Sunday, August 30, 2009

Biarkan

Biarkan
Verse
Detik Masa berlalu,
Menjadikan hatiku rindu bagaikan,
Dilambung ombak bergelora dan ku,

Sungguh Jauh dari bun..
nga yang takkan mudah layu,
Takkan terpadam hatimu,
Dari dugaan yang melanda,

Ku pastikan disitu...
Menjaga dirimu...
Ku janji pada dirimu..
Kan setia bersamamu..

Biarkan Bahagia itu..Milik kami selamanya.,
Biarkan bulan dan bintang.Seperti seadanya,
Biarkan yang berlalu..Ia kan berlalu pergi,
Biarkan semuanya,huuuu

Chorus
Kau,apapun berlaku ku ttap,kan disisimu dulu..
Walau,ombak gelora ku ttap kan me melindungimu walaupun
Kau,apapun berlaku ku ttap,kan disisimu dulu..
Walau,ombak gelora ku ttap kan me melindungimu..

Wednesday, August 26, 2009

sinar

sinar.sinar kembali cerah semula.entah.tidak kelihatan tapi kami dapat merasainya.setelah bermacam masalah kami lalui lewat ini,hati kami sudah mula tenang semula.

kenapa?hubungan sesama manusia yang kami harap dapat kami jalin dengan lebih baik rupanya entah apa.dan kami tersentak dan baru tersedar bahawa kami lupa tentang yang satu.hubungan kami dengan-Nya.ya.antara kami dengan Allah.kami tahu bahawa sangat banyak dan tidak terhitung rasanya segala macam perkara dosa,melalaikandan juga akhlak kami.moga pintu keampunan masih terbuka untuk kami.biar kami tiada kasih sayang dengan mereka.Tapi Allah itu Maha pengampun dan Penyayang.semoga masih ada secebis kasih sayang untuk kami.kami amat perlu dan ingin nikmatinya.

semalam.kami berjanji untuk melakukan solat taubat bersama.membaca alquran dan surah yassin bersama.serta berdoa bersama.semoga perkara-perkara sebegini dapat memberi sedikit ketenangan dan kesabaran dalam kami melalui segala macam perkara yang pada dasarnya adalah kesilapan kamisendiri.kadang-kadang kami terlalu emo lalu tindakan di luar kawalan serta tidak rasional kami capai.kadangkala apabila perkara itu berlalu baru kami sedar bahawa itu adalah kekhilafan.

masa tidak boleh di undur.kata tidak boleh di tarik.perbuatan tidak boleh di ulang.maka,kita mesti berubah kan sayang.jika kita rasa tiada siapa yang suka.itu hanyalah segelintir.kami percaya, masih ada yang sayang.

dan dikala jiwa kabut serabut hati kelam kabut,datang seorang hamba Allah memberi semangat.tidak berapa ingat seluruh butir kata.tapi ini adalah sebahagian dialog beliau.

"kecik.i selalu baca blog u.i know u have the problem with others kan.i tak berapa jelas apamasalah korang,tapi i tau u taklah seburuk yang di sangka.kalau betul pun u all salah,tak semestinyadiorang adalah betul.tak apa kecik.u n izz sabar k.i suka sgt korang.make sure u all kekal k.from ur blog,i know dah banyak sgt dugaan korang.so jangan putus!"

kata-kata ini kalau di lihat hanya biasa.tapi semasa dalam keadaan yang sensitif,kami dapat rasakan satu semangat.ya.kami bersemangat semula.kami mahu hubungan ini indah sentiasa.jangan putus asa..mahu kiz garden sentiasa harum dan subur juga ceria.terima kasih teman.kamu mengubah pendirian yang mula goyah.

**perancangan menyambut anniversary semakin rancak di rancang rapi.semoga tercapai**
**sumpah sibuk sangat masuk degree.sumpah!sumpah!banyak sangat kerja.**

"jangan kau bimbang sayang di mana ku berada
dengan siapa ku bersama jangan bimbang
ku tetap kau yang punya"

bila gedix-gedix mesti nyanyi lagu ini.entah apa motif.

Tuesday, August 25, 2009

gelak ketawa

tiba-tiba mahu tulis pasal ini.gelak ketawa penawar duka.

haha.wakaka.kahkahkah.huhu.hihi.
semua adalah ketawa.

kita ketawa bila kita gembira.
kita ketawa bila kita suka.

lalu.mari ketawa.

kami sangat suka ketawa.dimana-mana saja.
kenapa?
bagi kami,itulah yang membuat hati tiada duka selain menatap muka lama-lama(gatal!)
jika salah seorang sedang sedih atau serabut masalah di kepala,maka seorang lagi akan membuat lawak ujang atau gila-gila remaja.sumpah wei.kebarangkalian hati jadi gembira amat tinggi.

tapi sekarang,perjumpaan sebulan sekali sahaja dapat gelak ketawa bersama.kalau call pun tak sempat nak ketawa lama-lama.penjimatan kredit harus di semai.

tidak mengapa.dalam messange pun boleh gelak kan???

