Showing posts with label Self motivation. Show all posts
Showing posts with label Self motivation. Show all posts

Friday, December 2, 2011

OH BUDAK PRAKTIKAL ! ( 5 perkara wajib di buat!)

Ooooo budak praktikal..Ingat tak lawak Nabil Maharaja Lawak tentang budak praktikal? Hehe masa tengok tu tak rasa lah apa-apa BUT now chix dah praktikal baru lah tahu hakikat sebenar rutin budak praktikal.Dan benarlah kata bang bil tu tentang budak praktikal.

So marilah cekidaout 5 PERKARA WAJIB UNTUK BUDAK PRAKTIKAL

FOTOSTAT ! FOTOSTAT ! 

Kalau tak kena buat perkara ni bukan budak praktikal lah kan. Hari pertama lagi kau dah akan di perintahkan memotostat segala dokumen di ofis. Pagi-pagi samapi lapor diri lepastu rasa memang perkara pertama di ajar lah ni. Dan sehingga beberapa bulan anda di situ anda akan siap terer repair lagi mesin fotostat tu.

BUAT AIR !

Ni kalau gadis-gadis yag praktikal ni memang wajib lah buatkan supervisor/ boss anda buat air teh/kopi/nescafe/radix. Maka wahai gadis-gadis sekalian, sebelum lapor diri tu apakata praktis buat air sedap-sedap ya. Probabiliti anda akan membancuh air untuk boss amat tinggi.

PUNCH CARD OH PUNCH CARD !

Budak praktikal memang kadang-kadang agak di buli sedikit.Lagi-lagi bab punch ni.Dahlah tak boleh datang lambat bagai, pehh kalau boss/ officemate mesej pagi-pagi jangan pelik sangat ya sebab selalunya akan suruh u olls punch kan mereka. Oppps jangan kantoi sudah !

POSMEN PUN BOLEH !

Yeahh posmen pun boleh. Setakat hantar memo/surat/fail kat building lain, naik turun lif/tangga takda hal la der siapkan jelah kekuda tu der bagi kuat. Nak menolak kang kau yang kena delivery balik rumah siapa nak jawab beb.

GANTI MENGGANTI !

Ni salu jadi bila bab-bab kursus/ seminar/ ceramah. Pergi jelah weh.Dapat makan free kot.Chix hari ni kena jadi pengurus bola jaring tak memasal semuanya kerana ganti mengganti.Layannn..


TUKANG CATAT/ SETIUSAHA !

Mungkin tak selalu kena tapi chix memang hohoi segala meeting aku kena catat minit mesyuarat lepastu buat lagi edarkan semua.Dahlah kena faham segala struktur perjalanan syarikat kalau tak tercengang-cengang lah tak tahu nak catat apa.Yeah time ni lah segala tulisan purba akan keluar.


Itu sajalah nampaknya Keluh kesah kak esah budak praktikal.Tapi sebenarnya Praktikal banyak mengajar dan memberi pengalaman.Sebelum kita jadi di atas haruslah bermula di bawah kan. Nanti dah jadi Boss barulah boleh hargai orang bawahan betapa penatnya mereka.

Kak Esah bukan nama sebenar,
Chix !

 sambil-sambil tapau air tu, meh singgah sat kat KedaiKiz..BEST blogshop nih!

Thursday, November 24, 2011

Dilemma.Nak Jaga Kesihatan ATAU Jimat Duit?

Ahah,kalau tiba-tiba ada orang tanya korang soklan ni
"Nak jaga kesihatan atau nak jimat duit?"

Apa agaknya jawapan korang?

Ahah.Dilemma betul tak?Nak pilih yang mana ni??

Well, Kiz akan pilih saya nak kedua-duanya sekali.Wow.Camne tue..Hee segalanya boleh leh selesai dengan meminum air suam ATAU ais kosong tiap-tiap kali anda makan di warung atau kedai makan.

Kenapa.Kenapa dan Kenapa?

Kenapa Kiz cakap minum air suam adalah penyelesainnya? Okeh dari segi penjimatan, Cuba korang bayangkan contohnya dalam masa satu hari, kita akan makan 2 kali yang kebiasaanya tengahari dan makan malam. Setiap kali kita makan(bagi yang makan kat luar), kita akan order satu minuman yang manis-manis dan sodap sodap macam teh-ais , limau ais dan sebagainya. Teh Ais sekarang kalau kat Shah Alam ni paling-paling murah pun Kiz rasa dalam RM1.50 la kan.

Eh nak mengira mestilah hepi, Kiz kan budak Math-lah-sangat


So kat sini jom kita buat kira-kira cket memandangkan Kiz dari jurusan Math(eceeh macam gampak je ko).

