Friday, January 27, 2012

Review Ur Blog : Review #003 , Blog Siapa Warna Oren??

DISCLAIMER : Rating yang akan diberikan oleh Kiz adalah melalui pendapat sendiri dan Kiz menggunakan website Random.org untuk pemilihan blog untuk direview.


Ahah seperti yang digembar-gemburkan dalam tajuk entri ni, Belog Siapa warna oren? Belog siapakah yang akan Kiz review hari ni? Eceh Kiz ni macam suspen sangat je kan. Hihi, so blog yang Kiz akan review hari ni dalam segmen Review Ur Blog adalah belog yang dimiliki oleh sorang gegurl yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan (info curik dari blog beliau)..*Drum Roll sekejap..* "Nurul Atika Moktar!!" dengan link blognya, http://atikamoktar.blogspot.com/


Adakah Cik Atika ni kembar sebab ada 2 gambar dia dalam header ni? Oh tidak sama sekali. Beliau tidak mempunyai kembar ye adik-adik.


Yang First dari belah kiri, memperkenalkan Cik Atika Moktar.*Bajek macam ramai orang je ada dalam gambar ni Kiz ni* Persoalannya, mengapa ada Price Tag kat beg kuning yang Cik Atika pegang tu? Eh adakah itu beg ataupun bakul? Hihi gurau ye gurau.


Cuba korang sebut satu warna yang ada kat setiap perkataan dalam gambar ni dalam masa 2 minit. Sebut warna tau bukan baca perkataan tu. Mesti susah kan? Hihi ni adalah salah satu entri daripada belog Cik Atika yang paling Kiz suke. Pasal ilusi optik. Nah korang boleh baca entri tu kat SINI. Banyak lagi ilusi optik lain ada tau.


Okeh macam biasa, rating daripada Kiz based on Design, Content dan Cara Penulisan belog.

1. Design Blog
Humm..Susah cket nak cakap pasal design Blog ni. Bagi Kiz lah ye, ok design blog Cik Atikah ni. Sedap mata memandang, nampak rileks je sebab blognya tak berserabut sangat. Cuma Kiz mungkin rasa cam kureng cket kat bahagian header tu. Lagi cantik kalau Cik Atika buat satu gambar je kot rather than 2 gambar. Pastu tajuk yang kat header tu warna dia susah cket kot nak baca sebab warna warni. Part-part yang lain Kiz rasa dah perfect dah. So untuk blog design Kiz bagi rating 3/5.


2. Content
Very nice content. Macam-macam ada dalam blog Cik Atika ni. Ada cakap pasal diri sendiri, ada promote-promote barang *hee bila nak promote Kedai Kiz ni*. Pastu ada buat benda-benda yang menarik contohnya yang ilusi optik tu. So overall menarik jugak content blog Cik Atika ni. Kiz bagi rating 4/5 okes.


3. Penulisan
Jap eh bagi Kiz 10 Minit. Hmmmm.. Hmmmm.. Okes siap baca  4-5 Entri! Kiz rasa kiz suke gaya penulisan blog Cik Atikah ni, penulisan dia nampak sempoi, plus ringan untuk dibaca, pastu ada macam kelakar-kelakar cket, banyak bagi soalan kat readers so kira macam kalau dalam kelas tu orang panggil '2 ways communication??(tak pasti)' kot?? Huu so untuk penulisan Kiz bagi rating 3/5 .



Okes Iklan Sikit ye adik-adik, siapa dah baca mesti join tau
 
Kedai Kiz ada buat satu Contest mencipta Tagline untuk Kedai Kiz sebab
Kedai Kiz masih belum ada lagi tagline yang sesuai. Jangan risau tentang hadiah
sebab Kiz dah sediakan hadiah yang giler-giler punya gempak untuk korang.
Tak caye? Ahaa sila tekan Link ni ATAU kelik kat Poster contest kat atas ni.
 



Monday, January 23, 2012

Paisley shawl awak cantiknyeee.. Beli kat mana?