**rindu ketawa kuat-kuat sebab geletek pinggang iz.sumpah best!**

Sunday, August 23, 2009

kesedihan bahagian dua

"sayang.."
"ye.."
"sayang..kita jangan menagih duit orang lagi ea.."
"iye sayang..takkan pernah.."
"janji?"
"janji.."

again,semoga yang baik-baik untuk kita.

kesedihan

setelah melalui beberapa hari yang duka.tatkala menyambut puasa tidak bersama.jauh pula di pandangan mata.terbit rasa sedih di jiwa.

sayang,semoga kaseh terus tercerna di hati.

tiba-tiba geli.ok.bila sedih menguasai,semua perkara jadi romantis tak bertempat.maaf.

Saturday, August 22, 2009

kesalahan

maka,dengan penuh rasa rendah diri,kami memohon ribuan maaf kepada semua pihak.tidak kira atas kesalahan apa kami lakukan.jika ada terkasar dalam entry sebelum ini juga,maaf di pinta.
tidak terniat dan terduga ramai yang terasa dan kecewa.kami hanya meluah apa yang dirasa.

janji hanya kata-kata manes untuk di cerita telah kami mungkiri.lalu membikin hati jadi sengsara.mengundang gundah gulana.

dan semoga dengan kemaafan ini,lembaran baru dapat di buka.kita lupakan yang keruh.dan juga hodoh di mata mereka.

jika ada yang masih belum dapat menerima,terpulang.tanggungjawab mohon maaf sudah di laksana.tapi,mari kita indahkan ramadhan ini dengan pahala yang berjuta.keinsafan sudah di ruang dada..kekesalan sudah bermaharajalela.

harapan,moga antara kita,tiada dendam mahupun duka..

weh,dah macam kad hari raya..haha..wei,kami serius ni,betul-betul maaf ok.

Friday, August 21, 2009

sederhana dan gembira**sumpah!!

hye.kita mulakan dengan senyum.ya itu tanda bahagia.bahagia wei.sumpah tak tipu.oleh itu siapa yang agak-agak sedang kurang bahagia mari senyum.ok kan??

sederhana dan gembira.
ya.sederhana dan gembira.kami sederhana.kami gembira.
bermula dengan pandangan debaran yang berbeza,kami memulakan hubungan ini dengan sederhana.tiada wang lebihan untuk kami.latar belakang yang berbeza tapi hakikat adalah sama.sederhana.kami mengaku di besarkan dalam keadaan yang teramat sederhana.tiada barang mewah mahupun emas permata di saji oleh orang tua.kami menerima seadanya.walau tiada apa,kami tetap gembira.mama dan ibu mendidik dengan cara sebegini dan kami menerima dengan lapang dada.tidak pernah mendengar kata-kata 'ini mama belikan kereta untuk kamu",atau jauh sekali "ini duit ibu bagi untuk bershopping".

ramai kawan-kawan terkejut apabila di beritahu bahawa kami menjalankan perniagaan demi hubungan kami.kami mencari duit untuk setiap pertemuan yang di atur.kami menggunakan wang untung bersih setelah di tolak segala macam kos lain untuk setiap perbelanjaan di kala berpacaran.wang pemberian keluarga kami'gunakan untuk keperluan,buku-buku dan segala macam yang menuntut wang ringgit.

kami melalui banyak kesusahan dan kesenangan.kami melalui dengan gembira.kadangkala kami memilih cara paling murah dalam hubungan ini.pernah suatu ketika kami membeli makanan di dining yang memberi subsidi makan,lalu menjamu selera bersama.kami mengaku kami membayar makanan sendiri setiap kali menjamu selera bersama.apabila ada wang hadiah atau rezeki murah,barulah salah seorangakan membayar untuk kedua.kami menaiki bus untuk ke bandar atau ke mana sahaja kami mahu.

maka,apabila ada yang menipu dan mengambil kesempatan serta buli dendam dan beranggapan hati kami tidak perlu di jaga atau sangka hati kami sangat kuat dengan dugaan, kami sangat kecewa.gila duka dan lara.betul wei.tak tipu punya.sumpah seranah yang berhimpun dalam hati belum mampu diluah sahaja.tapi tak mengapa ayat redha dan tiada rezeki sudah kami terima.bak kata pepatah,"what u give u get back".maka marilah berdoa pada mereka yang menipu daya agar mendapat balasannya.eh.tak baik wei.ok,begini,kami doa mereka mendapat petunjuk dan hidayah.dan marilah sayang kita jauhi mereka ini.kita tidak layak bersama mereka.mungkin juga mereka jijik dengan kita yang tiada apa sehingga asyik membuat kita sedih sahaja.tidak mengapa.kami menjauh ok.jangan risau.kami sedar diri.

segala macam masalah tentang perniagaan membuat kami terfikir sejenak adakah semangat untuk meneruskan perniagaan kami.mungkin ya.dan mungkin tidak.

