Wednesday, August 5, 2009

perniagaan

dan demi kiz production,maka entry ini tercipta.berniaga.meniaga.diniagakan.maka itulah.perniagaan kami.bukan cakap kosong.bukan juga omongan.kami benar-benar serius dalam kerjaya ini.atau lebih tepat,perniagaan kami.tersasar dengan ilmu yang di tuntut bukan perkara besar.memilih perniaagan sebagai mata pencarian bukan juga perkara mustahil walaupun kami memilih bidang matematik.perniagaan adalah ilmu dari pengalaman.

kadang-kadang kita di tipu.kadang-kadang kami rugi.kadang-kadang kami untung banyak.tidak sedikit pun kami terlepas dari semua godaan perniagaan.semua ancaman perniagaan.langsung tidak pernah terfikir untuk memadam niat jauh sekali untuk berputus asa.kami seakan bersedia.ini baru permulaan.bagaimana dengan cita-cita kedai buku,kedai iklan,kedai fotostat dan bermacam lagi angan untuk memiliki satu empayar perniagaan yang besar.nampak seperti mustahil.maka segala macam doa kami titip agar kami berjaya.cabang rezeki itu salah satunya adalah perniagaan.maka kami juga memilih cabang rezeki ini.

berbalik kepada perniagaan sekarang yang dilakukan oleh kami.iz sedang bertungkus lumus memastikan segala jenis tshirt dapat laku di jual.kecik pula menjual shawl.kawan-kawan sila beri sokongan.perniagaan broadband masih berjalan.dan sebenarnya begitu banyak lagi sedang kami rancang.belum di lancarkan sahaja lagi.bakal perniagaan adalah handmade beg yang akan di jual hanya pada musim cuti semester.preview beg sudah di tunjuk.kawan-kawan sekelas kecik sudah ramai yang menunjukkan minat dan masing-masing sudah memberi design untuk kecik buat bersama nani.terima kasih.terharu.edaran katalog design tshirt juga sudah diedarkan kepada semua runner.terima kasih runner.harapan,semoga dapat di realisasikan.

walaupun perniagaan kami kadang-kadang hanya cukup untuk membeli 2 set kfc,kami masih bersyukur.tiada siapa yang akan memberikan kita walaupun seringgit dengan sesuka hati.dan segala usaha menyeluruh kudrat harus do laksanakan.harus kuat.harus tidak patah semangat.tidak juga menangis.

dan sekali lagi harapan di utarakan.kami mahukan empayar sendiri.mahukan rezeki dari usaha kami.dan dengan restu kedua ibu bapa,maka semoga segala impian perniagaan dapat kita gapai.

1 comment:

atiq halui said...

cik, beg pe y ko jual??
nk gak tgk phamplet..

Masih Ada Plan B, Mari baca!