Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Kisah Rumah Sewa Kiz Kena Pecah Masuk!

Assalamualaikum.

*Gosok-gosok tangan cket*

~Heee heee heeeee~

Okeh kisahnya bermula pada 3 minggu yang lepas*Lampu tutup plus torchlight ke muka*

So macamne rumah Kiz kena pecah masuk tu??

Masa tu tengah Cuti pertengahan semester dimana semua budak-budak rumah sewa Kiz balik ke kampung halaman masing-masing merawat rindu dihati. Izz pun sama tapi kali ni Izz just balik ke Klang(rumah kakak) nak jumpa Anak Sedara Izz yang comel lote. Nak dijadikan cerita, Izz ni sebenarnya adalah Kaki Internet dimana sehari takde internet pun leh jadi gila dibuatnya( blogger la katakan ).

Anis Al-Zaharah, My cute little nephew

So, keesokan harinya Izz buat keputusan nak beronlinekan diri kat rumah sewa yang lengkap dengan internet Unifi segala. Lagipun rumah sewa Kiz memang dekat je ala setakat Klang dengan Shah Alam(rumah sewa Kiz) tu 10minit drive pun dah sampai tahu.

Shopping Online sekarang senang, terus keluar tengan hantar barang(hee just joke). Bosan-bosan jom shopping online kat KedaiKiz.Cantik Beb baju-baju dia.

Time pagi tu memang takde masalah pape, seronok sangat duk online sorang-sorang sebab internet masa tu memang sangat laju. Mana taknya, Kiz sorang je yang online, budak-budak lain semua tengah balik kampung kan. Memang setakat nak download movie tu 10minit je boleh siap memang nikmat ah.

Ok.Dah hampir ke saat-saat genting.

Masa tu dah petang, tengah Izz duk sibuk membalas-balas komen kat belog sambil dengar lagu Forteen - Berdua Bersatu tetiba Izz terdengar bunyi macam orang berjalan kat bawah. Nak kata hantu? Hmm, mestilah tak kan sebab tengah siang lagi. Mana ada hantu time siang-siang ni. So tinggal satu pilihan jawapan dalam benak kepala Izz time ni, PENCURI!.

Hi!Sayalah pencuri tu

Masa tu, 2 3 kali jugak Kiz dengar Pintu bilik tingkat bawah terbukak dan tertutup. Izz dah risau dah. Dah la banyak giler motor budak-budak ni simpan kat ruang tamu tingkat bawah (ini perkara biasa untuk student yang duduk kat rumah sewa time tengah cuti,sila jangan terkerejut(terkejut). Izz dah cuak dah masa tu, nak turun kang takut diorang ada ramai tambah pulak keling-keling semuanya mampos aku kena belasah.

Izz pun cuba menenangkan diri sendiri lalu mencari barang dalam bilik yang boleh dijadikan senjata. Malangnya takde barang pun yang sesuai nak dijadikan senjata .Last-last, mata Kiz terpandang suatu objek yang dikenali sebagai IRON@penggosok baju. Nampak macam keras dan padu je penggosok ni.

Eh tadi rasanya upload gambar Iron, Tup-Tup tekeluar Ironman la pulak


Izz pun dengan beraninya*muzik rancak bersemangat bergema* turun tangga walaupun dalam hati tengah cuak gilerr-giler punya. Tengok-tengok takde orang. PAPP! Izz terpaling ke kiri, tengok bilik yang kat bawah pintunya tertutup. Izz ketuk pintu bilik tu sambil tangan memegang Iron dah ready nak pukul Si pencurik yang pecah rumah Izz tu.

Gambar penambah rasa suspen

Kreakk!!*Bunyi pintu terkuak(eh betul ke bahasa aku ni?)*

Sekali tengok budak rumah Izz daa..Hampeh betul.Nasib baik tak sempat melekat bentuk Iron tu kat muka dia. Izz cakap kat member tu, laa nape tak bagitau balik awal. Dia kerja esok tu yang datang awal. Aduyai. Aku ingatkan ada orang pecah masuk tadi.

Kitorang pun gelak-gelak.Fuhh lega!

Agak-agak kalau betul-betul ada orang pecah masuk camne ek?Apa korang akan buat?

P/S : ini kisah benar, bukan rekaan semata-mata

Jari Menaip,
IZz

Looking for something fashionable but affordable?We have it here!

Masih Ada Plan B, Mari baca!