Showing posts with label tips info. Show all posts
Showing posts with label tips info. Show all posts

Friday, December 2, 2011

OH BUDAK PRAKTIKAL ! ( 5 perkara wajib di buat!)

Ooooo budak praktikal..Ingat tak lawak Nabil Maharaja Lawak tentang budak praktikal? Hehe masa tengok tu tak rasa lah apa-apa BUT now chix dah praktikal baru lah tahu hakikat sebenar rutin budak praktikal.Dan benarlah kata bang bil tu tentang budak praktikal.

So marilah cekidaout 5 PERKARA WAJIB UNTUK BUDAK PRAKTIKAL

FOTOSTAT ! FOTOSTAT ! 

Kalau tak kena buat perkara ni bukan budak praktikal lah kan. Hari pertama lagi kau dah akan di perintahkan memotostat segala dokumen di ofis. Pagi-pagi samapi lapor diri lepastu rasa memang perkara pertama di ajar lah ni. Dan sehingga beberapa bulan anda di situ anda akan siap terer repair lagi mesin fotostat tu.

BUAT AIR !

Ni kalau gadis-gadis yag praktikal ni memang wajib lah buatkan supervisor/ boss anda buat air teh/kopi/nescafe/radix. Maka wahai gadis-gadis sekalian, sebelum lapor diri tu apakata praktis buat air sedap-sedap ya. Probabiliti anda akan membancuh air untuk boss amat tinggi.

PUNCH CARD OH PUNCH CARD !

Budak praktikal memang kadang-kadang agak di buli sedikit.Lagi-lagi bab punch ni.Dahlah tak boleh datang lambat bagai, pehh kalau boss/ officemate mesej pagi-pagi jangan pelik sangat ya sebab selalunya akan suruh u olls punch kan mereka. Oppps jangan kantoi sudah !

POSMEN PUN BOLEH !

Yeahh posmen pun boleh. Setakat hantar memo/surat/fail kat building lain, naik turun lif/tangga takda hal la der siapkan jelah kekuda tu der bagi kuat. Nak menolak kang kau yang kena delivery balik rumah siapa nak jawab beb.

GANTI MENGGANTI !

Ni salu jadi bila bab-bab kursus/ seminar/ ceramah. Pergi jelah weh.Dapat makan free kot.Chix hari ni kena jadi pengurus bola jaring tak memasal semuanya kerana ganti mengganti.Layannn..


TUKANG CATAT/ SETIUSAHA !

Mungkin tak selalu kena tapi chix memang hohoi segala meeting aku kena catat minit mesyuarat lepastu buat lagi edarkan semua.Dahlah kena faham segala struktur perjalanan syarikat kalau tak tercengang-cengang lah tak tahu nak catat apa.Yeah time ni lah segala tulisan purba akan keluar.


Itu sajalah nampaknya Keluh kesah kak esah budak praktikal.Tapi sebenarnya Praktikal banyak mengajar dan memberi pengalaman.Sebelum kita jadi di atas haruslah bermula di bawah kan. Nanti dah jadi Boss barulah boleh hargai orang bawahan betapa penatnya mereka.

Kak Esah bukan nama sebenar,
Chix !

 sambil-sambil tapau air tu, meh singgah sat kat KedaiKiz..BEST blogshop nih!

Thursday, November 24, 2011

Dilemma.Nak Jaga Kesihatan ATAU Jimat Duit?

Ahah,kalau tiba-tiba ada orang tanya korang soklan ni
"Nak jaga kesihatan atau nak jimat duit?"

Apa agaknya jawapan korang?

Ahah.Dilemma betul tak?Nak pilih yang mana ni??

Well, Kiz akan pilih saya nak kedua-duanya sekali.Wow.Camne tue..Hee segalanya boleh leh selesai dengan meminum air suam ATAU ais kosong tiap-tiap kali anda makan di warung atau kedai makan.

Kenapa.Kenapa dan Kenapa?

Kenapa Kiz cakap minum air suam adalah penyelesainnya? Okeh dari segi penjimatan, Cuba korang bayangkan contohnya dalam masa satu hari, kita akan makan 2 kali yang kebiasaanya tengahari dan makan malam. Setiap kali kita makan(bagi yang makan kat luar), kita akan order satu minuman yang manis-manis dan sodap sodap macam teh-ais , limau ais dan sebagainya. Teh Ais sekarang kalau kat Shah Alam ni paling-paling murah pun Kiz rasa dalam RM1.50 la kan.

Eh nak mengira mestilah hepi, Kiz kan budak Math-lah-sangat


So kat sini jom kita buat kira-kira cket memandangkan Kiz dari jurusan Math(eceeh macam gampak je ko).

Teh Ais = RM1.50
Sehari = 2 x Makan = 2 X Minum = 2 X RM1.50 = RM3.00
1 Bulan = 30 Hari = 30 X RM3.00 = RM90.00

SEE??Kat situ kita boleh nampak dengan minum air manis kita dah  menaburkan RM90.00 camgitu je. So, cuba bayangkan kalau kita tukar dia dengan Air Suam yang harganya RM0.20 ataupun FREE sahaja (bergantung pada restoran). Kita dah boleh jimat sebanyak RM90.00 tau. Banyak tu, boleh guna buat bayar Bil rumah sewa ke ape ke. Hah tapi nanti dah ada duit lebih tu belanja la Kiz cket ye..hihi.