Assalamualaikum..

Wah nampaknya ramai sedang bercuti ya? Cuti-cuti jugak, hati dan perasaan orang tersayang kena jaga.Eceeh motif? Ok hari ni Cik Techix nak cecite tentang Paisley Shawl yang memang tengah in sangat sekarang ni.Kenapa IN? Kenapa gadis-gadis cantik sangat suka memilih paisley shawl ini? Sungguh menjadi idaman kalbu shawl sebegini sekarang.

Jawapannya apa? Sebab dia rare, unik, dan cantik.Kalau pakai mak mentua pun macam nak cubit pipi sebab omel sangat.Eh.Sebab biasalah kan kita orang pompuan ni mana suka nak sama-sama sangat dengan orang.Ihik ihik ihik. Jadi bila kita pakai paisley shawl ni memang jarangg nak terrsama dan kita pun gembira. Pastu pompuan lain pun tanya eh cantiknye shawl ni beli kat mana? beli kat mana? hentak-hentak kaki nak beli jugak.

Makanya gadis-gadis sekalian, kalau nak paisley shawl yang fuhh cantik yanga amat, memang berdarah hidung ah tengok kan, inilah gudang nya !



Ni u olls kalau rasa diri gadis semasa baik cepat dapatkan paisley shawl dekat sini.Cepat LIKE page dia, cpeat view sume albums dia cepat pilih dan BELI ! Shawl dia dah la limited pastu omakaii memang macam goreng pisang kot.

Bukan itu sahaja (peh skema), sincerelybuys shawl bukan takat jual shawl, malahan tudung bawal dan juga rainbow Al-Quran. Pendek kata, Paisley, Abstract, Shawls, Pashminas, everything under one roof. Ya di bawah satu bumbung semuanya.Takyah g bumbung lain. Dan hey tak perlu risau akan kualiti yang sememang nya di jamin TERBAIK !

Haa tak caye, meh tengok contoh dan testimoni dari pengikut mereka.

alolo omelnye..

cantiknya.tolong imagine shawl ni melilit kepala anda.menjeling orang sebelah.

fine nak ni tapi dah sold out.

eh eh leoprad kegemaran kitew pun ada.

cakkk ! ehehe cantiknye.
Peh agak-agak berdarah tak hidung? mengerling tajam tak gadis lain lalu sebelah? Haa nak lebih yakin, mari tengok customers mereka pulak.

Anak sapo lah ni comel sangat.Kreatif taw ain ni dia pakai dengan inner bawal.I pun pestime dengor.

ok serius nak cium je budak ni.
Ahah tercengang tak tercengang lah u olls kan.Baik cecepat beli ya. Dengar-dengar shop ni tengah buat contest.Yang mana semudah LIKE page, cite dari mana tahu (hey kizgarden yang gitau) dan cerita kenapa saja. Mudah kan? dahlah dapat rm30 dan shawl.Cik Techix pun nak cuba nasib.MARILAH KITA BERENTAP.

ok dah penat membebel, kbai.LOL.
Chix..

Saturday, January 21, 2012

Aku sebuah Blackberry kepunyaan Chix.

Assalamualaikum..


Sihat semua? Eceehh tajuk cannot go kan. Dah hampir sebulan pakai bb baru nak gitau. Ala kitew maluew leww (omg omel tak cakap cenggini). Ok mehlah cecite sikit bb baru cik techix ni meh sebab dah lama janji nak update tentang ini tapi sungguh menanam tebu di pinggir bibir.

Tanggal 24 dis tahun lepas, Chix di temani kekasih Iz telah membeli sebuah blackberry curve (je pun.) Walaupun zaman yang canggih dah lama menyaksikan kehadiran bb, maaflah i memang baru terhegeh-hegeh nak beli.

hye nama saya bungaberry. tuan saya chixcomei.

