Friday, May 27, 2011

Kiz makan Makanan tak Halal ke?sadis!

Assalamualaikum..

Sekarang ini memang heboh sana sini kan orang cakap-cakap makanan ini tak halal.Eh besok makanan ini pulak.Eh kita dekat negara mana ni sampai semua pun di ragui status halal nya.Kata Malaysia nak jadi negara hub halal tapi kenapakah ini yang terjadi?

Maka marilah bercerita tentang kisah malang budak 2 orang ini yang telah memakan makanan yang di ragui status halalnya.Memang sadis sobs sobs.

20 Mei yang lalu adalah Hari Lahir Kechix yang omel omel( yeke?).Dan dengan girangnya Iz pun sibuklah nak menyambut kesayangan beliau.Puaslah di tanya sayang nak makan dekat mana akan di bawa kechix ke sana.Kechix pun fikir sana ingat sini.Nak makan pizza? taknak.Nak makan Mcd? boring. Nak makan Steambot? tak lalu. dan Pling (mentol atas kepala), yeaay meatball! Maka dua orang budak malang dengan gembiranya bertolak ke Ikea untuk makan meatball.


Happy Bufday Kechix.Tak tu bukan bunga Iz bagi.

Haa tu dia Iz dah mengadap nak suap dah meatball.Kembang tekak tengah upload gambar ini.

Dulu teringat-ingat.sekarang?


Walaupun siasatan sedang di jalankan, tapi khabar angin taufan yang sedang melanda membuat semua orang dah loya tau teringat kenangan makan meatball.Apakah nasib harus sebegini ketika menyambut hari jadi?


Dan esoknya ( ketika sedang belum membaca tentang meatball), Kiz yang sedang lapar baru balik menyelesaikan urusan bisness tiba-tiba teringin nak makan kek pulak.Maka sekali lagi dua orang budak malang pergi pula ke Secret Recipe.

gelojoh.

tanpa kesangsian terus menerkam.

Dan tetapi Secret Recipe sudah pun mengeluarkan kenyataan yang apa yang terjadi adalah salah faham sahaja.Aissh tak baik tau mereka yang buat rumors ni jatuhkan rezeki orang.Kan susah sekarang ni bila kita nak makan je teringat vavi.Kechix teringat yang versi warna pink tuh macam dalam Pooh.

Tapi sebenarnya perkara yang belum pasti kesahihanya tidak elok untuk kita menghebah-hebahkan.

Nabi telah membagi perkara ini menjadi tiga:
1. Perkara yang jelas kehalalannya, yang tidak ada keraguan padanya.
2. Perkara yang jelas keharamannya, yang tidak ada keraguan padanya.
3. Perkara ketiga Syubhat (keraguan) maka jauh kan lah,


Tapi sekiranya anda was-was jauhkanlah ya.Takut menjadi haram pula.


Dan semoga yang baik-baik untuk kita semua ya.

Oh lupa, Kedai Kiz ada jual baju baru.Jenny Gorgeus Top.Jangan lupa dapatkan.

RM50 & FREE POSTAGE.Pink,black,dark green & brown.

8 comments:

Anis izyan Abd Rahman said...

jgn kate kembang tekak , ais rase cam nak muntahkan balik pon ade ...
!__!

mamawana said...

Assalam,

Shiannn kan. Mama pun suka mamam kek Secret Recipie ni. Tapi dah lama dulu, pikir2 lebihbaik buat sendiri. So, mama gi belajar buat kek. Bolehlaaa buat kek tiramisu utk keluarga. So, tak gi dah ke secret recipie nih.

Satu petua, mama kalu makan kat luar punyalaa tenang/tengok kat pekerja restoran tu, tambah lagi kalu tak pernah masuk resotran tu . Bukan apa, mama dok perati pelayan dia, cashier dia dan semua staf2 yg bleh dilihat dgn mata kepala. Kalu nampak kasar, marah2, manager tengking2 staf berlagak berkuasa, cashier cha ya nun alip. For sure mama tak masuk. Walau ada sijil halal.

Sanggup mama makan kat gerai/restoran yg mama tahu tuannya, kenal laki bini yg uruskan kedai makan tu. Kampongnya mama ni kan...

Jom visit my other blog

http://lautkasih.blogspot.com/2011/05/jalan-jalan-cuci-mata-tukar-angin-amik.html

MrS. aNaStasiA said...

hai kiz...(^__^)
i just nak tny...
nape bila i klik ur blogshop punya link..
kuar page health insurance ek??
yg pelik link blogshop u tu je jd mcm tu?? so how??

tgk kat entry ni ek..

http://mushilovaluv.blogspot.com/2011/05/link-kiz-punya-blogshop.html

thnks..(^__^)

Anati Soki said...

hehehe...
nasib baik perlis takde ikea.. muahahaha
T___T

Anonymous said...

hi kizz...kat mane ye u letak gambar blouse tu? kt ur blog xde pon?

Anonymous said...

salam..nk tnye nie ade full pic Jenny Gorgeus Top x?.. ;)

KizZ said...

Salam Cik Anon,ada..cuba cek link nih..ni blogshop kiz
http://kedaikiz.blogspot.com/2011/05/jenny-gorgeous-top-girls-top.html

Anonymous said...

thanx kamu ;)

Masih Ada Plan B, Mari baca!