Dalam hidup,kita memang punya kawan.kalau namanya adalah kawan maksudnya kita baik dengan dia.tidak kiralah baik macam mana pun,yang penting,kita berkawan dengan dia.
Kita tidak di lahirkan terus punya kekasih.maksudnya lahir-lahir terus ada pasangan menanti kita.tidak.tak tahulah kalau ada.ok.kita membesar dan akan berjumpa ramai kawan sebelum kita punya kekasih.sebenarnya mencari kekasih sambil kita berkawan.kan.dan sebenarnya kekasih kita bermula dari kawan kita sendiri.ok faham kan maksud kami?
Tetapi tidaklah semua kawan (berlainan jantina ) kita mahu jadikan kekasih.kita mencari.mencari yang serasi.dalam pencarian kita sebenarnya,kita berjumpa kawan baik dahulu sebelum kita berjumpa kekasih.ya.kawan baik.kawan baik kita ada lelaki dan ada perempuan.ada yang kita sangat baik.kita baik sangat dengan dia.belajar bersama.keluar bersama.kadang-kadang meluahkan masalah.adakala bergosip,ketawa gembira bersama.semuanya kita lakukan bersama sebelum kita berjumpa pasangan kita.dan perkara yang terjadi setelah kita berjumpa pasangan adalah kita mulai renggang dengan dia.dia maksudnya kawan baik kita.lagi-lagi jika kawan baik kita adalah berlainan jantina.dan huraian panjang berjela diatas sebenarnya jika hendak di pendekkan adalah jika kawan baik anda berlainan jantina.iaitu apabila anda perempuan,kawan baik anda adalah lelaki.dan sebaliknya.
Ok.begini.kebanyakkan dari kita,apabila sudah berpunya,kawan baiknya adalah sama jenis.pasangan kita selalunya tidak selesa jika ianya berlawanan.ok.bukan pasangan kita sahaja.tetapi kita sendiri juga sebenarnya.walau kita menolak tetap ada sekelumit juga rasa cemburu bersarang. Dan selalunya kita terpaksa berkorban.memang chenta memerlukan kita berkorban.memang dan memang.kadang-kadang kita yang tidak perasan.antara memilih kawan baik dan pasangan selalunya yang terkorban adalah kawan.kita tidak putus kawan.tetapi kalau putus kasih,kita putus terus.kawan yang baik akan faham situasi begini.walaupun kita tidak jelaskan,selalunya dia akan faham.kalau dia tidak faham sekarang,semoga satu hari nanti dia akan faham.bukan membuang kawan,tapi tolonglah faham.kita Cuma mahukan yang terbaik untuk pasangan kita.ya.kekasih kita.kalau berjumpa tidak sengaja,kita masih boleh bertegur sapa ketawa bersama jika ada lawak jenaka.tapi untuk mesra manja walau ia sekadar kawan mungkin akan ada hati kecewa.perubahan kita mungkin sukar di terima kawan kita tapi percayalah jika dia di situasi kita,mungkin dia akan mengambil langkah yang sama.
Kita bercakap berdasarkan pengalaman.dan ya.cerita dia atas adalah pengalaman kami.siapa kawannya biarlah hanya kami yang tahu.memang kami berdua punya pengalaman ini.rasanya sekarang,kawan-kawan baik kami sudah mula faham dari riak muka mereka.tapi rasanya mereka tidak membaca blog ini.
Maaf.ini cuma rasa hati kami.kalau ia berbeza dari anda,itu cerita anda.dan sebenarnya kami sayang kawan-kawan kami.semua.
mereka 'kawan baik' kami.baik-baik sahaja.
1 comment:
its an honour dear to be in the list of ur best fren!
Post a Comment