So kenapa beli bekberry? Adakah mengikuti perkembangan zaman? Adakah sebab nak 24/7 nak on9 fb twitter? Salah salah salah.Dont get me wrong. I takkan beli barang kalau tak penting. eceeh beli beg tiap bulan tu apa?* lari nyorok belakang pokok taugeh*

Sebagai penjual baju/shawl/kasut dan sebagainya secara alam maya adalah amat penting untuk chix berkomunikasi dengan pelanggan yang datang tak kira masa ke Kedai Kiz. Jadi demi pelanggan yang tercinta dan ter oh!sem ini, i korbankan sedikit duit untuk beli bungaberry ku. eheh saja namakan belakberry bunga.omel tak omel tak.

Senang nak reply email.Senang nak bukak page.Senang nak layan pelanggan.Senang nak update. Kerana lebih banyak kesenangan makanya bungaberry di tangan ku sudah.Encik Iz insyallah menyusul kemudian.

Ok dah tak ada reason lagi nak lambat reply ke hape ke.Insyallah kechix akan buat yang terbaik untuk blogshop ku ini. Janji ! Doakan semoga rezeki KIZ murahhhh..

p/s Joinlah contest kedai kiz yang oh!sem tu ! 23 hadiah menanti ! dan eh chix akan bekerja di shah alam nampaknya.

Review Ur Blog : Review #002 , Siapa sukee sticker??

DISCLAIMER : Rating yang akan diberikan oleh Kiz adalah melalui pendapat sendiri dan Kiz menggunakan website Random.org untuk pemilihan blog untuk direview.


Salam..

First of all Kiz mintak maaf sesangat sebab hari Rabu baru-baru ni Kiz tak sempat nak buat review blog seperti yang dijanjikan. Camnepun, janji tetap janji, janji mesti ditunaikan ye tak? So untuk minggu depan ni Kiz akan buat 3 Blog Review. Ok? Deal? Orait..Jom kita review Blog..


So..Diumumkan Blog yang kedua yang akan direview minggu ini..Drrrrrrrr (bunyi drum)

Belog " Pelekatku (bukan main-main punya) "


Selepas 87 hari 88 malam dan 2 minit kajian yang Kiz buat untuk blog ni, apa yang boleh Kiz bagitau kat korang pasal blog ni adalah blog ni memang BESH dan SMART. Seriusly.

Tak caye? Ahaa kalau tak percaya tu sila-silalah rajinkan jari jemari anda untuk kelik LINK ni pastu lihatlah sendiri betul ke tak Kiz cakap ok. Hee, so apa yang best sangatnya blog Pelekatku ni? Dari pemerhatian Kiz, first time je bukak blog dia terus hati Kiz berkata-kata, "Eh smart seyh blog ni, mesti owner dia terror bab-bab design". Kenapa?(bape banyak kenapa daa..). Sebab Kiz tengok design-design pelekat dia punya lah pergh memang teringin jek rasa nak  angkat satu.


Eh lupa pulak nak cakap blog Pelekatku ni pasal apa. Ok blog Pelekatku ni sebenarnya adalah sebuah Blogshop yang menjual pelbagai jenis Sticker yang semuanya cambesh & cute-cute belaka. Kiz sempat jugak curik beberapa gambar dari Blog ni macam ala-ala paparazi gitu kan. JOM kita tengok antara design-design sticker dia yang AWESOME gitu.

Ni design-design sticker Mario dan kartun-kartun lain yang cute-miyut.


Ahaa yang ni namanya BOOM! Sticker. Maybe sebab sticker-sticker ni nampak macam 
Bom meletop kot??


Ahaa yang ini adalah salah satu tempahan sticker dari customer Owner Blog ni,
Yusof namanya yah. Lupa nak introduce kat korang tadi.


Yang ni pun BOOM sticker jugak. Gempak ann?
Yang ni tak silap Kiz nama dia "I love Sugarglider" kot. So sesape yang suke bela
sugarglider yang comel-lote tu boleh ler order sticker ni. Tampak kat sangkar dia ke kan. Takpun
tampal je kat badan sugarglider tu. Eh nanti rimas pulak sugarglider tu. Eh apa aku mengarut ni?

