Friday, November 6, 2009

sekadar.


Kita berubah mengikut waktu.masa selalu membuat kita dewasa.kadang-kadang kita tidak ingin tapi kita perlu.teringat waktu kami mula-mula menulis entry,komen yang diterima semua berbaur negative.oh.macam-macam.seperti nak kata suka hati tapi sebenarnya tidak boleh.pandangan orang kadangkala sakit tapi sebenarnya ia menyempurnakan.

Masa dulu mula-mula blog kami memang seperti entah apa-apa.ada yang kata jiwang.ada yang beritahu geli aku.reaksi spontan dari kawan yang agak baik juga agak sinis.untuk apa kau ada blog?nak tunjuk kau bahagia sangat?nak bagitahu mereka kau ada pakwe?terkedu tapi mencari jawapan yang sebaiknya.jawapan kami.kalau itu yang kamu maksudkan,terpulang.aku rasa tak salah.mungkin itu cara yang buat aku bahagia.

Kekok pada mulanya dan sekarang makin selesa.tanya lah pada siapa-siapa tidak semua dapat bermula dengan baik.kami semakin tidak jiwang.macam perasaan kita.kalau awal-awal berchenta mesti rasa teruja lagi-lagi kalau kita rasa pilihan kita tepat pada kita.tapi lama-lama perasaan itu mula terkawal dan akhirnya makin sebati.

Bila orang taknak kita jiwang.maka kami taknak jiwang.sebutan perkataan mencair menjadi lebih rasional.sukar.bahasa chenta terlalu signifikan.bila sebut tentang chenta mesti tidak dapat dipisahkan dengan perkataan kasih.hati,jiwa,sayang apatah lagi.sekarang luahan rasa semakin jarang.tidak mahu di label dengan perkataan yang kami pun tidak mahu dengar.dan alhamdullillah blog ini menunjukkan peningkatan di rating nufnang.sesuatu yang kami tak jangka jauh mahukan.terima kasih.dan sebenarnya sangkaan kami adalah tiada orang yang membaca.kami jarang memberitahu kawan-kawan terutamanya yang kami punya blog.biarlah.segan.malu.malu kalau beritahu jawapan sama seperti kawan yang kami sebutkan dia atas tadi.

Tapi sebenarnya,kami masih menyulusuri soalan dengan dalam-dalam kenapa blog ini di buat.adakah bila ada kawan yang tiba-tiba mahu blog ini di padam kerana muak dengan kata chenta yang menjengkelkan maka kami harus menurut segala?ada sesiapa boleh tolong beritahu?masih relevankah?

Soal chenta,hati tak boleh bohong.

Soal hati,hanya kita yang tahu.

2 comments:

atiq halui said...

biar la owg lain nk ckp pe..
y pentg korg bhgia slalu..
kt ske bce blog korg..
sweet, ade nasiht..
terskn la ea.. (",)

Para Jamaludin said...

hah,bagus2.
pakwe ko men gtar? aku pun yaww~ hehe

Masih Ada Plan B, Mari baca!