Saturday, May 21, 2011

Cerita Bazaar Merah Putih.

Hye kawan-kawan.Meh ni nak cecite lah waktu bazaar 18-20 mei di Universiti Lim Kok Wing.Tapi kami tak berkesempatan untuk buka pada 20 mei bukan kerana tarikh itu jatuh hari lahir kechix,tapi ada sedikit hal keluarga ya.

Seawal 7.30 pagi kami dah mengemas kereta mengisi barang-barang jualan yang banyak.Memang macam tahu sumbat you.Maklumlah kereta Kancil aja kan.Dan kemudian bersarapan terus bertolak ke Cyberjaya.Jam 9.45 tiba terus set up booth.

Yang kelakarnya,kami ni setiap kali bukak booth,tengah setup barang berselerak time tu lah customer nak beli-beli.Seronok agaknya tengok barang longgok-longgok lagi teruja terus nak beli.Dah siap setting kurang lah pulak kan..Tapi takpe,rezeki jangan di tolak.Layan customer adalah perkara yang boleh menyebabkan kami addict nak bukak booth.Macam-macam ragam ada.

Dan marilah kita layan beberapa gambar yang sempat di ambil.

sdempat singgah sini ambil gambar.kalau sesiapa pergi seksyen 2 marilah singgah sini untuk nice pic.

siap juga ye kemas..

atas meja yang penuh..

hello Big Boss!

jom lah singgah kedai kiz.

tadaaa

rasa rendah diri lah bersebelah dengan perempuan-perempuan cantik begini.

time to celebrate!

alhamdulillah.kita raikan dengan waffle yang dah lama di di idamkan..
Jualan kali ini Alhamdulillah.Sambutan dari student di sini walaupun nak jumpa student melayu macam susah, customer foreigner ni sungguh menyokong.Ada yang teruja dengan baju vintage kami,ada yang teruja nak beli shawl letak kat leher lain, yang beli pashmina pun sama gembiranya.

However, esok Kiz akan bukak satu lagi Booth..
Lokasi??Kali ini Kiz akan bukak booth kat karnival at Equeen park Seri Kembangan pulak..
Jangan lupa datang tau yang dekat-dekat tu...datang tau...datang tau..datang tau..Eh berapa banyak kali datang daa Kiz ni...

Okeh..sekarang Kiz mau tido sebab esok kena bangun awal seawal 6 pagi okeh lalu bertolak ke Seri Kembangan dimana jalan pun tak tau lagi ni...hihi..

4 comments:

Unknown said...

nama pon lim kok wing university.memang susah nak jumpa orang Melayu.huhu =)

Noor Adila said...

hai..kalau nak beli by hand blh x??? ade kedai x??? x suka la nk beli on9/pos..sbb jarang ade kt umah :)

Noor Adila said...

nnt klu buka booth update or inform k :)nk dtg...

Ain Zulaikha said...

kalau saya datang boleh dapat diskaun tak?

Masih Ada Plan B, Mari baca!