Now meh kita tengok komen Kiz dari segi Design, Penulisan & Content.


1. Design Blog.
Ok Kiz suka sangat ngan design blog ni sebab design dia nampak simple tapi dalam masa yang sama still nampak smart. Owner blog ni tak guna banyak warna untuk blog dia which is perkara yang Kiz paling suka dalam design sesebuah blog walaupun Blog Kiz Garden ni memang bercampur-campur warna macam keling.So untuk design blog, Kiz bagi rating 4/5.

 
2. Blog Content
Blog content untuk blog StickerKu ni Kiz rasa ok lah kot untuk blogspot. Tak perlu nak cakap banyak-banyak sangat, yang penting orang nampak apa yang dia nak jual kan. Bahasa yang dia guna pun tak kasar. Untuk Blog Content Kiz bagi rating 4/5.

3. Penulisan
Untuk bab-bab penulisan ni Kiz tak boleh nak bagi banyak komen sangat memandangkan blog ni tak banyak menulis disebabkan blog StickerKu adalah Blogshop. Tapi dari pemerhatian Kiz cara penulisan Mamat Yusoff ni besh la. So Kiz bagi rating 4/5 jugak.


Hah apa duk tercegat lagi tu? Jom kita ramai-ramai meriahkan Blog Stickerku ni. Jom ramai-ramai beli sticker pastu tampal kat belakang badan member. Kompem lepas tu korang boleh dapat maki hamun percuma. Hihi.





Okes Iklan Sikit ye adik-adik, eceeh macam beso sangat jek Kiz ni.

Kedai Kiz ada buat satu Contest mencipta Tagline untuk Kedai Kiz sebab
Kedai Kiz masih belum ada lagi tagline yang sesuai. Jangan risau tentang hadiah
sebab Kiz dah sediakan hadiah yang giler-giler punya gempak untuk korang.
Tak caye? Ahaa sila tekan Link ni ATAU kelik kat Poster contest kat atas ni.


Friday, January 13, 2012

Review Ur Blog : Review #001 , Who is the lucky one??

DISCLAIMER : Rating yang akan diberikan oleh Kiz adalah melalui pendapat sendiri dan Kiz menggunakan website Random.org untuk pemilihan blog untuk direview.


Okes dah habes part-part skema dan agak formal kat bahagian 'disclaimer' tadi. Eh apa muka tak puas ati ni? Kiz ada buat salah eah kat korang? Eh aah lupa pulak Kiz dah janji nak Review Blog kan. Patutlah muka bengang je sorang-sorang hihi.


So moh kita tengok blog sape yang terpilih untuk minggu ini!


Belog "Afina Si Rimau Jinak" dengan linknya "http://afinarahmat.blogspot.com/"


Haa inilah dia sebuah belog yang dimiliki oleh Cik Afina Harimau Jinak lagi comel. Kepada sesiapa nak jumpa dengan Harimau Jinak Eh Blog Harimau Jinak boleh lah reramai bertandang kat blog Adik Afina ni ya. Cantik header belog dia. Masuk je belog adik ni korang mesti akan rasa tenang je sepanjang hayat, memang semua segala tensen-mansion-action-ketupat-menunggeng semua hilang beb. Nak tau sebab apa? Sebab belog Cik Afina ni memang bertemakan biru laut sepenuhnya. Tryla masuk, anda pasti akan merasa kebiruannya. Ahah!



Tadi tengah duk explore blog Cik Afina ni tiba-tiba terpandang satu iklan kat tepi tu. Cik Afina ni sedia menerima tempahan buat "Doodle" ataupun "Header" dengan harga yang berpatutan (Erm tak pasti pulak Kiz bape rate harga dia). Kiz rasa memang berbaloi kalau korang buat tempahan kat Cik Afina ni sebab design header & doodle yang dia buat memang comel gitu, sebagaimana comelnya Kechix Kiz ataupun Shila Amzah. Heheh!