Teh Ais = RM1.50
Sehari = 2 x Makan = 2 X Minum = 2 X RM1.50 = RM3.00
1 Bulan = 30 Hari = 30 X RM3.00 = RM90.00

SEE??Kat situ kita boleh nampak dengan minum air manis kita dah  menaburkan RM90.00 camgitu je. So, cuba bayangkan kalau kita tukar dia dengan Air Suam yang harganya RM0.20 ataupun FREE sahaja (bergantung pada restoran). Kita dah boleh jimat sebanyak RM90.00 tau. Banyak tu, boleh guna buat bayar Bil rumah sewa ke ape ke. Hah tapi nanti dah ada duit lebih tu belanja la Kiz cket ye..hihi.

Ini bukan Kiz punya air mineral.Pak Cik Google punya


Lepas tu dari segi Kesihatan pulak.

OK dari pembacaan-pembacaan yang Kiz buat dan pertanyaan-pertanyaan , temubual bersama Pak Cik Google yang disayangi ni, Kiz dapati(wah dah macam penyiasat lah pulak) air suam ni dapat membantu kita dalam menjaga jantung kita yang penuh dengan masalah ni, lagi-lagi para perokok di luar sana tu. Lepas tu, diorang ada cakap(tulis sebenarnya) lagi, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Kesannya proses pencernaan akan menjadi lambat untuk mencerna(apekah?) lalu lama kelamaan berpontensi untuk mewujudkan kanser dalam badan. Haa takut tak?Kiz pun dah cuak dah ni selalu minum ais even ais kosong.

Lepas tu ada banyak lagi kebaikan dia.Boleh baca kat sini.

SO itulah dia penyelesaian kali ini untuk masalah " Nak Jaga Kesihatan Atau Jimat Duit ".

Jari Menaip,
Izz

sambil-sambil minum air suam tu meh la singgah blog Kemeja Kacak. Macam-macam ada maa

Sunday, November 20, 2011

Kompetitif Vs Affiliative

Assalamualaikum.

Haa belit-belit tak lidah nak nyebut tajuk entry tu? Apa lah benda nya tu kan.Macam belajar psikologi pun ada.Ok jom-jom kita baca apa tu.

Ok perasaan tak Komunikasi dalam hubungan lelaki dan perempuan berbeza?Maksudnya disini, cara percakapan, apa yang di ceritakan dan apa yang disampaikan.Memang berbeza di antar dua jantina ini.Dan disinilah bermulanya cerita tentang Kompetitif vs Affiliative. Tapi ini untuk komunikasi dalam sesuatu hubungan ya.Maklumlah empunya belog memang in a relationship bak kata fesbuk.

Komunikasi Kompetitif  = Lelaki   Komunikasi Affiliative = Perempuan

Lelaki lebih mengamalkan komunikasi kompetitif.
  • Yang mana menonjolkan dominan dan cara gaya maskulin.Perasaan tak ada sesetengah lelaki kalau cakap xmo kalah eh memang dia jelah yang betul. Yup, itu kerana dia mengamalkan komunikasi kompetitif. 
  • Dan oleh kerana itu juga lelaki kurang selesa bercakap mengenai perasaan kerana bagi mereka apabila mereka bercakap mengenai perasaan, mereka sebenarnya mendedahkan kelemahan mereka sendiri.Hehehe yang ini Chix nampaknya setuju bebenor sebab Iz memang agak jarang luahkan perasaan sampai dulu selalu ingat Iz tak sayang Kechix. Tapi sebenarnya mereka tak mahu di ketahui orang yang dia tak boleh hidup tanpa Kekasih.kan kan kan?
Dah banyak gebang pasal lelaki, haa pompuan pulak cemana ye? Mari kita terjah !

Perempauan mengamalkan komunikasi Affiliative. Macam mana tu?
  • Komunikasi perhubungan dengan tujuan membina ikatan. Perempuan yang penuh dengan kehalusan dan jiwa yang lembut memang suka cakap tentang hubungan.Berkias-kias tentang ajak tunang ajak kawen tu biasalah tu.Tunujuk bakat memasak dan tanya sedap tak ewahh mesti nak bagitahu sebenarnya nanti u kawen dengan i perut u akan buncit.Eh ahahaa.Yeah but seriusly selalunya bila bab-bab future ni perempuan yang selalu mulakan.Ye idok?
  • Bagi perempuan, berkomunikasi adalah salah satu cara merapatkan hubungan, memperolehi sokong dan pengesahan. Perempuan kan suka manja-manja.Kuat mengadu.Luka sikit bagitahu yang tercinta mintak sapu ubat.Minatk gosok mana yang patut dan hati pun gembira.
Ok jelas tak? boleh faham tak? Harap dapatlah membantu ya dalam hubungan  u olls dan dapat lah faham pasangan kita macam mana dan terima lah mereka seadanya. Ok?


siapa dominan?
Good luck dan selamat berkomunikasi dengan baik bersama pasangan.

perempuan kompetitif mungkin,
Chix !

