi ya Allah nak buat entry jadi draft je.Apahal entah.Maka di kesempatan masa untuk menulis entry ini marilah Kiz nak cerita tentang anniversary sempena ANNIVERSARY 3RD YEARS KIZ GARDEN!.(semua family dan kawan-kawan asyik cakap ni kalau kawin dah ada anak.motif?).

ok mula-mula cerita ANNIVERSARY.


Tahun ini paling simple.Tahun ini paling sederhana.Takda Kek apatah lagi sambutan seperti selalunya.Kenapa?Bukan sebab cinta dah tak berbunga cuma tidak punya masa sempurna.Dah duduk jauh,sekali jumpa banyak hal yang lebih jadi keutamaan.I LOVE U , U LOVE ME ok dah tahu macam tu terus bincang biz, tentang kerja tentang semua.But hari bahagia harus juga di raikan walau sekecil mana pun jadinya.Konon-konon nak makan something something yang tak urban yang sederhana maka marilah pergi kedai MEE KETAM KUALA LUMPUR.tapi kat Shah Alam je pun.Sekali dapat aduhai nasi goreng pakai perencah, sup tawar macam air masak.Memang aku wonder apesal JJCM datang sini?musykil musykil.Tapi takpelah.Oh ya, yang istimewa kali ni, ibu kechix ada sekali raikan.Ecewah nak cakap dah di restui hubungan lettew.

3 tahun yeayy us!

2 budak hitam.

ibu kita.

nasi goreng ketam guna perencah maggi.

meehon sup ketam.




P/S :  
Gurls Fashion : www.kedaikiz.blogspot.com
Men Fashion  : www.kemejakacak.blogspot.com  ( NEW blogshop by Kiz )

Monday, October 3, 2011

Cintaku tertinggal di Shah Alam.

Assalamualaikum.

Hai seperti yang semua dah sedia maklum, kechix dah duduk di kampung semula.Dekat kota tinggi johor la mana lagi oh kampungku tercinta.Tapi rupanya 2 tahun di Shah Alam rupa-rupanya telah banyak benda yang menjadi kecintaanku. Sekarang di kampung dok terkenang-kenang. Itulah ibu suruh duduk je terus praktikal kat situ takmo.Hasrat hati nak duduk kampung puas-puas sebelum benar-benar berhijrah.

Dan apakah kecintaan ku yang tertinggal.Mari kita bongkar.pehh bongkar terus.Macam buka gobok pastu bongkar baju nenek konon nak cari baju vintage tapi oh nenek ku dulu bekas guru mengaji maka memang tak kan kau jumpa skirt ke hape.Eh ok jom.

1) Iz.


Si Cinta hati ini memang sudah tertinggal di sana.Menyambung sisa pengajian. Satu lagi nikmat dunia yang kini jauh.Hee nikmat dunia sebab separuh hari kechix ketawa sebab dia ini. Dah takde lelaki nak layan kechix nak makan itu ini.sobss.

2. Bisnes.

Kalau di Shah Alam lagi banyak peluang nak jual itu ini berniaga yang menjadi kecintaan Kiz.Kat kampung peluang tu memang ada tapi bila ibu sarankan marilah kita bawak shawl tu rumah ke rumah, macam takut kena halau pulak.Eheh comel lah ibu ni.Kat johor ni mana lah ada orang nak bukak booth ke ape ke. Paling kurang pun pasar malam yang hoh siapa nak beli skirt polkadot tu?boleh tolong jawabkan?


Rindu booth Kedai Kiz.Rindu skirt-skirt polka itu juga.
3. Fashion.

Bila kita di kampung, kalau nak berfesyen berbelt bagai memang kau kena fikir 18 kali sebab sekali kau keluar dengan fesyen yang walaupun kalau kau upload gambar di fb semua orang akan puji wah kau cantik unik or watsoeva tapi jika di kampungku, aku keluar macam bogel nih.Walaupun kagum mungkin tapi semua pun akan pandang semacam.Cuba kalau kat SA kalau kau pakai jeans dengan tshirt lalu sebelah fashionista memang boleh lari masuk toilet nangis sebab rasa diri sungguh tidak punya citarasa.

rindu baju ni.kelihatan seperti belasan tahun.
4. Tempat menarik.