::selamat berpuasa kawan-kawan.lupakan segala sengketa.mari kita buat ibadah bersama::

Friday, August 14, 2009

semoga

bila sudah lama tidak hantar entry baru,jari seakan kaku.otak lagi beku.hati pun dah tak tahu.lalu hanya mereka dan meneka sepintas lalu.atau biar jari menaip apa yang di tahu.



hubungan?baik-baik sahaja.

percintaan?lagi indah dari yang di teka.

perjalanan?makin lancar dan gembira.



ketidakbiasaan menghadapi hari berseorangan membikin hati jadi gundah.sedikit kesalahan sudah menjadi kegelisah.hati tidak betah.sedikit kekeliruan membuat kata-kata jadi marah.



kami tidak terlepas dari segala macam masalah.dugaan.cabaran.tidak terlepas dengan kata-kata fitnah.membuat kami rasa seakan apa hubungan ini.tapi alhamdullilah.kami masih bertahan.



hilang selera makan.berat badan semakin susut.atau pipi gemok sudah tenggelam.atau muka sudah kusam dek masalah yang menekan.perniaagaan juga terkena tempias.segala apa yang kami usahakan seakan tidak berapa menjadi.hingga asyik terfikir dosa apa yang di laku.


lalu.satu keputusan perlu diambil.hakikat kami sudah tidak dekat perlu di terima.hikmah apa yang menanti,kami tunggu dengan hati terbuka dan lapang dada.




sayang,semoga yang baik-baik untuk kita.

Wednesday, August 5, 2009

perniagaan

dan demi kiz production,maka entry ini tercipta.berniaga.meniaga.diniagakan.maka itulah.perniagaan kami.bukan cakap kosong.bukan juga omongan.kami benar-benar serius dalam kerjaya ini.atau lebih tepat,perniagaan kami.tersasar dengan ilmu yang di tuntut bukan perkara besar.memilih perniaagan sebagai mata pencarian bukan juga perkara mustahil walaupun kami memilih bidang matematik.perniagaan adalah ilmu dari pengalaman.

kadang-kadang kita di tipu.kadang-kadang kami rugi.kadang-kadang kami untung banyak.tidak sedikit pun kami terlepas dari semua godaan perniagaan.semua ancaman perniagaan.langsung tidak pernah terfikir untuk memadam niat jauh sekali untuk berputus asa.kami seakan bersedia.ini baru permulaan.bagaimana dengan cita-cita kedai buku,kedai iklan,kedai fotostat dan bermacam lagi angan untuk memiliki satu empayar perniagaan yang besar.nampak seperti mustahil.maka segala macam doa kami titip agar kami berjaya.cabang rezeki itu salah satunya adalah perniagaan.maka kami juga memilih cabang rezeki ini.

berbalik kepada perniagaan sekarang yang dilakukan oleh kami.iz sedang bertungkus lumus memastikan segala jenis tshirt dapat laku di jual.kecik pula menjual shawl.kawan-kawan sila beri sokongan.perniagaan broadband masih berjalan.dan sebenarnya begitu banyak lagi sedang kami rancang.belum di lancarkan sahaja lagi.bakal perniagaan adalah handmade beg yang akan di jual hanya pada musim cuti semester.preview beg sudah di tunjuk.kawan-kawan sekelas kecik sudah ramai yang menunjukkan minat dan masing-masing sudah memberi design untuk kecik buat bersama nani.terima kasih.terharu.edaran katalog design tshirt juga sudah diedarkan kepada semua runner.terima kasih runner.harapan,semoga dapat di realisasikan.

walaupun perniagaan kami kadang-kadang hanya cukup untuk membeli 2 set kfc,kami masih bersyukur.tiada siapa yang akan memberikan kita walaupun seringgit dengan sesuka hati.dan segala usaha menyeluruh kudrat harus do laksanakan.harus kuat.harus tidak patah semangat.tidak juga menangis.

dan sekali lagi harapan di utarakan.kami mahukan empayar sendiri.mahukan rezeki dari usaha kami.dan dengan restu kedua ibu bapa,maka semoga segala impian perniagaan dapat kita gapai.

Masih Ada Plan B, Mari baca!