Ahaa inilah dia iklannya, jangan kelik kat sini pulak, tak jadi pape karang.



Ahah yang ini pulak contoh Doodle yang didesignkan esklusif dari Afina.


Now, masa yang ditunggu-tunggu. Rating Kiz berdasarkan Design Blog, Content keseluruhan dan Style penulisan.

1. Design Blog.
Design Blog Cik Afina ni bagi pendapat Kiz memang sangat comel. Pastu Cik Afina ni guna tema warna kebiruan so macam ok la, nampak kemas. Tak campur-campur warna. Kadang-kadang tu kalau kita tengok blog yang warna bercampur-campur tu macam berserabut jugak kepala kan ( Contoh : Kiz Garden, haha ). Belog 'Harimau Jinak' ni banyak menggunakan kartun-kartun yang cute so secara keseluruhannya memang cute la nampak blog ni. Jadi Rating yang Kiz bagi adalah 4/5 *Sila tepuk ramai-ramai secara serentak*


2. Blog Content.
Okes daripada pemerhatian Kiz menggunakan teropong 'doraemon' yang terbaru, Kiz rasa content blog Cik Afina ni is more to personal lah, dia citer pasal apa yang dia buat, apa yang dia rasa apa sume kan. Nice la content dia, takde kutuk-kutuk orang sana-sini tak tentu pasal tak tentu hala. Plus, siap ada macam-macam lagi info-info agama pastu bagi doodle free kat korang(buat-buat free,hihi). Hmm, so untuk blog content Kiz bagi  rating 3/5 okayh?


3. Style Penulisan.
Style penulisan Cik Afina bagi Kiz, simple-padat-kelakar. Entri-entri dia biasanya pendek-pendek so senang kita nak baca. Tak macam Blog Kiz ni, semua entri nak panjang-panjang macam karangan budak SPM. Cik Afina yang nak ambik SPM ni pun tak tulis panjang-panjang tahu. Pastu, dia pandai lah selit-selit ayat-ayat yang boleh buat korang bergelak ketawa tak kering gusi sampai bergolek-golek. Eh sampai bergolek-golek tu dah melebih-lebih dah tu Kiz ni. So, aa rating yang boleh Kiz bagi adalah 3/5 jugak.



Nak tau dengan lebih jelas? 
Ahah amek kau ni ada siap bintang-bintang lagi ratingnya. Dah puas tengok bintang terus datang ramai-ramai letupkan blog Afina ni tau. Kasi meletup gitu haa.



Korang nak tau 2nd Blog Siapa Kiz akan review untuk Rabu ni? Ahah, nantikan lah hari Rabu ni ya. Hihi suspen lebih ye dak?.


JOM USHAR KEDAI KIZ YANG BERWAJAH BARU. WEEHOOO!

Thursday, January 12, 2012

Segmen Bloglist X-Change and Review Ur Blog by Kiz.Mari Join!

** THIS IS A STICKY POST. 
SCROLL DOWN TO READ OUR NEW ENTRY **

Bersama Kiz lagi dalam 2 Segmen baru iaitu segmen "Bloglist X-Change" dan "Review Ur Blog". Ok untuk segmen baru ni Kiz menggalakkan korang semua ramai-ramai join lah ya sebab segmen ni akan membantu korang menaikkan trafik blog korang sambil-sambil mengeratkan hubungan sesama blogger.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Follow blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe )
2. Buat entri pasal segmen ni kat blog korang
3. Of course mesti ada blog sendiri
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog
6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz
akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok.



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni
2. Follow Blog Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
4. Mesti ada Blog sendiri
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment
6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012

HOW?
1. Kiz akan pilih 2 blog untuk direview tiap-tiap minggu secara random
2. Lepas review Kiz akan inform kat ur blog yang blog korang terpilih.
3. Dalam segmen Review tu nanti, Kiz akan buat rating based on 3 category:
a. Blog Design ( design blog korang )
b. Blog Content 
c. Cara penulisan

P/S : Rating yang akan Kiz bagi nanti adalah melalui pendapat sendiri so tak semestinya semua betul ok.