Rindu Ikea rindu sunway rindu tasik keliling SA rindu pkns rindu Lontong klang rindu nasi lemak cinta sayang rindu rindu rindu.Wah nampak tak betapa rindunya dekat tempat-tempat tu semua.Bilakah kita akan bersua lagi?
saya rindu meatball tu je.

4. Friends.

Sejak duduk SA sejak bisnes kat sini, maka kawan-kawan rata-rata dari sini.Sampaikan Iz cakap kita buat reception dekat SA sebab sorang sorang johor sorang ganu tapi kawan kat tengah-tengah. Oh rindu lagi.

makan dekat atas rumput pun boleh jadi kenangan manis.




Nampak cukuplah di situ kecintaan ku buat masa ini. Tapi hujan emas di negeri orang walau harga emas turun cintaku pada kampung halaman tiada tolok bandingnya. Hari-hari pergi tempat praktikal ibu akan sediakan sarapan yang ya allah enaknya dan lambai sampai saya hon kereta.Indah indah.Ok jumpa lagi.Kalau datang kota tinggi roger kechix ye.

jeti di kampung yang amat di cinta.Kalu stress datang sini boleh terus tenang.
                                Sampai berjumpa lagi Shah Alam. Gonna miss u so much.

Wednesday, September 14, 2011

Akan Tiba.Big Event.


Inilah big event nya.YEAYY.please Yeay sekali semua.Tepuk tangan untuk tahun ke 3 KIZ.

Semoga Sampai Tua ye cinta kita.eceewah.Tak pandai nak geli-geli.Tapi apesal time gaduh macam akan keluar ayat seperti cinta kita.jangan pernah kau curang. :P

Insyallah chix akan pergi shah alam.Kiz akan sambut di Kolompo.Pergi beraya dan settle kan hal bisnes.Maka doakan yang terbaik untuk kiz, bisnes kiz, urusan perkahwinan.oppss..AMINNN..

Thursday, September 8, 2011

Hot Dress For Gurls ( Limited Stock )

Hot Dress?Limited Stock?Yup,Soo cepat-cepatlah berebut untuk memilikinya sementara 'barang hangat' masih ada di Kedai Kiz okayh. Macam-macam jenis ada,from Dress,Long Dress,Pants hinggalah Big Sleeve Style.Nah kat bawah ni Kiz bagi Review Cket Dress-dress yang diperkatakan tadi untuk tatapan anda cheeewah...




Untuk Review ni Kiz saja tak upload semua gambar-gambar yang ada.Actually ada lagi beberapa dress lain yang Kiz belum tunjuk.So,nak tengok?Nak tau lebih detail?Berminat?

Jom kita ke www.kedaikiz.blogspot.com sekarang ATAU kelik link ni okayh.

Monday, August 29, 2011

Bukan malam terakhir kita.

Assalamualaikum.

Entry kali ini memang dah tergendala buat kali ke tiga.Ini pun sempat-sempatkan update sebab belog dah macam anak terbiar.Dah la namanya taman.Memang dah semak samun penuh lalang. Berikutan raya bakal menjelma, suasana dah terasa maka bila pulang ke rumah jumpa ibu bapa kena kemas rumah kena lap kipas kena kopek bawang kena pergi bazaar dah jadi agenda utama.Ya dan bye belog lagi tidak terjaga.

Dan berakhirnya ramdhan ini,maka secara rasminya juga Kiz akan terpisah jauh.Biasalah kan, lepas setahun dah macam acara rasmi pulak.Again, long distance relationship.Tapi insyallah kali ini 4 bulan sahaja.

Sebelum berpisah mestilah kena raikan.Ajak rakan taulan bagi memeriahkan.Aina sahaja tapi yang datang.Makan steamboat jadi pilihan.Lepas tu bergambar sakan.Lepastu bye selamat jalan.Eh mestilah ada hadiah perpisahan.Dari kechix, novel Mikhail by Ramli Awang Murshid untuk santapan kelapangan.Dari Iz, bekas aksesori bergaun polka pink.

Layan kan gambar lagi afdhal.

ok comel sangat namapak terus merengek mintak belikan.sungguh kanak-kanak.

oleh kerana iz dah mula minat baca novel, hadiah buku ini rasanya paling tepat.Jangan lupa dapatkan.Terbaik!