Ini bukan Kiz punya air mineral.Pak Cik Google punya


Lepas tu dari segi Kesihatan pulak.

OK dari pembacaan-pembacaan yang Kiz buat dan pertanyaan-pertanyaan , temubual bersama Pak Cik Google yang disayangi ni, Kiz dapati(wah dah macam penyiasat lah pulak) air suam ni dapat membantu kita dalam menjaga jantung kita yang penuh dengan masalah ni, lagi-lagi para perokok di luar sana tu. Lepas tu, diorang ada cakap(tulis sebenarnya) lagi, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Kesannya proses pencernaan akan menjadi lambat untuk mencerna(apekah?) lalu lama kelamaan berpontensi untuk mewujudkan kanser dalam badan. Haa takut tak?Kiz pun dah cuak dah ni selalu minum ais even ais kosong.

Lepas tu ada banyak lagi kebaikan dia.Boleh baca kat sini.

SO itulah dia penyelesaian kali ini untuk masalah " Nak Jaga Kesihatan Atau Jimat Duit ".

Jari Menaip,
Izz

sambil-sambil minum air suam tu meh la singgah blog Kemeja Kacak. Macam-macam ada maa

Tuesday, December 28, 2010

Kuasa Seorang Wanita

Eh siapa kata ultraman je yang boleh keluarkan kuasa laser?
Siapa kata 'spiderman' je yang ada kuasa luar biasa?
Siapa kata lelaki je orang paling berkuasa kat dunia ni?

Eh korang tak tau ke?Perempuan,boleh runtuhkan sebuah empayar besar,
camgini(petik jari) je tau. Haa..

Kuasa 1:Kuasa Pujuk Rayu

Ok kat bawah ni beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh
LELAKI disebabkan oleh daya pujukan(kuasa pujuk rayu):

1. Napolean Bonarparte dan Josephine

2.Anthony dan Cleopatra

3.Hitler dan matahari

4.Samson dan delila

5.Abu Lahab dan Hendon

Kuasa 2: Kuasa Kejelitaan Perempuan
Para lelaki sila masuk dalam peti ais sekarang sebab anda sedang 'cair'
Yang ini semua pun tau rasanya.Sudah ber'century' lamanya , kejelitaan
ataupun ke'HOT'an perempuan memang terbukti banyak mencairkan
para-para jejaka kacak dan tak kacak diluar sana. 

Sampaikan ada yang sanggup bunuh diri apabila pen'tackle'an mereka
ditolak hidup-hidup oleh sang jelitawan. Dan ada jugak kecewa sangat 
sampai nak rogol perempuan tu.Wah,kena berhati-hati jugak ya nak 
guna kuasa yang kedua ni.

Pastu,kuasa kejelitaan ni boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi
kepada ALLAH di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami
dalam hal-hal yang diredhai ALLAH.

Jadi kepada Isteri-isteri di luar sana,bolehlah guna cara ini ok.

Kuasa 3:Kuasa layanan perempuan
Bagi roti terus cair wohh
Psst,bisik-bisik je ni,jangan bagitau orang lelaki tau.
Kaum lelaki mudah goyang 'wuuu wuuu' apabila diberi layanan yang baik,
apalagi dari perempuan yang rapat dengannya.

Dengan layanan yang baik tu,mudahlah korang nak mintak apa
korang nak.Haa,tapi jangan sampai mengikis pula ya.

Kuasa 4:Kuasa Doa Perempuan
Cuba teka Syiapa ini?Yeah Nabila!!
Doa perempuan lebih kuat dari doa lelaki kerana sifat penyayangnya
lebih kuat daripada lelaki.Rasulullah saw pernah bersabda:
"Doa ibu itu lebih cepat makbul"

So girls,cepat mintak doa-doa banyak-banyak.Jangan mintak
doa yang bukan-bukan pulak.Nanti lain pulak dapat.


Pengalaman Kiz
Si iz ni banyak jugak terkena dengan pujuk-pujuk si kecik
lagi-lagi time tengah shopping.Terus macam-macam baju beli.
Nasib baik kecik ni pandai pilihkan.

Pastu satu agi,Kalau tengah shopping,time iz cuba
nak tawar menawar je mesti penjual cakap "TAKDE TAKDE,FIXED PRICE MAA"
Pastu kecik pulak try paling-paling mesti dapat gak diskaun RM2.
Kalau g shopping memang bagus bawak kecik.Kadang-kadang
leh dapat diskaun sampai RM10 tau.



Tak PERCAYA?Sila percaya.Sebab Inilah kuasa seorang..
W.A.N.I.T.A

P/S:Episode 2 belog budak bulat dah kuar!bestnya!
Nak baca jom sini 

Masih Ada Plan B, Mari baca!