Sila kelik jika berminat


Friday, January 6, 2012

mamak oh mamak by iz

Huh esok lusa ada paper hari ni boleh pulak Izz g update blog ye? Bagus betul budak ni. Hmm, actually update blog ni kadang-kadang boleh kasi hilang semua tension mahupong segala kekusutan yang ada tahu? Haa tu yang Izz nak update ni. Oke hari ni punya topik mungkin agak ringan (eleh biasa-biasa punya topik cam berat sangat je). Kali ni Izz nak sembang-sembang kosong ngan korang pasal Makan kat Mamak.



Hee. Izz ni sebenarnya kaki lepak jugak tau. Tapi takdelah selalu sangat ( tak bleh percaya! ). Tapi Izz ni pantang jugak ada member-member ajak lepak mesti nak ikut. Pukul 2AM tadi baru je kitorang lepak kat restoren Mamak Monster kat Ali. Budak-budak bilik la ni ajak, tak pasal-pasal Aku pun termasuk sama. Orang tengah syok-syok study boleh dia ajak lepak pulak kan (padahal memang nak lepak pun).


"Melepak ni tak elok! TAK berfaedah! ". Eh yeke? Hmm mungkin 70% daripada kata-kata tadi tu macam betul tapi Izz decide untuk ambik yang lagi 30% lah*nak sedapkan hati la katakan*. Daripada pengalaman-pengalaman Izz melepak kat mamak kan, rasanya macam takdelah tak elok sangat kot? Sebab dengan melepak ni lah kita dapat merilekskan kepala-otakku-yang-berjambul ni. Hirup udara segar, tengok orang tu, tengok orang ni, tengok TV, eh tengok aweks bukan sekali ya.


Biasanya kitorang kalau lepak-lepak kompem akan order Roti Tampal Goyang ngan Air Teh Ais (time takde duit order ais kosong je). Ahaa mesti korang tertarik dengan nama Roti Tampal Goyang tu kan? Haa roti tampal goyang ni diperkenalkan oleh budak rumah Izz , dia ada blog nama Sembang Shahrazali. Blog dia tu duk cakap pasal rahsia lelaki tau so kalau kaum-kaum bukan lelaki kat sini nak tau pasal lelaki boleh la terjah blog Shahrazali ni. Budak bilik tu. Feeweet. Eh lupa nak terangkan, Roti Tampal goyang ni maksudnya Roti Canai tu ada telur dalam dia and telur tu adalah telur cair.



Ahah ada satu Restoren Mamak kat Hakim ni, memang giler beb! Kalau malam tu ada Game Bola yang besar-besar kan ( maksudnya Team-team yang famous) tengah live, pergh dia punya penuh tu memang tak terkata, memang giler gilimat ah kalau nak kata jugak. Erm haa contohnya macam M.United lawan M.City, takpun macam Real Madrid lawan Barcalona. Memang kat restoran mamak tu akan jadi riuh pastu kita akan dapat tengok camne muka mamak-mamak kat situ tensen nak layan customer, nak amek order, Haha(nak jugak masuk gelak). Memang meriah habes ah.


Hmm oke-oke Izz dah penat menulis so jom layan sedutan lepak-lepak yang ada.


Camni lah gambaran keadaannya bila ada game (segan nak amek gambar penuh)

Ahaa kitorang ada kat belakang tu , sape tak nampak maknanya dia.............

Sorang tengah makan kerakusan, yang sorang lagi bagai harimau kekenyangan baru makan orang.Hihi
( Izz adalah tukang amek gambar so takde gambar izz disini, hihi )



So kesimpulannya, jauhkanlah diri anda daripada melepak kerana melepak ni memanglah sesungguhnya merugikan masa korang, dan jugak merugikan duit korang. Hehe~

Jari Menaip,
IzZ

Wednesday, January 4, 2012

Pendapat & Persoalan saya terhadap Shoutmix?