Friday, November 18, 2011

Cikgu Techix.

Assalamualaikum.

Hye so semua sekarang kena panggil kechix Cikgu Techix ye.Maklumlah asyik dapat undangan mengajar je kebelakangan ni (kelip-kelip mata).Hehehehe.Masa upload pic mengajar tu semua kawan-kawan terkejut weh apsal kau mengajar weh bukankah kau sepatutnya menjalani latihan industri.Weh itu weh ini dah mari kechix cite apa yang terjadi sebenarnya.

Kechix praktikal kat Kolej Komuniti Bandar Penawar Kota Tinggi (hamboih alamat penuh). Dan u olss pun tahu Kolej Komuniti memang terkenal dengan kursus pendek untuk komuniti sejagat.Antara kursus ialah jahitan, memasak, and everything yang di request.So kalau siapa-siapa minat boleh hanatar permohonan ke kolej komuniti berhampirana anda.Zass.


 Alkisahnya kechix kan kaki selendang makanya daku di minta menjadi tenaga pengajar bagi kursus Teknik Pemakaian Tudung. Mula-mula hentak-hentak kaki gak xmo sebab takut.Tapi setelah di yakinkan oleh sekeliling manusia Alhamdulillah boleh buat dengan baik.Borang penilaian jugak dari pelajar juga memberikan komen yang baik.

Rentetan itu undangan demi undangan di terima nampaknya.Again, terima kasih Ya Allah.berikan daku keberanian berdepan audiens.Beri keyakinan.Teringat terus zaman sekolah taw masuk pertandingan syarahan bercerita pidato semua tu.Bayaran mengajar pun huuuih boleh tahan masyuk ye.Tapi awal-awal dipesan ibuku buat kawen tahun depan.OPPSSS.

Maka marilah melayan gambar-gambar Cikgu Techix bersama students beliau.

tutorial !

muka redha di pakaikan tudung.

alololo.

fuyoo siap ada tulis-tulis nota.

Begitu fokus nampaknya.

skema semua !

Turban u !

Cikgu Techix comel mungkin itu yang diperkatakan students beliau.

praktikal time !

cikgu dengan anak murid sama tinggi.Biasalah tu.


Ok lepasni dah boleh panggil Cikgu Techix ye kalau da event untuk tudung/selendang.Hehehe.

Cikgu Techix bukanlah Cikgu Shida,
Chix.

 Kelik sini ada banyak baju,blouse and Top yang fesyen-mesyen.

Thursday, November 10, 2011

SELF MOTIVATION : Jangan Give-Up sekarang

Orait.Tengah bersemangat nak tulis entri ni.Peningkatan dah ada.2 Entri sehari tu..hihi..Entri kali ni hanya sekadar nak memotivasikan diri sendiri.Sejak beberapa hari ni Kiz asyik tak bersemangat je,bukan pasal berblogging,tapi pasal benda lain.But still ada kaitan dengan blog.Pasal ape?Huu itu Kiz tak bleh citer okayh.Privacy.Huhu

TQ bagi pinjam gambar ye pakcik google

Walaubagaimanapun disaat Kiz hampir nak berputus asa,tiba-tiba semangat tu datang sendiri.Urm,maybe korang tak faham apa maksud entri ni,So kalau masih nak terus baca silakan okayh.

Kiz cuma nak cakap yang dalam apapun yang kita lakukan,jangan sesekali..never ever berputus asa.Kalau cara A tak boleh,cuba cara B.Cara B tak boleh?Guna cara C dan begitulah seterusnya okayh.Tak ada jalan kejayaan lain selain melalui jalan kesusahan betul tak.Kebanyakan orang-orang yang berjaya kalau kita interview diorang mesti diorang akan cakap,"Em,saya bermula dari susah payah hinggalah sekarang saya sudah berjaya".Haa..

Tengok si katak ni,even dia dah kena suap dek bangau tu,dia masih
belum give-up,dia try jugak cekik leher bangau tu even dia tau yang tangan
dia tu kecik.Haa,nampak tu..

Kenapa Jangan putus asa?

Sebab sekali anda putus asa,anda akan rugi.Percayalah.Kalau kita teruskan berusaha,InsyaALLAH,Tuhan kata,barang sesiapa yang rajin berusaha maka akan terbuka jalan untuk mereka.Mintak maaf jika salah susunan ayat tu.Okayh,disebabkan entri ni adalah entri self-motivation.Kiz!DONT YOU EVER EVER GIVE UP.


mohon pinjam ye pakcik google

DONT GIVE UP!

P/S: Entri ini kemungkinan nampak agak emotional tapi sebenarnya tak.
P/S/S:  Masalah ini juga bukan masalah relationship ya.

 pakaian lelaki?semuanya ada disini.cuba la jengah.Blog baru dari Kiz

Masih Ada Plan B, Mari baca!