Monday, November 16, 2009

Pengalaman TerHEBAT!!

Bak Kata orang, mengembara ni menimba pengalaman baru..Betulkah??Untuk menjawab pertanyaan ini,Iz dan Chix dari Kiz Garden crew tanpa berlengah-lengah lagi cuba untuk menkaji misteri yang menimbulkan seribu tandatanya ni (oopss,Kiz da mula mengarut).Ok.Berbalik pada tadi,sudah tentu kita semua ada pengalaman yang tersendiri bukan,ada pengalaman yang mengembirakan?Pengalaman yang sedih?Hiba?Menarik?Pengalaman terHebat?,Hmm..Memandangkan sekarang ni banyak benda yang hebat-hebat,Kiz kali ni mungkin agak teruja untuk menceritakan pengalaman Kiz yang terHebat setakat ni..

Bab 1 : Segamat dan UiTM

Semua dah bersedia nak dengar cerita ni??Ok,jom..Ceritanya bermula pada 12hb November petang dimana Chix dengan bas berkelajuan 90km/sejam(m
ain bantai je ni) tiba di Stesen Bas Segamat yang Gah dimata dunia ( WAH! ),Ok. Pengalaman Hebat 1: Chix terpaksa tunggu hampir 2jam sebab kerete sewa yang ditempah Iz sampai lambat,sory yah cayangku..
Lepas tu,Kiz terus bergegas ke St
esen Keretapi pula untuk membeli tiket train dan akhirnya keputusan telah ditetapkan bahawa Kiz akan menaiki 'Train' pada pukul 1.50 am.

Tiba di UiTM segamat,Kiz asyik bersembang sambil men
ikmati makan tengahari berupa nasi lemak(Iz) + Laksa Penang ( Chix ) + Pau Panas ( Iz dan Chix)..Sembang punya sembang,Jam dah menunjukkan Pukul 5 pm.Macam tak percaya,Kiz menghabiskan masa hampir 3 jam bersembang sambil-sambil menunggu ketibaan Husni.(p/s : Untuk pengetahuan semua, Kiz masa ni masih belum tidur sejak malam yang lepas kerana iz study untuk papernya yang terakhir dan Chix sibuk mengemas barang-barang dan membuat clearance)..Iz terus balik ke bilik untuk mengemas beg dan loker yang penuh dengan barang-barang,Sempat juga iz membuat lelongan baju-baju yang tak terpakai walaupun tak laku.Chix pulak berisirehat dibilik Husni sambil berbual-bual bermacam-macam hal ( Hal perempuan la tu kot? )

BAB 2 : Stesen
Keretapi 1

Jam 10.00PM.Prot (Driver) & Kelah(Kopilot) dah ada, Beg da lengkap, Kereta dah ada,Tapi rasa ada yang tak k
ena,tak tau kenapa,mungkin berdebar-debar sebab excited nak mengembara ni tak?Ok.Tak kisah lah pasal tu,Prot terus pandu kereta ke uptown untuk mengambil Chix yang dah dekat 10minit menunggu disitu,Sori lagi sekali yah .Selepas itu,Perjalanan ke stesen keretapi diteruskan lagi sehinggalah Kiz tiba disebuah stesen minyak Petronas.Masa tu barulah terjawab pertanyaan tentang apa yang tak kena tadi,rupa-rupanya Iz terlupa nak ambil balik sarung yang berisi kad pengenalan, kad maybank dan macam-macam lagi.Kita ke Pengalaman HEBAT 2 : Kiz berpatah balik ke UiTM walaupun sudah hampir separuh perjalanan telah dilalui dengan penuh tabah untuk mengambil kembali kad iz yang tertinggal ( Sori untuk Prot sebab kena drive balik ke UiTM dan kembali ke Destinasi yang dituju iaitu stesen keretapi).

Tiba di stesen keretapi, Kiz dengan perut yang 'seperti sedang mengadakan konsert Rock Linkin Park ' terus menuju ke restoran yang berdekatan untuk mengisi perut.Makanan Kiz Kali nie ? Nasi Lemak + Nasi Goreng + Telur + Teh Ais?Sedapppp juga..Ok.Perut dah kenyang,jam dah menunjukkan pukul 11.30pm,Kiz terus ke stesen keretapi untuk menunggu keretapi yang dijangka tiba jam 1.50am.Suasana kat stesen nampaknya sangat sunyi dan agak seram ya.Kelihatan 1,2 pak cik tua yang agak lain dari yang biasa kita lihat..Tapi tak mengapa,Kiz Masih dalam keadaan terkawal dan dengan rileksnya membuka laptop untuk menonton rancangan spontan.Baru lebih kurang 5 minit bergelak ketawa melihat gelagat peserta spontan,
Pengalaman HEBAT 3 : Seorang pak cik tua yang dari segi rupa dan susuk tubuhnya mungkin berumur dalam 58 tahun dengan matanya yang merah tiba-tiba menuju ke arah Kiz dan bertanya , Cerita Lawak ke tu?Iz mula rasa tak selesa kerana gelagat pak cik tu agak pelik dan seperti kurang waras.
Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Kita ikuti Post blog Kiz yang seterusnya Ok sebab bermacam-macam pengalaman lagi yang Kiz lalui lepas tu...P/s: Cuba teka apa yang akan berlaku seterusnya?




2 comments:

KizZ said...

tq cik epal 4 ur comment...t bc post yg baru taw..huhu..^^

Dunia Mommy Comel said...

nice story but dunno wat wld b happen?? just wait n c ur post later on

Masih Ada Plan B, Mari baca!