OK entri kali ini mungkin akan menyebabkan korang cakap IzZ ni seorang yang suka jaga tepi kain orang TAPI bak kata Chef Wan, "Ada Wan Kesyah??". Pasal Isu Mahasiswa? Of course not but if you interested to read about it on my fren's blog feel FREE to click HERE. Sebab apa yang dia cuba sampaikan dalam entri dia menyebabkan Izz terfikir macam eh-betul-jugak kot?


 Cuba teka apa Chef Wan tengah cakap?

Oke tutup kes Isu Mahasiswa. Skang ada Isu yang lagi best untuk dikupas ( isu la sangat! ). Hurm camne nak start ni ya. Ok aa korang semua semestinya dah tahu kan pasal yang ShoutMix tu dah tak buat FREE dah. Instead, sape yang still nak gunakan perkhidmatan ShoutMix bila dah start kena bayar ni? Ada ke?



ULANG : SAPE YANG NAK GUNA SHOUTMIX KENA BAYAR



So something goes in my mind. KENAPA Snecx Tan dan Tan WK (TEAM pengasas ShoutMix) tiba-tiba tukar perkhidmatan chatbox "Shoutmix" daripada FREE kepada berbayar? Maksud Izz, apa yang diorang dapat? Dari mana diorang boleh dapat untung? Korang tak rasa macam pelik ke?



Ok jom kita tengok hasil kajian daripada En.Izz pasal benda ni:

1) Shoutmix adalah FREE dah bertahun-tahun dan tak silap Izz lah, Shoutmix ni adalah salah satu chatbox pertama yang dibuat sebelum adanya chatbox-chatbox lain macam Cbox, Fbox, free-shoutbox, s-box, X-box( eh ada jugak ke?bukan ni console untuk game ke? ).

2) Bila dah lama bermakna dah beribu-riban pengguna website , blogger dan wordpressor(amboi memandai-mandai kau ) guna perkhidmatan Shoutbox ni.

3) But then tiba-tuba dia tukar kepada berbayar which is at that time dah bermacam-macam spesis Chat Box lain dah keluar dan kebanyakannya adalah FREE service.

4) Memang of course lah majoriti pengguna Shoutmix (termasuklah saya) akan tukar kepada Gf baru Eh Chatbox baru yang Free.

So itu yang membuatkan Izz tertanya-tanya kenapa, mengapa dan sebab apa? Apa yang diorang cuba nak capai sebenarnya? Semua ni mesti ada sebab-sebabnya yang tersendiri betul tak?

Tapi kan pada pendapat Izz, diorang terlampau yakin dengan produk diorang tu, diorang mesti ingat yang pengguna-pengguna asal shoutmix ni akan sanggup bayar untuk perkhidmatan Chatbox diorang yang lebih kurang je functionnya dengan perkhidmatan chatbox yang lain.


ATAUPUN,


Diorang just target pada blogger-blogger yang omputeh kat luar sana je sebab diorang mesti tak kesah sangat setakat beberapa dollar tu yang bila dah convert pada mata wang kat malaysia boleh jadi tambah tolak RM3.20 tu kan. Tu 1 dollar, kalau 2 dollar? 3 dollar ? 10? 100? eh apa aku merepek ni.

Hmm harap-haraplah Izz dapat tau kenapa diorang tukar dari FREE kepada berbayar sedangkan benda tu akan menyebabkan ramai orang akan lari daripada shoutmix. Sebab benda ni bagi Izz pelik tapi sangat menarik. Semua ni berkaitan dengan sesuatu yang Kiz jugak minat which is, Business!


Itu pendapat kiz la, pendapat korang pulak macam mana?


Jari Menaip,
IzZ (KiZ) 

Jom tengok item-item new arrival bulan ni, bau kedai lagi beb!

Monday, January 2, 2012

Cik Techix perlukan PEKERJAAN ! (segera) -Keluh Kesah Kak Esah

Assalamualaikum semua..