Reaksi sebegini ketika nampak makanan adalah biasa.Muka iz macamtu sebab dia demam.Kalau tak lagi cemerlang aksinya.

kiz dan bff.Suka bersama makan gelak ketawa.

Nak manja-manja pless.

Dan untuk itu, Kiz akan berpisah seketika.Tapi Insyallah jauh atau dekat, bisnes akan berjalan seperti biasa.Maka nantikan update dari kami.Bye..

With love,
Kechix Kiz.

Tuesday, July 12, 2011

Sinopsis Juvana Episod 12.Best.

Aish dah lama tak review drama/movie tiba-tiba datang rasa kekok macam tak pernah menaip.Okay kali ni Kiz nak bercengkereng dengan korang tentang sinopsis Drama juvana TV3 arahan Faisal Ishak yang cool untuk episod ke-12 which mean dah tinggal lagi episod before drama yang meletop-letopkan kakiku yang baru tercucuk mata parang time tolong mak tadi.Auch!

Okeh now lets get straight to da point.

Sinopsis Juvana TV3 ( Episod 12 )

Start je drama ni kelihatan guard kaki pukul,(entah apa nama dia lupa pulak kiz) datang nak buat deal dengan botak.Dia nak botak jadi mata-mata dia tolong tengokkan Si Daim.Okeh now lets skip part-part yang agak tak perlu cerita macam daim lepak ramai-ramai dengan 'geng-geng' barunya sebelum hari final debat keesokan harinya.

. . . . . . . . . . . . . . 

Hari final debat bermula.Masa tu lah,lebih kurang 15 minit sebelum Group sekolah juvana bertanding , Daim tercurik-curik dengar pergaduhan/perbualan antara guard kaki pukul dengan Warden Raja yang tak berapa nak raja sangatlah.Guard ugut Warden raja dia akan bagitau pihak media dan dato if dia tak naikkan percentage duit yang patut dia dapat dalam aktiviti penyonglapan dana sekolah juvana yang diperoleh.Then,Kantoi,lepas tu jugak lah Daim dapat tau yang rupanya Warden Raja tak ambik endah lansung habuk pun pasal kesnya.

Daim dengan sengaja hatinya bagi Sekolah Juvana kalah dalam pertandingan debat final tu supaya dapat memalukan Warden Raja yang dibenci-benci oleh Kiz dan masyarakat penonton yang lain.Akibat daripada tu,Daim dibenci semua kengkawannya termasuklah Si Apek.Botak mula nak ambil peluang which mean Botak dah jadi jahat balik.Baru nak tengok dia baik sekejap ek..Last skali,Daim dah tak tahan sangat perasaan yang berbuak-buak nak ceritakan rahsia yang dia tahu,dia pun kecahkan jugak rahsia tu kat Cikgu Zakiah then Kengkawan dia.

Daim dapat balik kawan-kawan dia.Botak curi dengar rahsia yang Daim bagitau.Cikgu Zakiah curi-curi masuk bilik tuan wira then captcha klik klik beberapa keping gambar yang boleh dijadikan bukti perbuatan jahat Warden Raja dan sekutunya.Daim and da geng dipukul dan dipenjara beramai-ramai.Dalam waktu yang hangat dan genting tu,ceehh,cikgu Zakiah sempat ajak Cikgu bajek baik(juga lupa nama dia) buat report polis pasal angkara Tuan Wira Siot tu.Dalam masa yang sama,harapka pagar,pagar makan padi,cikgu bajek baik tu terkup mulut Cikgu Zakiah sampai pengsan...Bersambung

Jadi,siapa lagi yang akan menuntut bela,menegakkan keadilan yang berlaku sedangkan kesemua hero dan heroin-heroin telah tertangkap?Adakah penindasan ini akan tiada penghujungnya?Mungkinkah Cikgu Zakiah akan dirogol?Jom sama-sama nantikan episod Juvana TV3 yang akan datang.Episod terakhir tak silap kiz.

*Sedia maklum bahawa sinopsis ni Kiz tulis sendiri dan tak copy dari mana-mana sumber,jadi jika mahu copy sila bagitau dulu ok.Sharing is caring like a sibling(ending post mesti mengarut jugak,aduyai..)

Yang kuat menaip,
Izz ( KiZ )

Masih Ada Plan B, Mari baca!