Jumpa lagi kita dalam segmen KKKE ! So harini Cik Techix nak mengadu dan memohon bantuan kepada kengkawan beloger untuk carikan/bagitaukan/berikan PEKERJAAN kepada Cik Techix yang amat memerlukan pekerjaan dengan kadar segera ya.Mana tahu you olls punya syarikat yang gempak-gempak tu nak pakai pekerja yang comel dan rajin macam i (puppy eyes).

Kalau betul ada offer kan, sila bagitahu ya.Tolong-tolong lah daku ini. Kalau boleh area SHAH ALAM/ SUBANG/KUALA LUMPUR. Nanti saya akan bagi resume.Takpe nak bagi ringkasan biodata dulu untuk tengok bidang ya.Tapi rasa Exec Pemasaran paling sesuaiii.kot.Cik Techix adalah degree graduate dari UiTM Shah Alam dalam kos Management Mathematics.

Kriteria Cik Techix :
  • Boleh berkomunikasi dengan baik.Tak tipu.Saya memang over peramah waima di pertemuan pertama.
  • Sanggup belajar perkara baru dan boleh menerima arahan dengan baik.
  • Kurang sabar.Maksudnya buat kerja nak cepat siap.Kelemahan yang bagus kan.
  • Menjaga penampilan.Cik Techix memang jaga penampilan luar dan dalam.Eheee tekan lif sendiri.
Haa macam mana dengan kriteris tu? Jadi kalau berminat nak hire saya, boleh contact saya di reifhanrazali@yahoo.com .ok?

Terima Kasih sudi dengar Keluh kesah Kak Esah .Jumpa lagi dalam segmen KKKE ! C u..

Kak Esah oh Cik Techix,
Chix.

Sunday, January 1, 2012

Tuisyen Blog Kiz : Akhirnya, cara nak mute lagu dari blog



Pernahkah disaat anda blogwalking sambil dengar lagu kat headphone dan TETIBA blog yang korang blogwalking tu pun ada lagu yang autoplay lalu menyebabkan kepala otak korang serabut??
pernah!!!(suara budak-budak kecik)



ATAU 


Pernahkah anda blogwalking dan anda bukak banyak-banyak tab blog dan secara tiba anda dengar macam-macam lagu yang berlainan diplay secara serantak lalu anda terus rasa nak bunuh diri??
Errr...(suara budak-budak kecik makin perlahan)


JANGAN RISAU!!!

KIZ ada penyelesaiannya..


Memperkenalkan "FLASHBLOCK", sebuah Add-On daripada Mozilla Firefox dimana Add-On ni akan membantu STOP semua lagu-lagu dan video yang ada dalam mozilla selagi ia dalam bentuk Flash. Cuma yang tak beshnya nanti macam tak lawa cket la korang tengok korang sendiri punya nuffnang (nanti kiz tunjuk).

OKE INI STEP-BY-STEP NAK BLOCK LAGU.

STEP 1 :  Sila tekan link ni https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/flashblock/

STEP 2:  Kelik Download

Camne boleh Click dalam english, Sini dalam melayu?Oh campur aduk betul!


STEP 3: Kelik Download yang ni pulak

 Okes kali ni dah betul

STEP 4: Restart Mozilla Firefox korang

STEP 5: Nanti dia tanya nak accept tak? Korang tekan je accept okes

STEP 6: Tadaaaa!! Problem Solved Rite..Cuma yang tak bestnya part nuffnang ni la..T kalau ada pembaharuan Kiz bitau kayh..Pastu bler korang nak play video kat youtube korang kena tekan play.Agak leceh la,tapi benda ni boleh on/off kat MOZILLA>TOOLS>ADDON okes

 Tengok apa dah jadi kat nuffnang??Penemuan baru penemuan baru..


P/S : Tips kali ni special tau untuk sesape yang rajin blogwalking macam saye (eh perasan!)

Tutorial Sponsored BY :

Masih Ada Plan B, Mari baca!